18/3/2020
Perintah Kawalan Pergerakan , menjejaskan aku untuk mencari rezeki untuk membayar hutang & keperluan keluarga. Usahaku terbantut. Hanya Allah sahaja yang mengetahui ketakutan yang aku rasai ketika ini.
Tapi semoga semuanya akan baik2 sahaja dengan segera.
Alhamdulillah .. ada rezeki juga hasil jualan untuk menyediakan makanan untuk kami sekeluarga beberapa hari ini. Walau pun aku binggung antara 2 hutang atau makanan. Namun, masakan seorang ibu sanggup membiarkan anak-anaknya kelaparan.
Beberapa hari ni juga mungkin akan lengang telefon ini dihujani oleh pemungut hutang. Tapi kerisauan mengenai semua hutang akan tetap ada.
Ya Allah
Ya Aziz, Ya Jabbar , Ya Mutakkabir
Lindungilah aku dari desakan hutang.
Ya Allah , Ya Fattah , Ya Razak
Berilah rezeki dan jalan keluar untuk menyelesaikan hutang-hutangku.
Jaga kesihatan semua & harap semuanya baik-baik sahaja.














