Karya pertama saya dalam genre thriller-mistik dan seram-mistik berjudul KONSPIRASI MAHARAJA, yang bermula sebagai bab-bab online. Justeru sambutan online yang menggalakkan, maka ia diterbitkan menjadi buku. . Kemudian cubaan kedua saya untuk seram-mistik melalui karya SUHUF DASAWARSA yang diterbitkan dalam naskhah novelet SAKA, bersama dua orang penulis lain. Insya-Allah karya ini akan dikembangkan menjadi novel solo tahun ini. . Kedua-dua novel itu diterbitkan oleh sebuah rumah penerbitan. Alhamdulillah sambutan agak hangat, walaupun saya (mungkin) lebih dikenali sebagai novelis ibrah sejarah (fiksyen sejarah). . Mutakhir seperti dalam poster ini, sebuah zine yang saya terbit sendiri. Justeru pra-tempah (pre-order) zine yang mengandungi 3 cerpen seram-mistik WEB SUTERA dibuka untuk tempoh maksimum 2 minggu. Judul-judulnya: . i) Roh Yang Terperangkap; ii) Segel Puaka; iii) Kandang Nenek. . 140 muka surat, saiz 128mm X 182mm. Harga RM13 + postage RM2. Total RM15 sahaja. . Boleh hubungi saya melalui saluran komunikasi tertera dalam poster. Naskhah ROH PUAKA KANDANG ini tidak dijual di kedai-kedai, setakat ini. Jualan hanya terus dari saya. . Jadinya... mana dia penyokong-penyokong Web Sutera? 😱🏃♂️✍️ . #WebSutera #NovelisRakyat #SeramMistik #SegelPuaka #Seram #Mistik #ThrillerMistik #Dark #Horror #Alternative #ZineSeram https://www.instagram.com/p/Bs-YTE_Atay/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1uhslx91k9w5f