Saya baru berkesempatan membaca majalah Ar Risalah (September-Disember 2016), terbitan PERGAS. Saya sendiri sudah terlupa dengan apa yang saya tulis lantaran ia dihantar kepada pihak majalah pada bulan Ogos tahun lepas. Apapun, terima kasih kepada pihak warga kerja majalah Ar-Risalah dan editor, Ukhti Sundusia Rosdi atas usaha ini. Perkongsian ini bukan untuk berbangga diri. Ia lahir dari hati; mengisahkan apa yang saya lalui ketika belajar di peringkat Phd. Namun, ini hanya sedikit dari pengalaman itu. Kerana tidak semua pengalaman boleh dikongsikan. Tidak semua yang saya lalui perlu diceritakan. Ada cerita, akan kekal menjadi rahsia. Ada kisah, akan kekal menjadi ibrah. #ussphd #drsslife








