Dalam penjara kebebasan banyak terhalang, begitulah perihalnya hidup orang beriman. Segala gerak mereka dikekang 'Sifat Hamba' pada Tuhan Pencipta Alam. Lain halnya dengan orang tidak beriman, dunia ini syurga bagi mereka. Barang dihajat terus dilaksana tanpa fikir. Bagi mereka dosa pahala itu barang rapuh kerana tidak zahir di depan mata seperti harta atau takhta. Mata mereka 'Rabun akhirat' dan kerabunan ini kelak akan menjerumuskan mereka ke dalam lubang neraka. Penjara dunia orang beriman pula akan bertukar menjadi Syurga Hakiki setelah mereka bangkit di akhirat kelak. Bangun sahaja dari kubur mereka membuka mata seraya mengucap syukur panjang. Ayuhlah kita semua bersusah, berletih dan berpanas dalam penjara dunia kerana melaksanakan suruhan Allah. Sebaik menginjak kaki ke akhirat, kita bakal bebas sebebas-bebasnya bak burung lepas terbang di udara. Itulah tanda manusia cerdik, bersusah dahulu barang seketika di dunia untuk mendapat kesenangan abadi di akhirat. - Ustaz Abdullah Bukhari Semoga Allah memelihara kita dalam mencari keredhaanNya. Wallahhu ta'ala A'lam. #thedaiegraphy #abuhanifah #dakwahituseni #harinidahingatmati #dakwahsentap #pahalaproject #my_genggua #ikutcarakita #igmalaysia #igersmalaysia #igerstarbiah #teamtazkirah #muhasabah #muhasabahdiri #peringatan #peringatanbersama #salamjumaat













