Tertunaikan sudah mandat menyusun prosiding ini. Mari kita hadapi akhir pekan dengan penuh riang gembira, dengan hati santun. #prosiding #asaihl2017 #weekend #coffee #instagrahman (at Biringkanaya, Sulawesi Selatan, Indonesia)
seen from Türkiye
seen from Yemen

seen from Russia

seen from United States
seen from Russia
seen from China
seen from United States

seen from India
seen from Germany
seen from Spain
seen from United Kingdom

seen from India

seen from India
seen from Maldives
seen from United Kingdom

seen from India
seen from Spain
seen from Maldives
seen from France
seen from Germany
Tertunaikan sudah mandat menyusun prosiding ini. Mari kita hadapi akhir pekan dengan penuh riang gembira, dengan hati santun. #prosiding #asaihl2017 #weekend #coffee #instagrahman (at Biringkanaya, Sulawesi Selatan, Indonesia)
Berikut adalah makalahnya :
SISTEM PENDUKUNG KEPUTUSAN PEMILIHAN JENIS NOTEPAD GAMING DENGAN MENGGUNAKAN ANALYTICAL HIERARCHY PROCESS Berikut adalah makalahnya :
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/24/projek-basmi-kemiskinan-1azam-gagal/
Projek basmi kemiskinan 1Azam gagal
KUALA LUMPUR, 24 Mac:
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati projek membasmi kemiskinan 1Azam mempunyai banyak kelemahan dan gagal mencapai matlamat dan kumpulan sasar yang ditetapkan.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, hasil daripada prosiding yang telah dijalankan, pihaknya mendapati projek kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu tidak menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan melanggar peraturan perolehan.
Malah, program tersebut juga tidak melakukan kajian keperluan di mana tiada semakan dibuat terhadap kelayakan peserta.
“Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti adalah pemilihan peserta 1Azam yang tidak melalui E-Kasih, bukan kumpulan sasar.
“Justifikasi pembelian barangan tidak dibuat dan peserta tidak mempunyai komitmen dengan peralatan yang dibekalkan serta peserta 1Azam yang tidak dapat dikesan.
“Tujuan utama 1Azam adalah untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah menjadi usahawan dan mendapatkan pendapatan namun peraturan perolehan tidak digunakan dalam memilih pembekal barangan kepada peserta,” kata Nur Jazlan dalam satu sidang media selepas selesai prosiding di Parlimen.
Mengulas lanjut prosiding hari ini, penjelasan yang diberi oleh Ketua Setiausaha KPKWM lebih kepada penambahbaikan program tersebut.
Sehubungan dengan itu kata Jazlan, PAC akan memanggil bekas Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Seri Norul Ainul Mohd Nor selain Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Kebajikan Negara dan Datuk Syed Abd Rahman Syed Mohamad bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung program itu.
“Mereka hanya dilantik pada 2014 dan tidak terlibat menguruskan program ini.
“Atas sebab itu, PAC akan panggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Norul Ainul Mohd Nor.
Banyak yang beliau kena jawab kenapa tidak ikut tatacara yang ditetapkan kerajaan,” ujarnya.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/16/mahkamah-putuskan-pegawai-anggota-polis-terlibat-kematian-chandran/
Mahkamah putuskan pegawai, anggota polis terlibat kematian Chandran
KUALA LUMPUR, 16 Januari:
Mahkamah Koroner hari ini memutuskan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan Dang Wangi terbabit menyebabkan kematian pemandu lori, Chandran Perumal di lokap polis, dua tahun lalu.
Koroner, Ahmad Bache membuat keputusan itu, selepas berpuas hati dengan fakta serta keterangan yang diberikan 14 saksi, sepanjang prosiding inkues yang membuktikan pegawai dan anggota polis dari dua balai tersebut, melakukan pengabaian salah sehingga menyebabkan kematian Chandran, 47.
Katanya, mereka tidak mengambil tindakan sewajarnya, walaupun keadaan kesihatan mendesak si mati dalam tempoh yang dimaksudkan adalah ketara, yang mewajarkan beliau dihantar dan dirawat segera di hospital.
“Malah, keterangan pegawai penyiasat, Inspektor Mahezal Mohd Noh yang menyatakan ‘tidak terlintas dalam hati saya untuk hantar suspek ke hospital’, menunjukkan tiada apa-apa tindakan yang diambil pihak polis, walaupun majistret mengarahkan si mati diberi rawatan sewajarnya,” katanya.
