It's my 4 year anniversary on Tumblr 🥳
★
The Bowery Presents

PR's Tumblrdome
Lint Roller? I Barely Know Her
Sade Olutola
ojovivo
The Stonewall Inn
No title available
cherry valley forever
official daine visual archive
Monterey Bay Aquarium
🪼

roma★

@theartofmadeline
No title available
Claire Keane
EXPECTATIONS
The Bright Sessions

No title available

Product Placement
seen from China
seen from United Kingdom

seen from Malaysia
seen from Singapore
seen from France
seen from Bangladesh
seen from United States
seen from United States

seen from Germany
seen from United States

seen from Malaysia
seen from United Kingdom

seen from Canada
seen from India
seen from Singapore
seen from Saudi Arabia
seen from Brazil
seen from Brazil

seen from South Korea

seen from Australia
@kisahseram
It's my 4 year anniversary on Tumblr 🥳
SUMOCIDE
“Aku rasa macam nak bunuh diri.”
Sali memandang Azhar yang kelihatan berkerut keningnya, seperti menahan rasa sedih. Dia memang baru lepas menangis setelah dimarahi bos tadi di hadapan rakan-rakan kerja yang lain. Tapi, itu bukan isunya. Sali ada masalah lain.
“Bro, kau nak bunuh diri kau saja atau bunuh sesiapa saja?” mata Azhar terangkat menatap rakannya yang disangka sewel itu.
“Aku nak tamatkan penderitaan aku. Bos aku sangat abusive.”
“Tapi, kalau kau bunuh bos kau, bukan ke akan lagi mudahkan masalah kau? Kau dapat hilangkan penderitaan kau, memandangkan dia punca penderitaan kau,” Sali memberi cadangan baru kepada Azhar.
Azhar kelihatan berfikir sejenak sebelum menggeleng kepalanya berkali-kali. “Aku tak nak jadi pembunuh. Aku bukan pembunuh, Sali. Aku cuma nak tamatkan perjalanan yang terlampau panjang ni. Kau takkan faham!”
“Rileks, Azhar. Jangan marah aku. Nanti aku bunuh kau pulak,” Sali cuba bergurau.
Azhar tidak begitu gembira mendengar lawak Sali yang dia terasa sangat tidak kelakar itu. “Kau patut diam. Kau cuma menambah masalah.”
“Ok, macam nilah Azhar. Aku cuma nak buat deal dengan kau je. Sebab kau pun rancang nak tinggalkan dunia ni, apa kata kau tolong aku?”
Azhar mula tidak senang mendengar kata-kata rakannya itu. Apalah yang bermain di fikiran rakannya yang dikira bermasalah itu. Tapi lidahnya tidak larat menghentikan rakannya dari menyambung kata-katanya.
“Tolong aku buat kali terakhir. Bunuh bos aku. Lepas tu, kau bunuhlah diri kau sendiri,” Sali berkata, ringkas. Mungkin tak ringkas dari segi patah perkataan, tapi ringkas dari segi maksud.
Azhar boleh faham benar apa maksudnya, tiada berselindung langsung. Sali selalunya cakap berbelit-belit tapi disangka puitis. Namun kali ini begitu mudah menangkap maksudnya kerana maksud itu sendiri adalah perkataannya.
“Sali…”
“Tolonglah aku, Sali. Aku benci bos aku.”
“Tapi kau benci semua orang! Kalau aku bunuh bos kau, kau akan terus cari orang lain yang ada rasa nak bunuh diri untuk bunuh orang seterusnya yang kau benci. Rasa benci dalam hati kau tu yang perlu diubati. Aku pun benci bos aku, tapi aku tak ada rasa nak bunuh dia! Aku bunuh diri aku sendiri. Tak menyusahkan sesiapa, tak menyedihkan keluarga, isteri atau anak-anak dia,” Azhar menyembur Sali dengan ceramah yang panjang lebar.
“Itu aku akan fikirkan lepas bos aku mati. Aku takkan janji apa-apa, macam kau buat dekat diri kau sekarang,” Sali membalas dengan tenang.
“Apa maksud kau?”
“Aku tak payahlah cakaplah, kau dah boleh faham sendiri.”
Azhar diam. Bodoh. Bodoh kawan aku ni. Memang otak udang, otak letak dekat kepala lutut.
“Kau tak faham ke? Kau nak bunuh diri sebab kau janji dengan diri kau yang kau akan dapat kehidupan yang lebih baik lepas kau mati. Kau dah tak payah hadapi lagi tekanan dalam hidup. Tapi kau tak tahu keadaan di alam lain. Macam mana kalau ada cabaran lagi besar. Apa kau nak buat? Lagi-lagi kalau kau tak boleh lepaskan diri. Apa yang kau dah lakukan terhadap diri kau sendiri? Kau janjikan kesenangan, tapi mungkin kau akan beri kesusahan untuk diri kau,” Sali membalas bidasan Azhar dengan lebih panjang lima belas saat.
