Cinta Si Wedding Planner (Part 1)
Minggu lepas aku jemput nenek aku datang rumah bujang aku. Hampir seminggu nenek aku lepak rumah aku. Selalunya bila takde orang kat rumah, aku memang balik kerja lambat. Kadang2 lepas isyak baru sampai rumah.
Oleh sebab, nenek aku ada kat rumah, seminit lepas habis waktu bekerja, aku dah ada dalam kereta baru nak tutup pintu kereta. Ready nak balik rumah.
Sampai rumah biasa lah. Mandi2, tukar baju semua. Nenek aku pun relax2 depan tv. Aku memang tak bagi nenek aku ni buat kerja kat rumah. Lunch aku akan beli kat luar dan makan dengan nenek kat rumah. Nasib baik rumah dengan tempat kerja tak jauh.
Okay..masuk part tengok tv balik. Hari Isnin lepas balik kerja aku bawak nenek aku jalan2 kat tasik dekat dengan rumah aku. Kemudian balik rumah lebih kurang 7.15pm. Aku tengok nenek aku ni gelisah semacam. Nak tengok tv3 katanya. Cerita Zara.
Aku macam; Huh?? Cerita Zara?
Bukak2 je pintu rumah, cepat2 dia suruh aku bukak tv3. Baru aku tau. Rupanya drama melayu pukul 7-8pm. Tajuk: Cinta Si Wedding Planner. Zara tu tadi nama heroin dalam cerita tu.
Hmm..Cantik. Word pertama dalam hati aku bila aku tengok heroin ni. Tak pernah nampak pun pelakon ni. Okay..sebelum tu. Aku memang la tak melayan cerita2 melayu ni. Baik drama atau filem. Tapi aku kenal la jugak kalau yang selalu keluar dalam tv tu. Tu pun sebab budak2 office selalu tunjuk paper and magazine.
Tapi budak perempuan ni..hmm..memang tak pernah tau kewujudan dia.
Aku tengok nenek aku memang kusyuk betul tengok cerita ni. Dia angkat bontot pun masa commercial break. Tu pun sebab nak pergi solat maghrib. Haish…rosak nenek aku di buat si Zara ni.
Tu hari Isnin nenek aku kat rumah aku. Masuk hari Selasa, aku ajak dia pergi pasar malam petang tu. Dia taknak sebab takut balik lambat dan miss cerita Zara tu.
I was like…‘seriously??’
Okay. Aku pergi pasar malam sorang2.
Balik dari pasar malam, nenek aku cakap ‘Siapa kata tak ada orang cantik dah? Kat tv ni hari2 ada orang cantik masuk tv’
Ah! Aku macam dapat bau2 je ayat yang akan keluar lepas tu.
'Bila lagi Luth?’ (Dah agak!!!)
Eh..tak boleh jadi ni. Malam tu lepas nenek aku tidur, aku search la pasal cerita ni. Baru la aku tau nama pelakon ni Mira Filzah. Memang pelakon baru pun. Aku stalk sampai ke instagram, fb, twitter, blog dia semua. Melambak. Tapi tak tau la mana satu yang real.
Aku cari dan download cerita ni dari episod 1 sampai yang sekarang. Plan aku weekend nanti aku marathon la tengok cerita ni masa balik kampung. Cerita2 melayu ni 3-4 jam tengok dah boleh tau ending dia. Sepesen je. Hahaha..