New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2014/11/24/500-bangkai-singa-laut-ditemui/
500 bangkai singa laut ditemui
LIMA, 24 November:
Pihak berkuasa Peru sedang menyiasat kematian kira-kira 500 bangkai singa laut yang reput ditemui di pantai utara.
Polis Alam Sekitar memberitahu agensi berita rasmi Andina bahawa bangkai-bangkai singa laut berkenaan ditemui di pantai di wilayah Santa kira-kira 400 kilometer ke utara Lima.
Polis sedang menyiasat aduan daripada gabenor daerah Samanco tempatan, yang berkata mamalia laut itu telah diracun oleh petani dan nelayan laut yang menangkap kerang.