Azhar menjerut kolar baju Sali dengan rakus. Wajahnya memerah penuh kemarahan, hidungnya kembang-kempis menahan nafas dan tangisan. Pipinya bergetar-getar, sikit lagi suaranya akan berubah.
“Kau tak tahu apa yang aku hadapi selama ni! Kau tak tahu macam mana susahnya aku bangun pagi setiap hari, tahan diri aku dari ambil pisau dan tusuk dada aku! Kau tak tahu betapa menggodanya bawa kereta laju-laju di jalan besar malam-malam dan lepaskan kawalan kereta! Kau tak tahu semua tu! Yang kau tahu cuma kebencian dalam hati kau! Dendam dalam diri kau! Kau tak tahu kesusahan orang lain! Kau tak tahu bos kau pun hadapi masalah yang sama! Kau cuma nak senangkan diri kau dan tak fikir pasal orang lain. Aku tak nak susahkan orang lain, aku cuma nak hentikan kesengsaraan aku je!” Azhar mula mencekik rakannya itu membuatkan naluri untuk hidup Sali timbul dan dia melawan serangan rakannya.
Mereka bergelut beberapa ketika. Sali meludahi muka Azhar yang hanya kembali ke wajahnya. Sali cuba menggigit Azhar namun bibir mereka bertautan dan bertemu cumbuan yang hangat antara kedua-dua rakan yang sudah terlalu lama mengenali satu sama lain. Pengarang tidak mahu cerita ini berubah kepada roman picisan yang hangat satu ketika dahulu di penerbitan buku alternatif, maka mari kita hentikan cerita ini dan cuba ambil pengajaran daripadanya.
Antaranya, hati-hati dengan perasaan benci yang melampau antara rakan-rakan kerana bolehlah berubah kepada rasa cinta yang tiba-tiba. Orang muda juga perlu mengelakkan dari berdua-duaan kerana yang ketiganya pasti syaitan, dan yang keempatnya pengarang yang akan memalukan orang-orang muda itu.
Sejarah dalam Pembikinan
Ini merupakan kisah benar yang terjadi pada rakanku sewaktu bermain games di kedai komputer milik abangnya. Nama telah pun ditukar mengikut kesesuaian.
*****
Bom!
Bom kebabom!
Bom lagi!
Adoi banyaknya bom!
“Nazrul!”
Si pemilik nama menanggalkan fon kepala dan menoleh ke arah yang tidak pasti.
Siapa yang memanggil dia?
“Nazrul!”
Dia memandang di sekeliling kedai komputer dan akhirnya menalakan pandangan ke skrin komputer. Kelihatan pengguna dengan nama ID Roshtershanx sedang terbaring meniarap di hadapannya, menagih simpati untuk menyembuhkannya. Nazrul kembali duduk dan memasang fon telinga, avatarnya juga turut duduk—bercangkung—untuk memberi bantuan bagi memulihkan pengguna yang tidak dikenalinya itu.
“Terima kasih,” kedengaran pengguna itu bersuara dengan loghat Eropah Timur yang ketara.
“Anda okey?” tanya Nazrul.
“Ya. Jumpa saya di rumah sana,” kata Roshtershanx.
Nazrul melihat Roshtershanx berlari-lari anak ke arah satu rumah terbiar yang beratap zink dengan dinding kayu yang sudah pun lusuh. RSX—seperti yang mahu diringkaskan minda Nazrul—melompat masuk melalui tingkap. Nazrul tanpa ragu-ragu mengekori lelaki asing itu. Sebagai seorang yang dilahirkan dengan ciri kesopanan, dia memasuki melalui pintu rumah buruk itu.
“Selamat berkenalan, sahabat,” RSX menghulur tangan dan Nazrul menyambutnya.
Sebaik sahaja kedua-dua mereka berjabat tangan, Nazrul merasakan sensasi putaran yang begitu memeningkan kepalanya dan dia akhirnya mengalah dengan ketidakseimbangan di kepalanya lalu rebah ke atas lantai.
Nazrul membuka mata dan perkara pertama yang dilihatnya adalah siling yang berlubang-lubang. Dia melihat ke kiri dan ke kanan—yang terdapat seorang lelaki mat saleh di sebelahnya. Nazrul terus cuba bangun walaupun masih terasa pening di kepalanya. Bahaya. Bahaya. Lebih berbahaya apabila dia menyedari yang dia berada di dalam rumah usang di dalam komputernya. Celaka! Dia sedang bermimpi. Tidak! Bukan bermimpi! Ini kerana dia tidak berusaha untuk bangun dan menghabiskan mimpinya. Tiada bayangan yang gelap. Cahaya matahari begitu terang menyuluh masuk melalui tingkap dan pintu yang terbuka. Dia mengimbas sekeliling.
