Come back, perhaps? :)

oozey mess

shark vs the universe

blake kathryn

JBB: An Artblog!
No title available
🪼
$LAYYYTER
ojovivo
Show & Tell
todays bird

Product Placement
Peter Solarz
cherry valley forever

#extradirty

@theartofmadeline
Cosimo Galluzzi
we're not kids anymore.
Lint Roller? I Barely Know Her

pixel skylines

Janaina Medeiros

seen from Greece
seen from United States
seen from United States
seen from France
seen from United States
seen from United Kingdom

seen from Poland

seen from France

seen from Mexico
seen from Mexico

seen from Australia
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
@trexcic
Come back, perhaps? :)
This is me understanding that life does go on ☔️
Malam 21 Ramadhan 1440
Penat, mengantuk, malas. Semua ada. Kena berfikir cepat cepat, apa yang akan kau rugikan jika terlepas walau satu malam dari malam malam ini. Siang hari saya betul sibuk menguruskan hal rumah, adik beradik dan menyantuni anak anak buah kesayangan. Hanya niatkan satu, kalau kita gembirakan orang lain, mudahkan orang lain, urusan kita akan dipermudahkan.
So, dalam kemalasaan itu, ada satu rasa yang Tuhan selitkan. Rasa itu yang menolak kita untuk terus bangkit meninggalkan zon keselesaan malam. Semoga Tuhan terus mendatangkan rasa itu. Walau selepas bulan Ramadhan. 🤲🏻
Aleesya & I ; Fajr 21 Ramadhan 1440 H. 😘
The struggling soul. Ikhlas bukan mudah rupanya.
Sayu Melihat Bulan
Selamat datang malam seribu bulan. Saya rindu, walau tahu kedatangan ini bersama sejuta dosa, hati yang kurang bersih dan serba kekurangan dalam segalanya.
Pagi ini sayu melihat bulan yang sudah separuh penuh. Memang tahu sudah di fasa akhir Ramadhan, sekejap sahaja rasanya. Masa semakin cepat dan sangat cepat.
20 Ramadhan 1440. Tiada apa yang paling membahagiakan bila tahun ini masih lagi bersama orang tua di fasa fasa terakhir Ramadhan. Abah seperti selalu memang yang terawal membancuh kopi jam 3 pagi. Saya ambil semangat orang tua berusia 70 tahun ini untuk memaksa diri bangun dari katil yang empuk, comforter yang amat menyelesakan.
Kalau ikut hati, penat,mengantuk, malas. Saya mahu ke masjid Khalid Al Walid, entah tak tahu kenapa saya rindu tempat itu. Emak pula mahu ke masjid keramat sahaja. Sedikit kecewa di awal pagi, hati memberontak sedikit. Mujur dapat mengawal emosi sambil cuba memahami, kenapa emak mahu ke sana pula. Tiap tahun, masjid Khalid Al Walid lah tempat kami berQiam dan bersahur.
Bila sampai di masjid, ohhh baru saya faham. Emak, abah nampak gembira bila berjumpa kawan kawan mereka di situ. Ya, tahun ini kawan kawan baik mereka kebanyakkannya bersolat di situ. Tak apalah, mungkin selama ini saya terlalu mementingkan emosi dan rindu sendiri, dan mereka turutkan sahaja. Melihat riak wajah mereka yang begitu gembira, saya menjadi lebih rasional. Malu pula emosi sendiri pagi pagi tadi. 🤦🏼♀️.
Begitulah hati ni, kadang kadang lembut, kadang kadang keras.
Some of you may be entering Ramadan with a heavy heart. You may have been disconnected from praying, reading Quran and going to the mosque all year so now you feel guilty and ashamed. You may have done things you’re not proud of, made repeated mistakes or lived heedlessly. You are so disheartened that you’re dragging yourself to simply fast and it’s hard for you to even comprehend the excitement others are feeling which leaves you feeling even more inadequate.
