AFTER SCHOOL DOCTOR
Sebuah drama jepun berkisar tentang seorang doktor kanak-kanak (Dr. Makino) yang ditempatkan di sebuah sekolah rendah untuk menjadi doktor di sekolah tersebut. Cerita ini membawa penonton bukan sahaja untuk kenal penyakit-penyakit kanak-kanak seperti mana cerita medical yang lain, dia juga membawa nilai kekeluargaan, struggle seorang dewasa (guru) dalam menempatkan diri di mata pelajar-pelajarnya.
Selain itu, kita dapat memahami perspektif seorang anak terhadap ibu bapanya. Apa yang diharapkan oleh seorang anak daripada ibu bapa dia. Bagaimana sesebuah keluarga yang retak atau goyah atau runtuh memberi impak kepada seorang anak kecil.
Saya melihat besarnya pengaruh orang dewasa terutamanya ibu bapa dalam membentuk kebahagiaan seorang anak dan pada masa yang sama menjadikan zaman kanak-kanak mereka suatu zaman yang wajib dinikmati di'enjoy'. Tidak wajar seorang kanak-kanak dibebani dengan tekanan yang tidak sepatutnya.
Dalam cerita ni saya suka dengan character Dr Makino walaupun dia bukan jenis yang mesra alam, tetapi secara neutral budak-budak lebih terbuka kepada dia. Walapun dia nampak seperti tidak kisah atau tidak cakna, tapi bila melibatkan kesihatan dia yang paling concern. Sometimes, kita tanpa sedar kita jadi terbuka dengan stranger berbanding dengan orang yang rapat dengan kita.
Ada satu character budak ni (Reika-chan), dia seorang yang talkative, semua benda dia nak cerita, nak tanya. Dan sebab ni dia akan dilihat sebagai orang yang suka brag, tak sensitive, cannot read the room lah orang cakap. Tapi rupa-rupanya, dia takde niat pun, dia tak tahu pun perbuatan dia tu sebenarnya buat kawan-kawan dia tak selesa dengan dia. Tapi sebenarnya tu jugak lah kekuatan dia, untuk kawan dia yang pendiam dialah yang akan ke depan untuk lantang membela, untuk iniatiate sesuatu bila semua orang takut. From her character, i cannot disagree yang memang kita ada encounter orang yang macam ni. Pada penghujungnya, kawan-kawan dia baik balik dengan dia. Dia bagitahu kat kawan-kawan dia kalau dia tak sensitif lagi tegur dia, (Dr Makino yang nasihatkan dia bagitahu kawan dia macam tu, sbb kalau x cakap kawan dia takkan faham dia).
8.5/10. I recommend this drama. Lots to learn. The kids are very talented in portraying their roles.