Berderau darahnya apabila terlihatkan senjata-senjata berserakan bersama beg, baju kebal dan topi keledar penyamaran serta ubat-ubatan. Dia menghampiri ke satu penjuru yang terdapat senjata idamannya. Ringan, namun tegap. Seperti menimang anak sulungnya—yang masih belum lahir atau dalam pembikinan. Rasa sayang melimpah ke atas senjata tersebut. Nazrul menciumnya.
“Apa kau buat?”
Tercampak senjata tersebut ke lantai dan dia melihat mat saleh tersebut sudah pun bangun.
“Siapa kau?!” kedua-dua mereka saling mencurigai.
“Igor!” “Nazrul!”
“Yugoslavia!” “Malaysia!”
Tidak pasti mengapa mereka menjerit sedemikian rupa.
“Kenapa kita ada dekat sini?” Igor menyoal—soalan yang lebih ditujukan kepada dirinya sendiri.
“Kau pengsankah ketika kita bersalam tadi?”
Igor mengangguk. “Tragis.”
“Apa yang tragis?”
“Aku baru teringat, semalam Mikhael Gorbachev bersetuju untuk membiarkan Jerman menyertai NATO bersama Amerika dan United Kingdom.”
Nazrul terdiam. Dia tidak pasti apa yang dicakapkan oleh Igor itu. Dia juga tidak pasti di mana Yugoslavia—dan dia tersangat pasti bahawa Igor juga tidak tahu di mana Malaysia.
“Jerman sudah dua kali dalam sejarah menyerang dan menghancurkan Soviet—”
Soviet?
“—tapi Amerika memberi jaminan NATO takkan berganjak walau seinci meluaskan kuasa ke Timur, iaitu yang difahami sebagai timur Berlin di Jerman—hampir saja perang nuklear—dunia akan hancur—”
Nazrul terasa berbicara dengan pesakit mental yang terperangkap dalam pengajian geopolitik antarabangsa. Lebih menghairankan Nazrul apabila dia dapat memahami setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Igor tanpa memahami maksud ayat ucapannya.
“Rusia sudah pun menyerang timur Ukraine—”
“Rusia? Ukraine?”
“Putin dah serang Ukraine! Dah kena bom!”
Terasa seperti bercakap dengan orang pekak pula. Sekarang terbalik, Igor pula tidak memahami ucapan Nazrul. Rasa bangga pula dapat mengeluarkan sesuatu yang hanya dia seorang saja tahu. Ada juga manfaatnya dia tercuri dengar video politik antarabangsa yang didengar bapanya sewaktu berulang-alik dia mengangkat sampah di rumah semalam dari dapur ke ruang tamu.
“Apa yang saudara cakapkan ni? Tolong terangkan pada saya!”
“Rusia—”
“Berhenti. Siapa Rusia? Tanah besar?”
“Rusia. Oh, dulu Rusia ialah Kesatuan Soviet. Sekarang dipimpin oleh pemimpin yang anti komunis yang sangat dibenci Barat, namanya Putin. Macam, bila nak kentut, lepas tu terduduk. Jadilah Put—in. Faham?” dia ketawa dengan lawaknya sendiri namun serius kembali melihat roman tegang lelaki tegap setinggi galah itu.
“Apa maksudnya? Soviet telah jatuh?”
“Ya. Dah lama dah. 30 tahun dulu! Saya pun dah sempat membesar.”
Igor terkejut. “Apa jadi dengan negara saya?”
“Apa namanya?”
“Yugoslavia.”
“Yugi-oh saya tahulah,” sekali lagi kata-katanya sendiri membuatkan dia ketawa—dan kembali serius melihat lawannya.
“Maafkan saya. Tak ada internet di sini.” Tang! Sekelip mata terdapat telefon pintar di tangannya. Nazrul terkejut dan dia meminta diri seketika untuk mencari tentang negara lelaki itu.
“Di sini dia mengatakan, Yugoslavia sudah pun berpecah menjadi negara dengan etnik dominan seperti Bosnia, Serbia, Croatia, bla-bla-bla. Bosanlah. Ini zaman lampau.”
Igor memegang kepalanya dan kelihatan matanya bergenang. “Keluarga saya? Bagaimana dengan mereka?”
Matilah kut.
“Kenapa jadi macam ni?”
Itu pergerakan sejarah manusia yang diatur Tuhan.
“Sekarang—Rusia serang apa?”
“Ukraine. Tengok peta ni.”
Peta mutakhir Eropah Timur pastinya memberi kejutan pada Igor.
“Nampaknya Amerika yang mengepalai NATO tak mengotakan janjinya, mereka tetap meluaskan kuasa ke timur Jerman,” Nazrul berkata setelah terbaca satu artikel ringkas tentang konflik di Eropah Timur.
“Aku dah agak dah! Mereka memang tak boleh dipercayai! Kenapa Gorbachev tu terlalu mudah menyerah?”
