Pernah satu hari tu, aku malas nak pergi usrah. Sedangkan usrah kat surau kolej je. Usrah tak lama mana pun. Tapi aku rasa aku nak siapkan assignment yang nak kena hantar minggu depan. Aku pun text murobbi aku,
"Maaf, ana tak dapat datang usrah hari ni. Nak kena siapkan assignment".
Tunggu murobbi reply tapi tak de plak. Makanya aku pun teruslah mengadap laptop. Aiseh, tengah mengadap laptop tak de idea plak nak buat assignment ni. Layan movie la kejap. Kot la ada ilham datang.
Aku pun klik YouTube dan berehat seketika dari kepenatan membuat assignment. Al-kisah tetiba pintu bilik diketuk dan dikuak,
"Assalamualaikum, tengah buat ape tu?"
Tercegat di luar murobbi aku dengan senyuman manis yang meleret. Bilik aku ni, bukak je pintu memang mengadap meja stadi. Terpampanglah movie yang sedang dilayan. Dengan perasaan bersalah aku tak mampu berkata apa-apa. Hanya mampu klik pangkah di hujung screen dengan harapan si murobbi tak nampak.
"Ooo. Tengah buat assignment ye."
Sekadar mengangguk dengan rasa bersalah.
Bagai halilintar, hati dipanah. Dah dekat 2.00 petang dan aku belum solat zohor. Berhuhulah aku di situ. Dah la tak pegi usrah, solat lewat pulak. Dengan lemah aku menjawab,
Tanpa teguran apa-apa dia pun menjawab, "Oo ye ke. Jom la solat sekali. Ana memang sengaja terus ke sini lepas liqa tadi ingat nak ajak solat sekali kalau belum.."
Selepas solat dan berbual ringkas, murobbi aku pun mintak diri sebab dia ade meeting. Aku pun bermuhasabah dan berazam untuk tak ponteng usrah lagi sejak tu.
Nota buat murobbi, ziarah mengejut merupakan salah satu aktiviti yang dapat memantau aktiviti mutarobbi dengan lebih dekat dan akan meninggalkan kesan dalam hati mutarobbi. Tak percaya, boleh try sekali.
Nota buat mutarobbi, percayalah, pergi usrah tak jejaskan sikit pun masa yang kita ada untuk siapkan kerja lain. Allah akan bantu kita untuk berkati masa yang tinggal.
Untuk yang berminat untuk sharing pengalaman dakwah dan tarbiah boleh PM inbox dan tinggalkan kisah anda untuk dikongsi bersama