New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/17/komandan-wanita-pertama-pulapol-meninggal-dunia/
Komandan wanita pertama Pulapol meninggal dunia
Komandan wanita pertama Pusat Latihan Polis (Pulapol), Datuk Nahariah Hussein, 58, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 9.47 malam semalam.
Penolong Ketua Urus Setia Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan di Facebook berkata, jenazah telah dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak untuk urusan selanjutnya.
“PDRM kehilangan seorang ketua yang tegas dan berdedikasi sepanjang menggalas amanah sebagai Komandan Pulapol Kuala Lumpur.
“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan yang besar buat PDRM. Seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah,” katanya.
Allahyarhamah dilantik sebagai Komandan Pulapol Kuala Lumpur pada 16 Januari 2014 dan merupakan pegawai kanan polis wanita pertama dilantik sebagai komandan pusat latihan selepas diterajui oleh 41 pegawai kanan polis lelaki.
Nahariah adalah komandan Pulapol yang ke-42 sepanjang 111 tahun Pulapol ditubuhkan.