“Menurut seorang pengkaji politik terulung Amerika, N— C—, Bush dan Baker walau berjanji takkan meluaskan kuasa NATO, apabila dipersoalkan Gorbachev, wakil dari Amerika mengatakan—itu hanya komitmen lisan saja, bukan bertulis. Temberang saja rupanya. Seolah-olah Amerika menyatakan, kamu yang terlalu naif untuk membuat perjanjian manusia budiman dengan kami, itu masalah kamu.”
“Apa jadi dengan orang di Ukraine?”
“Sangat teruk—seperti mana-mana kelompok manusia yang dibedil senjata dan bom. Tubuh kecil manusia itu manalah dapat menahannya.”
Igor terduduk. Dia meraup wajahnya dan jambang di dagu.
“Anak muda, ingatlah. Ingatlah ini. Kau masih muda, dan aku sudah tua.”
Ya. Mungkin juga kau sebaya dengan orang tuaku. Desus Nazrul dalam hati.
“Inilah bukti sekiranya kau tidak percaya setiap tingkah-laku dan ucapan kita, hatta yang tidak kita sedari akan memberi kesan tidak terjangka di masa hadapan. Setiap saat di dalam hidup kita ialah sejarah dalam pembikinan. Ingatlah setiap langkah yang kau ambil dalam hidupmu adalah seperti berjalan di atas salju, yang apabila kau toleh ke belakang, pasti kau akan lihat kesannya. Mungkin Ukraine akan hancur, seperti negaraku kini (sebak sungguh kelihatannya Igor)—tetapi yang memandang dari jauh, hanya mampu menghulur doa dan yang paling baik, ambillah iktibar dan jadikan teladan. Apabila kita merubah diri kita, sebenarnya kita sedang merubah dunia.”
“Benar. Kawan aku, selalu sangat—”
“Jangan kau pedulikan kawan kau! Ubah saja diri kau! Kakimu hanya dapat menampung tubuhmu—dan mungkin orang yang kau sayang dapat juga kau kendong, tapi—itulah batasanmu.”
Bom!
Kedua-dua mereka menyorok di balik pintu. Igor mencapai senjata berhampiran dan merentap kolar baju Nazrul.
“Pulang ke negara dan waktu asal kau—dan berhati-hatilah dengan setiap tindak-tanduk kau—”
Dengan kata-kata itu, Igor bangun dan meluru ke luar pintu dengan hembusan peluru kedengaran berbalas pekikan. Jeritan Igor menjadikan suasana putih sehingga lenyap segala benda di sekeliling Nazrul, tiada pintu yang menjadi tempat perlindungannya, hanya ruang kosong yang bertukar menjadi hitam sebelum Nazrul kembali di tempat duduknya di hadapan komputer.
Lif Universiti
---------- Forwarded message ---------
From: Saiful Safar <[email protected]>
Date: Fri, Nov 12, 2021, 12:45 PM
Subject: LIF UNIVERSITI
To: <all>
LIF UNIVERSITI
“Nak pergi mana?”
“Pergi mati—”
Ketawa. Kedua-dua gadis sunti yang baru melepasi 20 itu ketawa berdekah-dekah di dalam lif universiti. Setelah reda ketawa, mereka menyambung topik kritikal malam tadi, “Hujung minggu nak pergi mana?”
Masih tiada jawapan. Hari ni saja sudah masuk hari Jumaat, kalau masih belum selesaikan persoalan ni, sampai bila akan terjawab?
Masalah, masalah.
Di tingkat dua, dua orang pelajar lain masuk ke dalam lif. Salah seorang dari mereka memakai selipar dan berdiri di sebelah Safa. Safa bukan seorang yang penuh gaya keanggunan, bila bergerak, jarang sekali tubuhnya menurut kehendak mindanya. Dia bertingkah ke kanan sedikit dan kemungkinan kakinya terpijak kaki pelajar yang berselipar tadi.
Terus melenting pelajar itu dan mula merengus, “Isyy, dia pijak pulak...”
Dia mengomel sambil rakannya di sebelah agak naik malu.
Safa bertanya dalam kekeliruan, “Sakit ke?”
“Eeeh, tanya pulak...” pelajar selipar itu menjawab penuh racun. Geram Safa mendengar respons tersebut. Penuh kebencian. Dia tak suka dimalukan—siapa-siapa pun tak suka dimalukan—lebih dia bengang dengan balasan dari rakannya sendiri.
“Soalan kau menyiraplah,” rakan Safa berkata, risau terjadi pergaduhan. Sebagai seorang duta diplomatik kelas, dia perlu sentiasa bersedia menstabilkan keadaan semasa.
Rakan selipar tadi jadi lebih malu, mungkin dia seorang yang tidak sukakan konflik. Namun si selipar masih mengomel dengan kakinya yang sakit.
Safa.