It’s ok. You don’t have to be over joyed. You don’t have to compete with others and you don’t have to be perfect. Simply take a small step forward. Simply make your intention to be better than you were yesterday and simply do something- anything that gets you even a little bit closer to Allah.
If you’ve been depleted all year, then this is your time to refuel. If you’ve been heedless, then this is your time to be mindful. If you’ve been disconnected, then this is your time to connect.
Don’t allow your thoughts of inadequacy stop you from embracing this sacred month. Allah is the most forgiving and He will always welcome you no matter how far you have transgressed, how many bad deeds you’ve done and how hopeless you feel.
Feel comforted that you simply need to take that first step with the right intention and before you know it, you will soon feel the sweetness of faith.
This is the month of HOPE! Come as you are, do what you can and trust that you can get back on track!
Haleh Banani
Tell Him you love Him!
The more you tell Allah you love Him, the more that feeling will grow in your heart. Try it. Smile and tell Allah you love Him over and over. Tell Him why you love Him. All the blessings in your life, think about them and thank Allah for loving you so much unconditionally. In the end, you’ll feel more love than you started with. See, that’s the beauty about love, it grows the more you use it. SubhanAllah!
— Mobeen Hakeem
| Bunga abadi yang hanya terdapat di tanah tinggi. Edelweiss. Kali terakhir melihat Edelweiss semasa di Gunung Papandayan. . Di route Puncak Tusuk Gigi, Gunung Raung, bunga abadi ini terus berdiam cantik. Hingga waktu di mana para pendaki masih terus menjaganya 😊. #edelwiess #MtRaung #puncaksejati #puncaktusukgigi (at Raung)
| You know it's difficult to keep going, but you just know you have to. . Route to Puncak Sejati. @hutanrimbaadventure #MtRaung #puncaksejati #hiking (at Raung)
" O Allah, free my heart and my mind from the shackles of this dunya and free my soul only when You're pleased with me" Camp 7, Gunung Raung. #hiking #MtRaung #selfreminder (at Raung)
| Masa untuk turun; extreme point sama seperti naik tadi. Jika yang tadi ascending menggunakan ascender, sekarang tukar jadi abseiling menggunakan figure of eight. Begitulah sebaliknya. . Tiba di Puncak Bendera semula dah gelap. Waktu Maghrib. So dari puncak bendera kami turun semula ke Camp 7 dan bermalam di situ lagi. #MtRaung #hiking #puncaksejati (at Puncak Sejati Mt.Raung)
| Puncak Sejati, Gunung Raung. . Kami tiba kira kira jam 12 tengahari. Bagi pendaki runcitan seperti saya, memang macam mimpi boleh sampai ke 3344 mdpl ini. Walaupun tak setinggi Puncak Inderapura, Puncak Mahameru dan Puncak Rinjani ; tenaga yang diperlukan berkali ganda nak sampai ke sini. (ditambah dengan tenaga nak tahan debar lagi hahaha!). . View kawah ni selalu tengok dalam IG orang je, sekarang depan mata. Cantik! . Alhamdulillah, Puncak Sejati ✅. #MtRaung #hiking #puncaksejati (at Puncak Sejati Mt.Raung)
