[BEHIND NAURA] ADA KISAH DISEBALIK NAURA . This is not like normal shawl. Ini adalah Shawl yang mempunyai kisah seorang wanita disebalik tudung dan kehidupan. . Kenapa saya keluarkan Naura , mengambil daripada kisah seharian hidup saya. Seorang wanita berkerjaya, seorang isteri, seorang anak, seorang majikan dan semestinya seorang Hamba. . Hidup ni terlalu banyak perkara yang saya perlu tempuh bila usia meningkat. Dulu ingat zaman sekolah habis, Ya Allah seronoknya hidup nak masuk universiti, habis universiti nak cepat2 kerja nk ada duit sendiri, nak ada kereta, beli rumah, hidup berkeluarga. . Syukur, kegembiraan Allah beri. Tapi hati ini? Diri ini? Bagai dipenjara. Penat, tekanan, sesak, sibuk, gelap. Orang lain tak faham sebab masing2 ada masalah sendiri, Tekanan sendiri. Ye betul. . Bukan nak lari, cuma nak rasa diri ini bebas dalam kegelapan diri sendiri. Beri ruang, beru waktu untuk diri. Kita wanita, orang hebat! Orang yang bertanggungjawab dalam keluarga kita. Tanpa kita, patah sayap keluarga. Jadi tiada masa untuk fikir tentang diri sendiri. . Kenapa NAURA? Satu hadiah buat semua wanita diluar sana yang punya rasa sama macam saya. Pakai ia. Rasakan kebebasan. Rasakan kegembiraan. . Semoga memberi manfaat buat kalian 😊. . Saya @natashafatnin , pemilik Syarikat Tashafatnin, saya nak ucap terima kasih kerana bersama saya dalam menjalani kehidupan. Jadikan Hawaa koleksi sebelum ini peneman seharian dan saya keluarkan Naura untuk menjadi kekasih kamu semua dalam kehidupan. . “Kita mungkin gembira diluar, seharusnya begitu juga di dalam. Buat hati yang gusar, jangan bimbang, ia hanya sebentar. Hanya seketika cuma” https://www.instagram.com/p/CDlyrGKlsJZ/?igshid=c9fm4gz74ic7