Dalam kehidupan nie, pasti akan datang suatu ketika bilamana, kita akan rasa keseorangan dan kesunyian. Adakah ini disebabkan persekitaran? Adakah ini disebabkan diri kita sendiri yang tak dapat nak bergaul dengan dunia sekeliling.
Niatku bukan untuk mencari silap org, Niatku tidak pernah untuk menilai org kearah negatif. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti ada baik dan buruknya.
Kehidupan aku sebagai mahasiswa IIUM dengan label ‘Direct Intake’ adalah sangat mencabar, Sangat-sangat mencabar. Hanya Allah dan Malaikat di kiri dan kanan aq jer tahu betapa sukar nk bergaul. Tapi itu x mematahkan semangat aq untuk terus bergaul sesama rakan sekelas, rakan sebiilik, rakan sekerja dan sekeliling.
Walaupun ada yang kata ‘Owh, Direct Intake yer, hope boleh survive.’, ‘Direct Intake yer, awak kena lebih berhati-hati’, dan macam-macam lagi. Hidup ini mesti diteruskan. Allah dah rancang segalanya yang terbaik buat hamba-hambanya.
Terkadang perasaan ini datang tidak semena-mena. Setiap kali aq cuba untuk bersama dengan mereka. Aq seringkali dilupakan. Aq sering kali dipinggirkan. Kenapa agaknya perkara mcm ni sering sahaja berlaku pada diri aku ini. Aq juga punya perasaan. Aq juga seperti manusia yang lain. Aq teringin nak berjalan bersama korang kat luar, tapi x der siapa akan pelawa aku untuk pergi bersama. I dont know why.
Aq juga punya hati. Hati kecil ku sering meluahkan perasaan sedihnya. tapi tak siapa yang tahu. hanya dunia maya ini tempat aq jadikan tempat meluahkan perasaan. Aq tak nafikan, ada yang sudi membantu aq walau aq dalam keadaan sukar dan susah. Aq bersyukur atas bantuan yang telah korang berikan selama ni. Tapi kekadang aq rasa aq tak layak untuk dapatkan apa yang aq dapat.
Dalam dunia nie, aq cuma mahukan seperkara, iaitu kebagiaan. Aq nak bahagia mcam orang-orang yang lain. Aq tengok most kawan-kawan aq kat sini semuanya gembira. Alhamdulillah. Aq pun mahukan kegembiraan itu, Tapi aq merasakan yang aq hanyalah insan yang dilahirakn untuk memberikan bahagia kepada org dan bukanlah bahagia untuk diri sendiri.
Sikap asal diriku ini memakan diriku sendiri. Bilamana aq menyakiti diri aku sendiri semata-mata mahu melihat org lain gembira terlebih dahulu. Terkdang aq menangis seorang diri. Terkadang aq terdiam seorang diri. Terkadang hati aq memncilkan diri.
Terkadang aq rasa aq tak punya kawan. Aq tak sanggup nk share masalah aq dengan org lain. Aq x nak org lain turut merasa apa yang aq rasa. Biarlah aq pendam seorang diri. Biarlah aq merasa peritnya seorang diri. Biarlah aq terus memakai topengku setiap masa. Aq tidak akan menunjukkan perasaanku yang sebenar. Biarlah aq dan Tuhan yang tahu perasaan sebenar diriku pada ketika dan saat itu.
Cukuplah sampai disini buat masa nie. Ku luahkan disini dengan haraoan memang tiada sesiapa yang membaca, Nukilan buat diriku sendiri. Dari aku buat aku. Thanks alam maya. Walau ku tahu kautidak punya perasaan. Semoga lebih ramai manusia mengganggap aq tidak punya perasaan.
Inilah topeng akan terus ku pakai sampai bila-bila. Semoga terus dipermudahkan.