Safa bukan gadis normal.
Kalau gadis lain, akan terus meminta maaf dan mengharapkan keadaan kembali stabil. Tapi Safa—
***
“Kau nampak Syira?” soal rakan sebiliknya apabila dia pulang ke rumah.
Geleng.
“Kau tak balik dengan dia ke? Aku ingat lepas kelas korang pergi keluar sama-sama,” rakan sebiliknya berkata lagi. Risau sudah ke malam masih tidak balik lagi rakannya.
“Mungkin dia balik Kajang, agaknya.”
“Mungkin jugak. Tapi biasanya apa-apa hal dia akan tulis kat group,” masih tak habis risau.
Telefon berdering.
“POLIS!” Bergegar rasa dunia apabila mendapat panggilan dari pihak polis.
Seperti menggunakan kuasa teleportasi, sekelip mata saja terasa sudah berada di kantor polisi. Berpinar bila berada di situ, aura badan beruniform itu terasa menghenjut jantung kecilnya. Walau sudah tengah malam, seperti di siang hari, begitu sibuk dan ramai pelajar lain turut berada di situ. Terdapat juga staf universiti turun padang dan turut berada di balai polis.
Apa kena ni?
“Kenapa?”
“Ada orang kena bunuh—”
Nafasnya tertahan, mungkin kalau tak ditepuk bahunya, termati terus.
“Syira—”
Jatuh ke lantai dagunya, sikit lagi.
“—dengan budak diploma—”
Pening. Apa ni? Kenapa? Siapa yang buat?
Berdebar-debar kencang jantungnya. Migrain. Rasa migrain tiba-tiba datang. Terlebih silau pula rasanya lampu di atas kepala ni.
“Safa! Safa!” sebelum matanya tertutup, dia terdengar suara memanggilnya.
***
Mengikut prosedur, mereka dipanggil untuk soal siasat. Safa dibawa bertemu dengan polis untuk menentukan keberadaan mayat-mayat yang dijumpai di lif tersebut sewaktu hari kejadian.
“Boleh ceritakan apa awak buat pada hari Jumaat semalam?”
“Semua?”
“Ya,” polis itu mengangguk.
“Saya bangun pukul 7 pagi. Ada kelas pukul 9. Jadi saya bersiap lambat sikit hari tu dari hari lain. Sebab ada kelas pukul 8 pagi tu dah dicancel. Saya dengan Umi tangguh satu subjek, jadi cuma kami je la yang belum ambil subjek tu dalam kelas kami. So, macam biasa kami berdua pergi kelas, naik kereta saya. Bila habis kelas tu, kami berpisah. Sebab...dia nak balik Kajang. Saya nak balik rumah sewa. Jadi...itu kali terakhir saya jumpa dia.”
“Kenapa awak balik lewat malam?”
“Mana encik tahu?”
Diam.
“Saya pergi pekan B—untuk makan Secret Recipe dan tengok wayang. Tahu-tahu je dah malam.”
“Tapi, menurut laporan, awak ni orangnya penakut. Macam mana awak boleh lalu kawasan dari pekan B—tu pulang ke rumah sewa sendiri? Awak tak takut ke lalu hutan tu?”
“Saya tak terfikir pun akan balik sampai lewat malam. Jadi bila dah terpaksa tu, saya hadapkan je la. Pasang lagu kuat-kuat, bawa kereta laju-laju—”
“Boleh tunjukkan bukti awak pergi B—tu?”
Safa mengangguk. Nasib baik dia tak buang resit. “Ni resit saya makan, dan tiket wayang,” terketar-ketar tangannya menyerahkan pada polis penyiasat.
“Ok,” polis itu mengesahkan ceritanya dan memulangkan kembali resit dan tiket kepadanya.
“Awak ada apa-apa masalah dengan mangsa?”
“Mangsa saya tak kenal, sebab dia budak diploma. Kawan saya, sebab dia, Syira tu, roommate saya, jadi, kenapa saya nak benci dia sampai nak buat macam tu dekat dia?”
***
Walaupun dah hampir dua tahun berkawan, tapi Safa memang jengkel dengan perangai minah seorang ni. Orangnya baik, caring, bertanggungjawab, bijak dan ada pendidikan agama yang tinggi, memang tak ada kurangnya. Tapi entah kenapa, seperti personaliti mereka banyak berselisih sehingga terlalu banyak isu-isu yang membuatkan Safa kecil hati dengannya.
Mungkin dia yang terlebih sensitif. Tapi, memang dia tak boleh hidup dengan orang yang materialistik dan terlalu mengejar dunia seperti rakannya itu. Safa suka hidup sederhana, cukup dengan apa yang ada, tidak suka terkejar-kejarkan pencapaian yang tidak memberi apa-apa pun pada penghujungnya nanti.
