| Personally, trek Puncak Tusuk Gigi ini saya rasa lebih mencabar dari extreme point yang lain. . Selain mencanak, trek merupakan loose rocks tajam dan pelbagai saiz yang memerlukan fokes 100% tiap kali memilih step. Pastikan batu yang dipijak tidak longgar, jika tidak sama ada kita yang tergelungsur atau batu itu jatuh dan boleh membahayakan pendaki pendaki yang berada di bawah. . Satu peringatan di trek ni, jika ada mendengar jeritan "batu.. batu.." , kita wajib melihat dari mana arah batu itu datang dan mencari tempat berlindung. Walau sekecil kecil batu jika jatuh dengan kelajuan yang tinggi , pasti boleh mendatangkan bahaya. . Sakit juga kepala ni nak fokes step dan alert dengan keadaan sekeliling lagi. 😅. Kabus semakin tebal, sesekali menutup pemandangan sekeliling. Ini cerita naik, cerita turun, dah macam nak duduk pun ada sebab takut tak stabil. 😂. . Kami tak naik ke Puncak Tusuk Gigi (ke arah kiri) bagi menjimatkan masa. Kami terus ke arah kanan ; ke arah Puncak Sejati Raung. 😀 #MtRaung #hiking #puncaksejati #puncaktusukgigi (at Raung)