Isu Plugged in, Not charging seperti gambar diatas ini mostly berlaku disebabkan oleh sistem operasi atau bateri yang jarang di cas penuh. Tetapi,ada juga isu lain yang menjadi punca,dari segi hardware ataupun software.
Macam mana nak tahu yang laptop ada penyakit ni adalah bila plugged in charger, keluar error “plugged in,not charging” then charging light tak menyala atau charging light menyala tapi adapter masih tak cas.
faham? tak faham baca lagi sampai faham.
Baiklah, saya nak tunjukkan pula 4 punca berbeza yang menyebabkan masalah ini.
masalah pada motherboard.
Tanpa membuang masa kita go through satu persatu.
Dari pengalaman sepanjang 8 tahun Touch Media beroperasi,kebanyakan laptop yang customer hantar ada masalah plugged in,not charging ni berpunca dari driver power adapter tu sendiri. (driver dlm windows ya)
Jika anda ikuti post-post di website ini,saya ada share banyak berkenaan isu virus/ malware apa semua kan. Benda ni lah salah satu punca yang menyebabkan driver anda rosak/corrupted. Kalau pergi salah kedai habis kena tipu, tukar bateri / charger / motherboard semua padahal isu nya driver je.
Cara nak troubleshoot hal driver ni mudah,anda ikut rapat-rapat ye sebab saya nak tunjukkan cara selesaikan isu ini (yg disebabkan windows) step by step.
Pertama sekali, anda perlu tahu nama driver power adapter yg selalu corrupt tu ialah “Microsoft ACPI-Compliant Control Method Battery“. Driver ni ibarat tunjang utama yang menyebabkan error setiap kali anda plugged in charger.
Nak fix isu ni mudah.hanya perlu uninstall driver dan error tersebut tak kan muncul lagi.cara nya adalah seperti berikut:
Jika laptop tengah on,matikan.
Hidupkan laptop guna power adapter sahaja.
Tekan start>buka cmd,taip devmgmt.msc > enter.
Selain cmd,cara lain pon ada,tapi saja je nak nampak lebih bergaya guna cmd hihi.
Akan masuk ke device manager.
Dalam Device manager,pilih batteries (tekan arrow)
Disini anda akan nampak driver “Microsoft ACPI-Compliant Method Battery” dan 2 lagi driver lain.
Seperti dalam gambar, saya kotakkan 2 driver. Anda hanya perlu uninstall “microsoft ACPI-Compliant… sahaja dulu.
Jika tak berkesan,baru anda uninstall driver “Microsoft AC Adapter“.
Ingat! uninstall driver ke-2 (Microsoft AC Adapter) bila driver 1st (Microsoft ACPI-Compliant Method Battery) tak menjadi sahaja.
Cara uninstall driver > pilih driver > right click > uninstall > OK
Sekarang anda dah selesai uninstall.
pasang bateri dan charger
Oh ya,lupa nak bagitahu driver yang anda uninstall tadi, sistem operasi akan install kan semula secara automatik.
Kalau tanak ikut cara ni,buat system restore pon boleh,tapi lagi payah & perit nak buat. Saya suggest,buat sytem restore bila banyak driver yang tak boleh pakai sahaja.
Jika isu dah selesai,tak perlu ikut langkah ini tapi kalau nak baca,silakan.
Ada banyak benda yang terjadi pada charger anda yang boleh menyebabkan isu not charging ni seperti kuasa yang dikeluarkan tak stabil,power output rendah,atau tak menghasilkan apa2 power.
Jom ikuti beberapa cara ini untuk kenal pasti masalah ini berkaitan charger atau tidak:
Kalau anda menggunakan power socket yang sama untuk laptop anda,kebarangkalian bahawa kuasa yang dibekalkan dari socket tidak mencukupi adalah tinggi.
“Eh mana mungkin,sebelum ni laptop saya guna socket ni oke je, tak pernah rosak pon” ha kali ni dia rosak, mungkin ada sambungan dalam socket yg terputus/rosak. Cuba guna socket lain.
Dah pastikan socket okay, tapi masih ada isu.. inilah masa untuk anda cek adapter.Cara ni anda kena bersosial sikit dengan meminjam charger ahli keluarga / kawan-kawan. Pastikan charger yang dipinjam sama volt dan amp dengan laptop anda.
Kalau anda tiada kawan-kawan utk pinjam charger (sian) anda boleh gunakan multimeter untuk cek. Kegunaan multimeter ini adalah untuk mengesan dan mengesahkan voltage yang dibekalkan ke laptop anda mencukupi atau sebaliknya.
1st,hidupkan charger (tak perlu sambung ke laptop)
Tentukan voltage yang dikeluarkan oleh laptop.Cek sticker bawah laptop dan cari Output (rujuk gambar) “19v 4.7A”
Masukkan wayar multimeter merah dan hitam ditempat yang betul (tenguk instruction book lah)
Set kan multimeter ke “Direct Current Voltage” dan pusingkan tombol multimeter ke 20v
Sekarang,muncung merah masukkan dalam jack adapter,yang hitam letak tepi jack. Pastikan kedua-duanya tak bersentuhan. (rujuk gambar)
Cek bacaan yang keluar di multimeter. Jika output voltage yg keluar sama atau lebih kurang sama,itu bermaksud charger berfungsi dengan baik.
This slideshow requires JavaScript.
Cara untuk mengenal pasti adakah battery laptop anda yang bermasalah adalah dengan calibrate battery secara manual.
Cara calibrate korang boleh tekan link ni, dah ajar step by step.
Cara mudah calibrate bateri laptop – step by step
Jika calibrate tak berhasil,anda cuba direct cas (Socket > Adapter > laptop) tanpa menggunakan bateri.
Kalau tanpa bateri (direct cas) laptop anda berfungsi seperti sediakala tiada keluar error itu bermaksud bateri anda yang rosak.
Nak beli bateri laptop dengan harga promosi ? hubungi kami segera 017 396 9964.
Cara nak tahu motherboard yang rosak adalah bila anda dah buat semua troubleshoot diatas & dah tentukan semua okay (hardware/software), error tersebut masih lagi ada.
Untuk kerosakan mobo korang boleh hantar kat kami utk checking,free checking ya. Berdasarkan pengalaman kami,masalah mobo isu ni berkaitan dengan power chip atau charging chip biasanya.
Oh ya,kami pon nak bagi iPhone X pada customer kami yang bertuah. Fix & Win je.
Jom kesan masalah “plugged in not charging” Isu Plugged in, Not charging seperti gambar diatas ini mostly berlaku disebabkan oleh sistem operasi atau bateri yang jarang di cas penuh.