Video ini memperlihatkan cara pengurangan pecahan dengan pembagi yang sama menggunakan garis bilangan. Garis bilangan akan membantu siswa memahami konsep pengurangan dan juga pecahan.

seen from United States
seen from China
seen from Australia
seen from Peru

seen from Türkiye
seen from Colombia
seen from Netherlands
seen from Malaysia

seen from Russia
seen from China

seen from Malaysia
seen from Brazil
seen from Indonesia
seen from Malaysia

seen from Malaysia

seen from Malaysia
seen from China

seen from China
seen from Peru
seen from United States
Video ini memperlihatkan cara pengurangan pecahan dengan pembagi yang sama menggunakan garis bilangan. Garis bilangan akan membantu siswa memahami konsep pengurangan dan juga pecahan.
Menghitung Perkalian Matematika Dengan Cepat
Menghitung Perkalian Matematika Dengan Cepat
Mungkin bagi sebagian orang untuk menghitung perkalian, tambahan, pengurangan dan lain sebagainya biasanya lebih memilih memakai kalkulator karena dianggap paling cepat, praktis dan akurat dengan rumus tertentu. Lalu bagaimana jadinya kalau kita lupa tidak membawa kalkulator sedangkan ingatan kita sudah semakin lupa mengenai hasil hitung-hitungan tersebut. Sebenarnya saat di SD dulu kita sering…
View On WordPress
Pengurangan Jumlah Tim Satelit Akan Untungkan Ducati
Liputanviral - Kepala teknisi tim Ducati, Gigi Dall'Igna, mengungkapkan bahwa timnya bakal memperoleh banyak manfaat dari pengurangan jumlah tim satelit mereka di MotoGP 2019. Pada MotoGp musim 2018, Ducati menjadi pabrikan dengan jumlah motor di grid terbanyak yaitu delapan. Ini terjadi karena mereka memiliki tiga tim satelit yaitu tim Pramac Racing, Avintia Ducati serta Angel Nieto. Pabrikan asal Italia ini tercatat menyuplai enam motor untuk pembalap utama dari tiga tim tersebut. Ducati Desmosedici GP16 dan GP 17 untuk pebalap tim Angel Nieto dan Avintia Racing serta Ducati Desmosedici GP17 dan GP 18 untuk pebalap tim Pramac Racing. Namun di musim 2019 nanti jumlah tersebut bakal berkurang setelah tim Angel Nieto tak akan berkompetisi di MotoGP. Tim asal Spanyol ini akan digantikan oleh tim satelit baru dari Yamaha. Selain itu, Ducati juga bakal hanya menggunakan dua motor di musim 2019 yaitu Desmosedici GP18 dan Desmosedici GP19. Keputusan ini menurut Kepala teknisi tim Ducati, Gigi Dall'Igna bakal sangat menguntung bagi tim yang bermarkas di Bologna tersebut. "Kami akan memiliki dua motor lebih sedikit, ini disayangkan dari sisi pemasukan karena pasti tim membantu kami dari segi ekonomi," ujar Dall'Igna dilansir dari Autonews. "Tetapi pada akhirnya kami menyederhanakan sistem karena sampai (akhir) 2018 kami memiliki tiga spesifikasi motor berbeda di grid dan ini tidak mudah untuk dikelola." "Untuk musim depan kami memiliki tiga pembalap dengan dengan motor 2018 (Desmosedici GP18), serta tiga pembalap lainnya dengan motor 2019 (Desmosdici GP 19). "Jadi pastinya kita mendapatkan lebih sedikit uang, tetapi kebijakan penyederhanaan ini adalah langkah maju dan saya selalu melihat ada sedikit rasa pesimistis," ungkap pria 52 tahun ini. Read the full article
Pengurangan Dagangan UK-EU Memburukkan Ekonomi- Broadbent
Pengurangan Dagangan UK-EU Memburukkan Ekonomi- Broadbent
Kemerosotan perdagangan antara Britain dan Kesatuan Eropah akan memberi kesan buruk kepada ekonomi dan akan menyebabkan harga terus meningkat, kata Timbalan Gabenor Bank of England Ben Broadbent pada Selasa.
Dalam ucapan beliau yang berfokus kepada faedah globalisasi, Broadbent memberi amaran kurangnya dagangan dengan pasaran tunggal Eropah akan merugikan eksport perkhidmatan perniagaan dan…
View On WordPress
ECB Memberi Isyarat Pengurangan Rangsangan Monetari – Minit ECB
ECB Memberi Isyarat Pengurangan Rangsangan Monetari – Minit ECB
Minit mesyuarat European Central Bank (ECB) menunjukkan bank pusat membincangkan tentang mengurangkan kecenderungan pelonggaran dalam kenyataan polisi, tetapi memutuskan bahawa adalah bersesuaian untuk ia dikekalkan.
Majlis Gabenor ECB menjelaskan adalah penting untuk meningkatkan momentum pemulihan ekonomi Zon Eropah, di mana inflasi masih lagi dilihat lemah.
Ahli-ahli gabenor bimbang dengan…
View On WordPress
#forum #pengurangan #resiko #bencana #mitigasi #scdrr (di Medan, Indonesia)
