New Post has been published on
New Post has been published on http://malaysianreview.com/135179/dap-kecam-menteri-integriti-tidak-komen-penggantungan-the-edge/
DAP kecam menteri integriti tidak komen penggantungan The Edge
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low harus dikecam dan digesa meletak jawatan kerana berdiam diri mengenai penggantungan permit penerbitan The Edge. – Gambar Malaysiakini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low harus “dikecam” dan digesa meletak jawatan kerana berdiam diri mengenai penggantungan permit penerbitan The Edge, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini.
“Adakah faedah dan keistimewaan jawatan menteri itu begitu berharga hingga dia sedia memperdagangkan kehormatan dan maruahnya?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Low sebelum ini merupakan presiden Transparency International Malaysia (TI-M), sebuah badan pemantau ketelusan, tetapi Lim berkata, Low kini gagal mengekalkan standard yang sama beliau tunjukkan semasa menjadi sebahagian badan masyarakat sivil itu.
Low kini menteri yang bertanggungjawab bagi tadbir urus, integriti dan hak asasi manusia.
Terdahulu hari ini, setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua membidas menteri kerana tidak bercakap mengenai penggantungan itu, mengatakan mereka tidak peduli apa yang betul, apa yang salah.
Pua dalam kenyataannya menyebut khusus nama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Idris Jala.
Lim juga menggesa peletakan jawatan Idris hari ini.
The Edge digantung lesen akhbar mingguan dan hariannya selama tiga bulan susulan laporannya berhubung dakwaan salah laku oleh firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lim menggesa Kementerian Dalam Negeri segera membatalkan arahan larangan tersebut, menyifatkan langkah itu “tidak demokratik”.
“Kedua-dua penerbitan perlu dihubungi dan bukannya dihukum kerana berani mendedahkan skandal kewangan 1MDB berdasarkan dokumentasi yang media dikuasai BN lain tidak berani buat,” katanya.
Lim berkata, penggantungan itu menunjukkan, bagi kerajaan, pendedahan yang dibuat media tidak boleh diterima, sedangkan skandal kewangan pula boleh. – The Malaysian Insider
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank var _wau = _wau || []; _wau.push(["colored", "z3iojotwdh6m", "3cm", "ff0624000000"]); (function() var s=document.createElement("script"); s.async=true; s.src="http://widgets.amung.us/colored.js"; document.getElementsByTagName("head")[0].appendChild(s); )(); User Online













