Perkara yang paling senang kita perlu buat adalah mengaku salah dan cuba menggantikan kerugian yang telah kita lakukan. . Tahun ini saya belajar banyak, ada satu projek yang tak jadi dan rugi hampir 150k. . Yer rugi 150k dalam masa 3 bulan. Rugi sampai tak boleh bayar gaji sebulan dan mungkin dua bulan. . Salah dekat mana? Salah dekat pengurusan dan salah dekat perbelanjaan. . Salah siapa? Siapa pengurusan ? Team saya ? Siap ketua team saya? Saya lah orangnya. . Jadi apa saya buat? . Berdepan dengan team, minta maaf dan mula rangka bagaimana semua ini boleh dilalui dan di pelajari. . jangan sibuk nak cover rugi. Rugi dah rugi jadi fikir cara bagaimana mahu bangkit kembali. . Elakkan melakukan tiga perkara ini : 1. Menyalahkan Orang Lain 2. Menyalahkan Team. 3. Lari dari hutang supplier. . Buat tiga perkara ini : 1. Bincang dengan team. 2. Bincang dengan supplier 3. Rangka pelan pembangunan semula. . Bukan semua benda kita buat akan untung duit, tapi semua benda yang kita buat akan dapat untung pengalaman. . Bounce back, Bounce Higher, Bounce Harder. . Buat apa nak salahkan orang lain kalau semua tanggungjawab terletak di bahu kita. . Kita orang berniaga, cabaran itu makanan kita. . HADAPLAH !!!!!!! DOK NGANGA PA DIA..... . #tukangfikir #bisneskecil #urusbisnes #urusakaun #kerjakuat #entreprenuer #melodycorporatehouse #adwacreative #consultation #coachingbisnes

