Mahkamah turut memutuskan, Chandran meninggal dunia pada atau sebelum jam 7.48 pagi 10 September 2012, bukan pada jam 7 malam hari sama, seperti yang dilaporkan polis, sebelum ini.
Selain itu, Ahmad turut tidak mempertikaikan Chandran meninggal dunia di lokap IPD Dang Wangi, akibat ‘hypertensive heart disease’, kerana tekanan darahnya menjadi tinggi dan dia tidak diberi atau memakan ubat-ubatan berkaitan penyakit itu.
Mahkamah juga berpuas hati dengan keterangan bahawa si mati diasing dan ditempatkan dalam lokap yang tidak mempunyai sebarang kemudahan asas, seperti tandas dan tiada alas tidur.
Selain itu, mahkamah bersetuju dengan keterangan Dr Nurul Kharmila Abdullah yang menyatakan, kematian boleh dielak, jika si mati diberi ubat-ubatan yang diperlukan.
Hasil laporan bedah siasat mendapati, ada beberapa kesan kecederaan di kepala Chandran, akibat pukulan, selain kecederaan lain.
Chandran yang ditahan di lokap pada 6 September 2012, kerana disyaki terbabit dalam kes penculikan seorang bayi, meninggal dunia pada 10 September 2012.
Peguam pemerhati, M. Visvanathan yang mewakili keluarga si mati, berpuas hati dan berterima kasih kepada mahkamah atas keputusan itu.
“Kami akan berbincang dengan keluarga mendiang untuk langkah seterusnya dan kemungkinan akan mengambil tindakan sivil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya selepas prosiding itu.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/07/polis-jangan-halang-proses-undang-undang/
Polis: Jangan halang proses undang-undang
KUALA LUMPUR, 7 November:
Polis meminta orang awam yang hadir semasa keputusan rayuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya supaya menghormati undang-undang dan keadilan yang diamalkan di negara ini.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan di tangan sendiri yang menyalahi undang-undang sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat mahkamah.
Menurutnya, polis meminta agar semua pihak bertenang dan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah kelak.
“Mereka diminta untuk memberi kerjasama kepada pihak mahkamah dalam membuat keputusan bagi memberi keadilan kepada semua pihak yang terlibat dalam rayuan kes tersebut
“Sebarang tindakan yang diambil bagi menunjukkan protes seperti perarakan, kekacauan, rusuhan atau pecah keamanan bagi menghalang proses undang-undang berjalan adalah kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambahnya lagi, mereka juga perlu menghormati konsep kedaulatan undang-undang yang termaktub dalam rukun negara.
Jelasnya, sebarang perbuatan dan kesalahan jenayah tersebut hendaklah dielakkan sama sekali daripada berlaku,” ujarnya.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/06/nasib-anwar-bakal-ditentukan-esok/
Nasib Anwar bakal ditentukan esok
PUTRAJAYA, 6 November:
Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau tidak mengetahui bila keputusan prosiding rayuan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan.
Menurutnya, pihaknya akan menghabiskan semua prosiding esok namun tidak dapat menentukan tarikh keputusan.
“Kita hendak habiskan semua prosiding esok tetapi keputusan saya tidak tahu bila mungkin tarikh baru mungkin esok juga. Saya tidak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita di luar kamar bicara Mahkamah Persekutuan di sini.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan prosiding hari ini, Shafee berkata pihak pembelaan hanya membangkit hal-hal lama yang telah dijawab.
Katanya, beliau hanya perlukan masa 10 hingga 15 minit esok untuk memperkukuhkan hujahan yang telah dibuat sebelum ini.
“Hari ini apa yang kita dengar daripada sana (peguambela) cerita lama yang kita ada jawapan.
“Kita punya hujah yang kita buat dari segi fakta dan undang-undang masih lagi sah seperti yang kita buat hujahan. Esok kita hanya hendak memperkukuhkan sudut-sudut yang kita sudah pilih,” ujarnya.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/03/kes-liwat-ii-masuk-hari-kelima/
Kes liwat II masuk hari kelima
KUALA LUMPUR, 3 November:
Prosiding rayuan kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari kelima hari ini dan ia mungkin disambung esok.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu di mana perbicaraan kes berkenaan sebelum ini menarik perhatian media tempatan dan antarabangsa.
Perbicaraan kes liwat II ini bermula pada 28 Oktober lalu di mana ia mendapat liputan meluas apabila bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram muncul sebagai ketua barisan 14 peguam Anwar yang berdepan dengan Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, juga seorang peguam yang terkenal.
Anwar disambut oleh kurang dari seratus penyokongnya sebaik saja di Istana Kehakiman di Putrajaya tetapi mereka dihalang daripada menghampiri mahkamah.
Ini berkemungkinan prosiding hari ini hanya dibuat sehingga tengah hari.
9.00 pagi
Ketua Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee meneruskan pendakwaan yang tertangguh, Jumaat lalu.
Prosiding hari ini akan dibuat sehingga tengah hari kerana Ketua Hakim Tun Ariffin Zakaria tidak akan hadir untuk sesi petang.
9.30 pagi
Shafee memulakan pendakwaan dengan menyerahkan beberapa bukti (exhibit) yang diambil dalam pencarian di lokap di mana DNA diambil dari berus gigi, tuala Good Morning dan botol air ketika Anwar ditahan semalaman.
Menurut Shafee, barang-barang berkenaan dikumpul dan dihantar ke pegawai penyiasat dan kemudian diserahkan kepada ahli kimia.
9.45 pagi
Shafee berkata pegawai penjaga yang bertugas tidak diulang siasat ketika perbicaraan dan sudah terlambat untuk mempersoalkan perkara itu sekarang.
10.00 pagi
Dia berkata pihak peguam bela terdahulu mempersoal bagaimana penemuan barang dibuat dan menambah bahawa perkara itu tidak disebut ketika perbicaraan di Mahkamah Rayuan.
“Ia merupakan bukti tidak langsung (perkara yang digunakan oleh Anwar di dalam lokap),” tambahnya.
Shafee meneruskan hujah dengan berkata tiada peluang untuk barang bukti direka kerana bukti diberi oleh dua pegawai polis – Supt Amidon Anan dan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira.
Dia menekankan barang-barang berkenaan itu perlu diterima sebagai barang bukti.
Shafee turut menegaskan sebab tangkapan telah diberitahu kepada Anwar dan peguamnya Sankara Nair padai hari beliau ditahan.
Shafee berkata tiada prejudis untuk hakim perbicaraan untuk meneliti bukti dalam perbicaraan utama untuk menukar rumusan perbicaraan dalam perbicaraan.
“Bukti yang diperoleh secara tidak sah boleh diterima jika dokumen itu relevan,” katanya.
Dalam hujahnya, Shafee menyebut beberapa kes di mana bukti ‘memerangkap’ dibenarkan di mahkamah.
“Mahkamah mempunyai kuasa untuk menolak (bukti) berkenaan,” katanya.
Shafee menjawab pihak peguambela selepas mereka mengatakan bahawa bukti yang diambil dari lokap bersifat tipu daya dan penipuan.
“Tidak adil sekiranya dikatakan seluruh pasukan bola sepak telah ‘menggunakan’ dubur Saiful hanya kerana penemuan DNA pihak ketiga yang tidak dikenali,” kata Shafee.
11 pagi
Shafee memulakan hujah berkenaan perbezaan dalam bukti DNA seperti yang didakwa pihak peguam bela
Katanya, menurut pakar DNA tiada DNA pihak ketiga ditemui. Hanya sedikit kelainan yang muncul, tetapi hilang.
Shafee berhujah dan mendakwa bahawa analisis standard DNA di Malaysia sangat tinggi, dan lebih baik daripada di Amerika Syarikat, Britain dan Australia.
“Walaupun sampel rosak, ia masih boleh dibaca. Pakar kerajaan tidak pernah mengatakan bahawa sampel itu bersih,” katanya.
Shafee menerangkan kepada mahkamah bagaimana sampel dari Saiful Bakhary Azlan diambil untuk meminimumkan pencemaran dan mengapa terdapat tusukan walaupun tiada tanda kewujudan sperma dalam dubur Saiful, penggunaan gel KY dan tiada pergelutan.
Shafee berkata keberadaan sperma dalam dubur Saiful adalah bukti kukuh adanya tusukan.
Mahkamah berhenti rehat sebentar.
12.30 tengah hari
Shafee menerangkan kehadiran DNA pihak ketiga dalam dubur juga boleh berlaku ketika dia duduk di atas mangkuk tandas.
Dia menegaskan hubungan seks sebelum ini boleh diterima sebagai rentetan kisah.
“Hakim mampu membezakan pengaruh yang memudaratkan.”
Saiful adalah saksi boleh percaya, menurut Shafee kerana dia tidak berkelakuan seperti mangsa biasa walaupun dia di bawah kuasa dan pengaruh tertuduh.
Dia menegaskan, apabila saiful berkata “tidak rela” dia bermaksud “tidak rela lagi” dan menambah Saiful membawa gel KY untuk melindungi dirinya.
“Oleh itu, keterangan secara terperinci oleh Saiful atas dakwaan diliwat adalah bukti dia tidak mereka cerita itu.”
Saiful mungkin mengalami ‘Stockholm Syndrome’ kata Shafee.
Dia meneruskan hujah dengan berkata tindakan pihak pendakwaraya memanggil Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful adalah tindakan tepat kerana Saiful adalah saksi luar biasa.
Shafee menyoal laporan Dr Osman yang mengatakan objek plastik dimasukkan ke dalam dubur Saiful dan bukan tusukan kemaluan (penile penetration).
“Mengapa tiada soalan susulan berkenaan perkara itu?” soalnya.
“Ini kerana objek plastik yang dimasukkan ke dalam dubur Saiful seperti yang disebut dalam laporan Dr Osman adalah palsu,” katanya.
Shafee terus membacakan nota soalan balas Dr Osman yang menerangkan berkenaan objek plastik dan sama ada Saiful berkata dia diliwat oleh seorang VIP.
“Dr Osman adalah penipu dan Timbalan Pendakwaraya mungkin kehilangan kerjanya sekiranya dia dipanggil sebagai saksi,” katanya.
1.00 petang
Ketua Hakim, Tan Sri Ariffin Zakaria bertanya kepada Shafee mengapa pihak pendakwaraya tidak mencabar Dr Osman selepas tiga kenyataan diambil daripadanya.
Menjawab soalan hakim, Shafee berkata pihak pendakwaraya tidak berbuat demikian kerana Dr Osman tidak boleh dipercayai.
“Pihak pendakwaraya berhak memanggil saksi dan kami tidak perlu memanggil saksi yang tidak boleh dipercayai.
“Maka tidak ada keperluan untuk mencabar kenyataan Dr Osman yang langsung tidak boleh dipercayai ketika soal balas dibuat oleh pihak pendakwaraya,” katanya.
Mahkamah berhenti dan prosiding disambung esok.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/10/30/liwat-ii-mungkin-berlarutan-hingga-selasa-depan/
Liwat II : Mungkin berlarutan hingga Selasa depan
KUALA LUMPUR 30 Oktober:
Ketua pasukan pendakwaan kes rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Shafee Abdullah memohon sesi pembentangan dimulakan esok memandangkan beliau memerlukan lebih masa untuk menyediakan hujah balas.
Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria yang mempengerusikan sidang 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Shafee dan menangguhkan prosiding ke esok.
Memandangkan, pihak pembelaan sudahpun selesai membentangkan hujah mereka, maka sesi prosiding pada Khamis tidak diisambung selepas rehat tengah hari.
Berdasarkan kenyataan terbaru Shafee ketika ditemui media hari ini, prosiding dijangka kemungkinan besar berlarutan hingga ke Selasa depan pula.
Menurut Shafee, beliau hanya menerima dokumen petisyen hujah pembelaan pasukan peguambela Anwar yang dihantar di saat akhir pada, Selasa, iaitu hari perbicaraan bermula.
Shafee menjelaskan pasukan pembelaan turut mengemukakan beberapa isu baru dalam hujahan mereka dan sehubungan itu beliau memerlukan sedikit masa untuk menelitinya serta menyediakan hujahan balas.
“Hanya saya yang akan menyampaikan hujahan balas esok tetapi saya tidak fikir akan mampu mennyampaikan keseluruhannya esok,” tegas beliau.
Justeru itu beliau menjangkakan prosiding bakal berlarutan ke hari Selasa memandangkan hujahan balas yang sudah beliau sediakan sahaja setebal 221 muka surat – dikatakan antara yang terpanjang dalam sejarah perbicaraan kes rayuan.
Mengulas mengenai hujah pasukan pembela Anwar, Shafee berkata 85 peratus daripadanya bukan perkara baru.
“Hanya 15 peratus adalah isu baru,” jelas beliau.
Sementara itu Anwar ketika ditemui selepas selesai hujahan pasukan peguambelanya hari ini berkata, berdasarkan fakta yang munasabah yang dibangkitkan beliau yakin mahkamah akan mengetepikan sabitan bersalah ke atasnya.
“Saya tidak melihat sebarang pilihan lain bagi mahkamah kecuali melepaskan saya dari tuduhan liar ini,” tegas Anwar sambil menyifatkan hasrat pihak pendakwaan mahu beliau dipenjarakan lebih lama sebagai tidak masuk akal.