Berbanding dengan teman sebiliknya yang lagi satu, walau berbeza personaliti, mereka lebih mudah ngam, masing-masing kepala masuk air. Banyak saja benda boleh dibawa bergurau dan hidup lebih ceria. Tapi itulah hidup, ada plus, ada minusnya. Tak boleh banyak merungut. Terima saja.
Perkara paling buatnya kecil hati, apabila dia tidak menyimpan nombornya dan menyimpan nombor rakan sekelas yang lain. Pilih kawan, nak kawan dengan orang pandai, orang cantik saja. Orang sepertinya, orang kampung Ponorogo, berkawan sebab terpaksa.
Takpe, Aiman tak kisah.
Tiga tahun je aku ngadap, lepas ni, aku dah tak payah susah-payah berkawan dengan manusia annoying macam time aku belajar ni.
Itulah azam Safa.
“Jom pergi makan, aku tak ada mood nak masak.”
Sudah hampir tengah hari. Mereka kurang tidur, mungkin langsung tak tidur. Selepas mendapat berita yang menggemparkan itu, dan disoal siasat polis, mereka berjaga beberapa jam dan tidur selepas Subuh.
Sekarang sudah pun tengah hari dan perut mula berkeroncong. Safa menurut saja cadangan rakannya untuk makan di luar. Dia memang bukan kaki masak, jadi selalu saja makan atau bungkus dari luar.
Dalam kereta mereka diam. Jarang sekali mereka tidak bercakap antara keduanya. Biasanya ada saja topik untuk dibawa berbual. Mereka tiba di Restoran Jemapoh Pong Pang Pong Pang Palibal Siot itu, restoran kegemaran pelajar-pelajar universiti.
Apabila sampai di kedai makan itu, suasana seperti suram namun masing-masing rancak berbual, dan topik utamanya kedengaran seperti pembunuhan tragis di lif universiti. Sampaikan brader ambil order pun ikut curi-curi dengar.
Rasanya berita ni bukan saja dalam kalangan pelajar, satu pekan kecil ni pun dah tersebar luas. Siapa pula yang sanggup buat perbuatan terkutuk tersebut.
Safa dan rakan memesan makanan kebiasaan mereka, nasi goreng cili padi, dan Safa seperti biasa menambah telur dadar. Sambil menunggu makan, mereka bermain telefon, masih tidak bercakap sesama sendiri. Kehilangan rakan sebilik merupakan satu perkara trauma, lebih parah apabila orang sekeliling tidak habis-habis memperingatkan tentangnya, yang masih belum mempunyai kuburan atau majlis tahlil lagi pun.
Safa meletakkan telefon di atas meja setelah tepu dengan menatal skrin telefon dan bermain game. Dia melihat sekeliling. Matanya terhenti pada satu wajah yang diingatnya dari peristiwa semalam, rakan selipar. Rakan selipar itu juga turut memandangnya. Pandangan mereka lain macam.
Sehinggalah makanan sampai. Safa meremang melihatkan rakan selipar itu.
Pandangannya seperti berbaur tuduhan jijik. Safa menggeleng-geleng, membuatkan rakannya hairan.
“Kau ok tak? Kalau tak, kita bungkus je, makan kat rumah,” dia berkata, prihatin. Mungkin dia pun tidak berselera makan di situ.
“Takpe, takpe, aku ok,” Safa membalas. Dia cuba fokus pada makanan kegemarannya.
Merah nasi goreng ni, merah lagi ladanya, tapi tak boleh lawan merah darah yang mengalir dari kepala dan tubuh dua orang gadis tak berdosa itu. Ok, mungkin takdelah tak berdosa, ada dosa tapi, takdelah sampai layak kena bunuh macam tu.
Safa cuba mengawal emosi dan fikirannya. Tak boleh.
Dia mengangkat kepala dan rakan selipar itu masih memandangnya. Dia tersentak.
Kedengaran jeritan meminta tolong dan meminta maaf dengan jelas di telinganya, matanya juga mula terbayang ulang tayang kesadisan kejadian semalam.
Tidak, tidak. Tiada apa yang terjadi. Tiada apa yang berlaku! Semuanya mimpi semata-mata.
“Cik Safa binti Safar?”
“Ya, saya,” Safa menoleh melihatkan seorang pegawai polis di sebelahnya.
“Anda ditahan kerana disyaki membunuh dua orang pelajar di dalam lif universiti pada hari Jumaat lepas,” polis itu berkata dan menyambung kata-katanya, namun Safa tidak dapat mendengar dengan jelas beberapa patah sambungannya lagi.
Pelanggan-pelanggan di kedai itu mula kepoh dan suasana menjadi tegang. Rakan Safa di meja turut bingung dan terpaku tidak memberi reaksi.
“Nanti, nanti, dulu. Encik dah silap! Bukan saya! Bukan saya!”
***
Menurut polis, DNA Safa dijumpai di kedua-dua mayat tersebut yang turut konsisten dengan kecederaan yang terdapat pada tubuh mangsa yang akhirnya menyebabkan kematian mereka. Safa menafikan dirinya membunuh kedua-dua orang tersebut.
“Mungkin saya selalu berfantasi nak bunuh orang, saya akui. Tapi saya tak bunuh sesiapa! Saya bukan pembunuh! Kalau saya nak bunuh orang, dulu-dulu lagi saya dah bunuh kakak saya!” Safa mula menjerit. Tidak siuman. Siapa yang siuman bila dituduh membunuh.
“Dari mana datang info ni? Siapa yang menuduh saya?” Safa terus menjerit.
“Kami dapat maklumat dari orang keempat di lif tersebut. Dan menurut kenyataannya, kami dapati awak berbohong dalam memberi kenyataan kepada pihak kami. Awak berada di dalam lif dan berada dengan mangsa sehingga waktu terakhir kematiannya. Dia juga bersaksi dia melihat awak mencekik rakannya yang cedera di kaki sehingga dia pengsan, dan kemudian menumbuk rakan awak sendiri. Kemudian, awak memukul keduanya dengan nunchuck yang terdapat di dalam beg awak, yang turut disahkan oleh rakan sebilik awak. Dia mengakui awak memiliki sepasang besi nunchuck yang awak kata diberi oleh bapa awak. Awak sering membawanya ke mana saja di dalam beg tangan awak,” polis itu menjelaskan panjang lebar.
Safa tidak percaya. Tidak tahu apa respons yang harus diberinya.
Mungkin. Mungkin tiada jalan keluar. Dia sudah berhenti di jalan mati. Dia tersalah jalan.
***
Safa dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan menyerang, mencederakan dan membunuh dua orang pelajar universiti.
Dari hari dia diberkas sehingga ke hari perbicaraan dan hari digantung, Safa tidak bersuara walau sepatah pun. Tiada apa yang dapat dilakukannya untuk membuka mulutnya. Terkunci rapat. Keluarganya sudah lama give up dengannya. Rakan-rakannya sejak hari penangkapannya sudah memutuskan perkenalan. Dia bukan orang yang disukai rakan sekelasnya, jadi bukan suatu kehilangan besar.
Kecuali seorang. Mungkin dua, tiga, sepuluh, atau seratus orang. Yang membaca kisah ini. Hanya anda saja yang tahu cerita sebenar. Sebelum mati, dia menulis pengakuannya yang memperincikan apa yang terjadi pada hari kejadian. Dan surat itu diserahkan kepada saya, adik kandungnya. Saya mengenali kakak saya sendiri, dia memang seorang yang pelik, tapi saya tahu dia bukan seorang pembunuh. Kalau membunuh pun, mungkin secara tidak sengaja, seperti memandu kereta secara merbahaya. Tapi bukan dengan sengaja. Tak mungkin.
***
“Aku bunuh kau! Aku bunuh kau perempuan! Aku dah lama tak suka dengan kau! Malu aku berkawan dengan orang macam kau! Asyik fikir diri sendiri, tak pernah fikir perasaan orang lain!” rakan selipar spontan mencekik rakannya yang sakit kaki itu.
Safa dan rakannya keliru. Apa kena ni? Sawan ke apa?
Akhirnya Safa mendekat dan meleraikan mereka.
“Sabar, sabar. Kenapa ni?” rakan Safa berkata, bersemangat diplomasi.
“Kau jangan masuk campur! Aku bunuh kau jugak!” rakan selipar menyerang rakan Safa.
Safa membuka beg dan mengeluarkan senjata rahsianya, nunchuck yang diserahkan dari keturunan sebelumnya kepadanya. Nunchuck besi yang membawa warna perang berkilat dan bersinar itu membutakan mata sesiapa yang melihatnya. Dia mula memutar-mutar nunchucknya dan mengancam untuk menyerang rakan selipar jika dia tidak berhenti.
Selipar yang tercekik sudah terduduk di hujung lif, meminta rakannya berhenti. Rakan selipar menoleh, matanya beralih dari nunchuck dan kepada rakannya yang duduk terjelepok di lantai lif. Dia merampas nunchuk dari tangan Safa membuatkan Safa terpana. Dan terus melibas rakannya dengan senjata tersebut.
Selipar mengaduh kesakitan. Meminta tolong. Sesekali dia meminta maaf, berharap rakannya berhenti. Safa dan rakannya cuba menenangkan rakan selipar. Namun ternyata gadis ini sekuat Badang. Hampir saja terpelanting mereka apabila kedua-duanya cuba menghalangnya dari terus melibas rakannya. Rakan selipar terus mencekik rakannya sehinggalah tidak bernyawa lagi selipar itu.
“Berhenti!”
Safa mula mengeluarkan telefon untuk menelefon polis.
“Kau jangan berani! Kalau tak aku liwat selipar ni dengan nunchuck ni!”
