Durian dah berbunga. Insya Allah kalau bunga tak luruh macam tahun lepas, awal raya puasa ni kita makan durian. Tahun lepas memang agak kecewa sebab walaupun bunga banyak yang keluar, tapi semuanya luruh lepas hujan lebat semalaman. Pokok yang tak pernah dibaja & kurang air pun jadi faktor bunga tak lekat. Jadi habis musim tahun lepas, terus buat prunning pada pokok dan tetapkan jadual pembajaan setiap bulan, juga semburan foliar, racun serangga & kulat setiap 2 minggu. Dan pokok nampak lebih membesar dengan sihat dan kuat selepas beberapa bulan. Moga tahun ni ada rezeki untuk kita insya Allah. (at Kg Parit Besar Bagan, Batu Pahat Johor) https://www.instagram.com/p/CZoszA2vrGa/?utm_medium=tumblr












