PENAT
Penat. Penat menanti, perubahan yang tidak akan pernah berlaku. Malah semakin teruk juga saban hari, sehingga aku merasakan tidak lagi selamat pabila berada di sisinya. Apakah betul perasaan sebegini? Seolah dia mahu menghentikan riwayatnya, akan tetapi mahu aku ikut turut serta bersama dia! Aku tak mahu! Terlalu banyak dosa-dosa aku yang masih belum terampunkan! Aku masih mahu berbuat baik, lantas mengumpul sebanyak amal yang termampu!
Salahkah jika aku merasakan tidak selamat lagi tiap kali berada di sisinya? Salahkan?




















