New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/gajet-automotif/2015/02/11/altel-mahu-gandakan-asas-pelanggan-menjelang-akhir-tahun/
Altel mahu gandakan asas pelanggan menjelang akhir tahun
PETALING JAYA, 11 Februari :
Altel Holdings Sdn Bhd optimis dapat menggandakan asas pelanggannya menjelang akhir tahun ini daripada 400,000 ketika ini dengan pengenalan perkhidmatan pascabayar akhir Mac depan.
“Kami akan menjadi penyedia telekomunikasi lengkap sebaik sahaja kami membabitkan diri dalam perkhidmatan pascabayar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob pada sidang media di sini, hari ini.
Altel dan Puncak Semangat adalah anak syarikat Kumpulan Al Bukhary yang dimiliki Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Ditubuhkan pada 2012, Altel mempunyai tiga anak syarikat, iaitu MyTV Broadcasting Sdn Bhd, Altel Communications Sdn Bhd dan Net2One Sdn Bhd.
Altel kini menawarkan beberapa produk, termasuk pelan perkhidmatan prabayar dan jalur lebar mudah alih.
Mengenai perkhidmatan Penyiaran Televisyen Digital Terestrial (DTTB), Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya yakin menjelang akhir 2016, peralihan analog akan dilakukan.
Peralihan analog ialah senario di mana penyiaran televisyen analog untuk program bebas ke udara akan dimatikan, dengan hanya penyiaran TV digital terestrial dapat diikuti selepas itu.
MyTV diberikan lesen oleh kerajaan untuk mengendali infrastruktur dan kemudahan rangkaian untuk DTTB di Malaysia.
Inisiatif itu terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia.