#65 Tujuh april dua ribu dua puluh dua
Kelas harini agak hambar melainkan kelas melukis peta. Itu sahajalah kelas yang ada maklumbalas antara pelajar dan pensyarah, yang lain tu bukan salah pensyarah, tetapi pelajar dah penat kerana kelas pada pukul dua petang. Walaupun tak meriah, tetapi kami layankan sahajalah apa yang disampaikan dan tetap memberi respon tatkala beliau memanggil pelajar secara rawak.
Harini aku berbuka beli makanan di grabfood kerana penat nak keluar. Aku beli nasi lemak marrybrown yang berharga lima belas ringgit, namun aku tebus mata ganjaran, jadi dua belas ringgit. Nilai ini adalah satu penjimatan besar kerana kalau aku pergi ke bazar ramadan, aku boleh habis sekitar dua puluh ringgit. Satu bungkus makanan dalam enam hingga lapan ringgit, air dalam empat ke lima ringgit, dan sedikit kuih dalam lima ringgit. Kalau ikutkan, tanpa kuih, boleh sahaja kenyang. Tetapi menurut nafsu, itulah jadinya.
Malamnya, kami ke cumart atas alasan moreh (sekali lagi). Aku beli aiskrim kon, empat ringgit harganya. Aku kira okay la aiskrim, semasa pertama kali menerjah lidah, gusi aku agak sensitif dengan manis dan sejuk aiskrim tu. Tapi dah lama sikit, dah okay dah. Aiskrim pun tak terlampau manis, lembut saja di mulut.
Esok hari jumaat, aku dah tiada kelas. Tugasan pula aku dah siapkan pada malam ini. Jadi aku boleh rehat dan tenangkan fikiran. Semoga kegusaran hati ini hilang secepat yang mungkin.


















