[HARI KEENAM] PERSEDIAAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN: Temuduga Dah Dekat
Hari keenam persediaan temuduga SPA.
Biasanya masa ini calon sudah mula rasa:
“Alamak… temuduga dah dekat.”
Kalau anda rasa begitu, bagus. Maknanya badan sudah mula sedar ini bukan latihan kebakaran.
Sekarang masa untuk buat simulasi. Bukan lagi sekadar baca tips.
Hari ini cuba buat simulasi penuh.
Pakai pakaian formal, duduk seperti dalam bilik temuduga, minta kawan atau ahli keluarga jadi panel, jawab soalan dengan suara yang jelas, kemudian rakam dan semak semula jawapan anda.
Bila anda berlatih dalam suasana hampir sebenar, anda akan lebih bersedia.
Antara soalan simulasi yang wajib cuba:
1. Perkenalkan diri anda 2. Apa yang anda tahu tentang jawatan ini? 3. Kenapa kami patut pilih anda? 4. Apa kekuatan dan kelemahan anda? 5. Bagaimana anda hadapi tekanan kerja? 6. Apa isu semasa yang anda tahu? 7. Apa sumbangan anda jika dipilih?
Jangan baca sahaja. Jawab kuat-kuat. Biar mulut biasa bercakap.
Hari ini juga masa terbaik untuk baiki kelemahan.
Kalau jawapan terlalu pendek, tambah isi. Kalau terlalu panjang, ringkaskan. Kalau suara terlalu perlahan, kuatkan sedikit. Kalau asyik “aa… emm… sebenarnya… macam ni…”, latih supaya lebih lancar.
Panel bukan cari calon yang sempurna. Tetapi panel boleh nampak calon yang bersedia.
Hari ke-6 bukan masa untuk bertangguh lagi.
Kalau esok lusa temuduga, jangan masuk bilik panel dengan harapan “insyaAllah nanti ada ilham”.
Ilham itu bagus. Tetapi persediaan tetap wajib.
Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan boleh bantu anda susun jawapan, faham teknik temuduga dan elak kesilapan biasa calon.
📌 Dapatkan sekarang sebelum temuduga: https://semakan.info/tim/temuduga-kerajaan/30