| Personally, trek Puncak Tusuk Gigi ini saya rasa lebih mencabar dari extreme point yang lain. . Selain mencanak, trek merupakan loose rocks tajam dan pelbagai saiz yang memerlukan fokes 100% tiap kali memilih step. Pastikan batu yang dipijak tidak longgar, jika tidak sama ada kita yang tergelungsur atau batu itu jatuh dan boleh membahayakan pendaki pendaki yang berada di bawah. . Satu peringatan di trek ni, jika ada mendengar jeritan "batu.. batu.." , kita wajib melihat dari mana arah batu itu datang dan mencari tempat berlindung. Walau sekecil kecil batu jika jatuh dengan kelajuan yang tinggi , pasti boleh mendatangkan bahaya. . Sakit juga kepala ni nak fokes step dan alert dengan keadaan sekeliling lagi. 😅. Kabus semakin tebal, sesekali menutup pemandangan sekeliling. Ini cerita naik, cerita turun, dah macam nak duduk pun ada sebab takut tak stabil. 😂. . Kami tak naik ke Puncak Tusuk Gigi (ke arah kiri) bagi menjimatkan masa. Kami terus ke arah kanan ; ke arah Puncak Sejati Raung. 😀 #MtRaung #hiking #puncaksejati #puncaktusukgigi (at Raung)
| Selesai melintasi "titian sirotul mustaqim" , beberapa lereng lereng perlu kami tempuhi. Dengan adanya harness, kami hanya perlu fokes dengan langkah masing masing dan jangan kelam kabut apabila meniti di tepi tepi jurang. . Setelah itu, bermulalah trek ke Puncak Tusuk Gigi. Ada apa dengan trek ini? Hmmmmmmm.. #MtRaung #hiking #puncaksejati (at Raung)
| Sebelum melalui route yang digelar "titian sirotul mustaqim" - lebarnya 60cm dengan kiri kanannya jurang. . Honestly senyum tu untuk ambil gambar je. Behind the scenes, muka cuak tak ingat 😂. Ya, saya spesis penakut. . Saya tiada masalah gayat, but clumsy is my middle name 🙈. So, what I've learnt from Raung ; keep calm and focus in any situation. Nampak gaung ke, step atas batu batu yang loose gila ke, you're responsible for your own safety! . And the most important thing is DOA! Because He is ALWAYS listening. #MtRaung #puncaksejati #hiking (at Raung)
| Gulp! Kelihatan puncak 17. Selepas melewati Puncak Bendera (tak ambil gambar pun bila sampai, nervous sangat agaknya), bermulalah pendakian extreme ke Puncak Sejati. . Extreme pertama ialah ascending; kami perlu climbing menggunakan ascender, bermula dari lereng yang sebelah kanannya terdapat jurang. . Kabus yang tebal pagi itu bagaikan bonus bagi kami, walaupun kadang kadang seriau juga bila kabus tiba tiba pergi di bawa angin. Terusss nampak jurang yang teramat dalam itu 😅. . Kami diingatkan berkali kali oleh Uncle & team, supaya tetap fokes, jangan bergurau dan berhati hati dengan setiap langkah. Satu kecuaian memang boleh membawa bahaya. . Tetap semangattt kata Soleman! #MtRaung #hiking #puncaksejati (at Gunung Raung)
| Sunset di Camp 7. Cuaca berkabus sejak tengahari. Tapi lepas makan malam, langit cerah pulak. Bulan pun dah terang kelihatan. . Cuaca di gunung memang begitu, boleh berubah tiba tiba. Sepanjang malam tu, langit cerah, bintang pun boleh nampak dengan jelas. Angin lansung tak bertiup. Tenang je rasa. . Kami tido lebih kurang jam 8 malam, perlu bangun semula jam 12.30 pagi untuk siap sedia summit attack. . Nervous nya Tuhan je yang tahu. Uncle pesan bangun nanti jangan lupa solat hajat dan tahajud. #MtRaung #hiking #camp7 (at Raung)
| Summit attack. Dah siap siap, mata dah tak boleh lelap. Tunggu je panggilan Uncle "makannn makannn makannn". Tent mate berdua ni sempat lelap mata lagi. . Sempat juga Uncle lead warming up dalam gelap tu. 😂. Stretching mana mana yang patut so tak cramp nanti. . Kami start trekking dalam pukul 2 pagi. On the way to Camp 9, trek semakin menegak. Di Camp 9, kami dah kena pakai semua harness properly. Dengan bantuan Uncle, Totoq (certified climber) dan Soleman, kami pun dah bersiap sedia dengan helmet, carrabiner, figure of 8 dan ascender masing masing. . Ayuh, ke Puncak Sejati kita! #MtRaung #hiking #puncaksejati (at Gunung Raung)