SEDIKIT WAKTU
Telemovie yang penuh dengan pengajaran. Mengisahkan sepasang suami isteri yang sibuk dengan kerjaya masing-masing sehinggakan anaknya, Aidin berasa kesunyian. Ditambah lagi atuknya yang pernah tinggal dengan mereka dihantar ke rumah orang tua-tua. Apa yang menarik dalam cerita ni, Aidin bukan seorang budak yang 'rosak' seperti yang biasa digambarkan dalam cerita lain. Watak Aidin adalah seorang yang sangat baik, dia selalu berusaha membantu mama dan papanya daripada bergaduh. Semasa Aidin melarikan diri untuk menjemput datuknya, duitnya telah dicuri dan dia hanya ada beberapa sen. Duitnya tidak cukup untuk membeli sebotol air. Melihat situasi Aidin, penjual tersebut memberikan Aidin dua botol air. Ketika tengah berjalan, Aidin ternampak dua orang penyanyi jalanan dan anaknya. Tapi berfikir panjang Aidin memberikan dua botol air tadi kepada budak itu. Cerita ini terus dihiasi dengan kebaikan2 manusia. Ketika Aidin dan datuknya keluar dari rumah orang tua, mereka menahan teksi tetapi mereka tidak ada duit. Namun, pemandu teksi itu masih mahu membantu mereka. Setelah mama dan papa Aidin menjumpai mereka di kubur nenek Aidin, papa menyerahkan sejumlah wang kepada pak cik teksi itu sebagai bayaran. Ini terbukti, kebaikan masih akan dibalas dengan kebaikan. Aidin menceritakan niatnya adalah nak membantu mama dan papanya sebab dia tak sibuk seperti orang dewasa. Di akhir cerita, mama dan papa Aidin sedar dan atuknya tinggal bersama mereka. Mereka hidup bahagia kembali.