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/03/pembiayaan-ptptn-terpaksa-dikurangkan/
Pembiayaan PTPTN terpaksa dikurangkan
KUALA LUMPUR, 3 November:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk mengurangkan jumlah pembiayaan bagi pelajar di institusi pendidikan tinggi kerana kekurangan dana berikutan ramai peminjam gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual.
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata setiap tahun, PTPTN memerlukan RM5 bilion untuk memberi pinjaman kepada penuntut di institusi pengajian tinggi, dan prestasi bayaran balik yang tidak memuaskan telah menjejaskan dana perbadanan itu.
“Ini semua kesan daripada ramai yang tidak bayar balik pinjaman. Jumlah keseluruhan bayaran balik pembiayaan pendidikan yang diterima sehingga 31 Ogos 2014 ialah sebanyak RM5.37 bilion atau 45.62 peratus berbanding bayaran balik sebenar yang perlu diterima RM11.77 bilion.
“Jumlah peminjam yang tidak penah membuat bayaran balik pula ialah seramai 552,638 pinjaman dengan amaun sebanyak RM4.21 bilion,” katanya.
Shamsul Anuar mengulas laporan media mengenai pengurangan pembiayaan PTPTN sebanyak lima peratus kepada pelajar di institusi pengajian tiggi awam dan 15 peratus bagi pelajar di institusi pengajian tingi swasta berkuat kuasa Sabtu lepas.
Bagaimanapun, katanya pengurangan jumlah pinjaman itu tidak melibatkan pelajar yang mengambil ijazah di dalam bidang perubatan.
Beliau turut menafikan keputusan mengurangkan pinjaman itu dibuat secara terburu-buru tanpa memikirkan beban kewangan yang bakal ditanggung pelajar.
“Keputusan ini dibuat demi meneruskan kelestarian PTPTN dalam memastikan badan itu terus dapat menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukan.
“Sekiranya tindakan ini tidak diambil, dianggarkan 50,000 pelajar lagi tidak dapat diberikan pinjaman,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, meminta kerajaan mengkaji semula keputusan mengurangkan jumlah pinjaman pendidikan itu.
“Dengan kenaikan kos sara hidup, mereka sepatutnya menaikkan jumlah pinjaman atau mengekalkan kadar itu berbanding mengurangkannya,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/10/14/pengurangan-cukai-tidak-beri-kesan-kepada-golongan-sederhana/
Pengurangan cukai tidak beri kesan kepada golongan sederhana
KUALA LUMPUR, 14 Oktober:
Kadar cukai individu yang dikurangkan oleh kerajaan antara satu hingga tiga peratus dilihat tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan sederhana dan miskin di negara ini.
Presiden Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Datuk C.L. Liaw berkata, kadar peratusan yang dikurangkan oleh kerajaan tidak memadai untuk memberi impak keseluruhan bagi individu dan keluarga yang berpendapatan di bawah RM4,000.
“Dengan kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini, ditambah pelaksanaan GST pada tahun hadapan, tawaran kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai individu tidak memberi impak yang besar untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
“Walaupun kerajaan memberi jaminan barangan kawalan tidak akan dikenakan GST, tetapi dalam rantaian perniagaan ada barangan yang akan mengalami kenaikan harga di sebabkan pelaksanaan GST.
“Pengurangan kadar pendapatan cukai individu hanya kurang satu hingga tiga peratus tetapi kos sara hidup mereka akan naik kerana peniaga akan mengenakan cukai barangan kepada pengguna sebanyak enam peratus bila GST dilaksanakan dan ini beban untuk mereka,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post.
C L Liaw juga berkata, GST satu model yang bagus dan telah banyak negara yang melaksanakannya, namun, katanya, kerajaan sepatutnya memulakan dengan peratusan yang lebih kecil.
“Beberapa negara seperti Singapura, mereka memulakan GST dengan kadar antara tiga dan empat peratus sebelum mencecah enam peratus.
“Saya menjangkakan bajet 2015 itu dapat mengurangkan cukai pendapatan individu hingga lima peratus, ini membolehkan majikan menaikkan tangga gaji pekerja mereka.
“Sebagai peniaga, dengan pelaksanaan GST enam peratus akan menyebabkan pasaran runcit pula menjadi kurang aktif,” ujarnya.
Dalam pembentangan bajet Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan, cukai pendapatan individu dan isi rumah akan distrukturkan semula bagi tahun taksiran 2015.