Hari tu kita ada buat content mudah di Instagram @ohkhai untuk menang Samsung Galaxy Buds+ tu kan dan ini adalah post khas untuk pengumuman para pemenang yang bertuah. Kalau boleh semua kita nak bagi hadiah walau macamanapun tapi apakan daya. Cara yang baik adalah kesudian korang join dan menyokong Ohmedia tu, dibalas dengan lebih banyak contest mudah lah ya di masa akan datang. Untuk elakkan keputusan yang berat sebelah, semua pemenang telah dipilih oleh robot secara random ya. Totally random. Siapa nama yang naik ni rezeki dia lah. Siapa tak menang, tak apa nanti cuba lagi. Pemenang Utama: @aaq15 Anda memenangi satu set Galaxy Buda+ yang masih belum dibuka kotaknya. Sebenarnya tu OM dapat masa buat preorder Galaxy S20 Pro tempohari dan gerenti tak ada masa nak pakai pun jadi semoga memberi manfaat kepada anda. Pemenang ke-2: @yoojina140872 Pemenang ke-3: @amirulyun1411 Pemenanf ke-4: @kirae_ziz Anda semua menerima RM100 secara tunai terus ke bank akaun. Belilah apa yang patut di musim PKP ni ya. Pemenang ke-5: @khadijahnurkasih Ini dikira pemenang bonus la walaupun nama dia tak naik dalam “pick random winner” tu. Haha. Sebabnya dia ni memang hari-hari tanya dan ingatkan bila Ohmedia nak umum pemenang. Jadi kerana kegigihan bertanya tu, tahniah anda juga teah menang hadiah bonus RM100 😂 Semua yang namanya dipetik kat atas ni, boleh DM @ohmedia segera ya sebelum hari Jumaat ini untuk tuntut hadiah anda. Kalau tak tuntut, kita akan sedekahkan duit kemenangan tersebut kepada group Telegram, Oh! Media Prihatin. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang sudi untuk sertai contest mudah ni. Contest ni kalau @ohmedia yang buat, mana pernah susah pun. Paling kuat tulis komen dan bagitau member aje. Hehe. Ok gais. Enjoice!! #OhmediaContest #OhmediaBelanja #OhmediaSamsung #GalaxyBudsPlus (at Pejabat Urusan Oh Media Network) https://www.instagram.com/p/B_SKxJzFtcc/?igshid=1hchcm18eng5w