Safa menjatuhkan tangannya.
“Kau!” rakan selipar menunjuk pada rakan Safa.
“Kenapa?” panik.
Satu tumbukan padu hinggap di mukanya. Dilibas berkali-kali badannya dengan nunchuck sehingga dia rebah ke lantai lif. Selama ini dia merasakan dirinya lebih kuat dari rakan sekelasnya, tapi tidak sangka kalah juga dengan nunchuck.
“Berhenti! Tolong, jangan! Dia tak bersalah!” Safa merayu.
“Kau, diam! Aku tau kau tak suka dia!”
“Tapi, aku tak nak dia mati!” Safa membalas, dia meluru untuk menyelamatkan rakannya dari kehilangan nyawa. Namun libasan terakhir di kepalanya seperti menghabiskan sisa-sisa usia yang mahu terus berusaha untuk dipanjangkan.
“Kenapa...kenapa kau buat macam ni?” Safa masih boleh bersuara dalam keadaan tersebut.
“Jangan risau, aku takkan apa-apakan kau. Kau tetap akan hidup dalam keadaan miserable dengan rupa paras kau, dan gaya kau seperti tu. Aku takkan cederakan kau. Tapi ingat, jangan kau berani ingat-ingat apa yang terjadi dalam lif ni, faham!”
Safa menggeleng.
“Sebab, kalau kau tak faham, aku akan cari keluarga kau, kucing kau, nenek kau, sesiapa saja berkaitan dengan kau dan pastikan mereka hidung sengsara dan mungkin, kalau sampai masa, aku matikan mereka. Faham?”
Safa akhirnya mengangguk.
“Sekarang, berambus!”
On cue, pintu lif terbuka.
EPL
Abu suka bola. Hidup Abu tidak boleh dipisahkan dengan bola. Pagi petang malam bola saja. Selepas pulang daripada kerja Abu akan menonton kembali perlawanan klasik bola sepak Liga Perdana Inggeris atau lebih ramah dikenali sebagai EPL. Pasukan kegemaran Abu buat masa kini ialah Manchester City. Liverpool di tangga kedua hatinya. Dia menghafal setiap nama pemain kelab EPL daripada penjaga gol sehingga pemain simpanan. Dia tidak pernah lekang daripada Maghrib sehingga tengah malam setiap hujung minggu untuk menonton EPL. Kadang kala dia tonton di kedai mamak, di rumah kawan, rumah sendiri, telefon bimbit, iPad, kereta, tandas, surau, talkin dan sebagainya.
Abu sangat meminati Jurgen Klopp sebagai pengurus pasukan dan Kevin de Bruyne sebagai pemain. Abu mempunyai 300 simpanan berkala permainan video Football Manager atau FM. Dia sering mengemukakan pelbagai taktik dan senario untuk setiap kelab. Abu juga merupakan Presiden Peminat FM di Malaysia. Dia sering menganjurkan perlawanan dalam talian untuk kelab tersebut.
Dengan kualiti pemain yang begitu rendah pada masa kini, ini membuatkan masalah EPL bukan sesuatu yang besar bagi penyiaran. Namun bagi peminat separuh mati seperti Abu, perkara ini menjadikan dia naik gila.
Namun begitu, pada Julai 2020, segalanya berubah sekelip mata. Abu tidak dapat lagi menikmati EPL seperti biasa. Dia perlu melanjutkan kaki ke England bagi menonton setiap perlawanan. Peraturan baru Brexit menandakan EPL sebagai komoditi dalaman yang menyebabkan setiap syarikat penyiaran perlu membayar premium cukai yang sebegitu tinggi. Penarikan diri syarikat penyiaran mengakibatkan penutupan besar besaran francais EPL di seluruh dunia. Mereka mula beralih arah kepada Bundesliga di Jerman atau Fifpro Ligue di Sepanyol.
Abu sanggup memutuskan hubungannya dengan seorang pramugari Air Asia kerana gadis itu kerap merungut tentang dirinya yang jarang tersedia untuk bersamanya. Dia rela makan sisa kulit ayam apabila semua keluarganya sedang menikmati KFC. Dia tidak kisah terkena sembelit untuk menahan diri menonton perlawanan bola.
Tapi apa erti semua itu sekiranya kini EPL tidak dapat ditontonnya. Hidup Abu menjadi kelam dan kelabu. Tidak pernah dia menjadi sebegitu murung dalam sejarahnya. Setiap perkara berkaitan dengan EPL turut perlu membayar premium. Daripada saluran YouTube, meme 9GAG, muka surat Reddit dan berita di akhbar mahupun TV atau radio, tiada suatu pun yang terkecuali. Dunia sememangnya dipadamkan dari mempunyai apa apa hubungan dengan EPL.
Perlawanan antara Manchester City dan Liverpool bakal berlangsung pada Ahad ini. Hari ini hari Khamis. Abu sudah seperti orang naik air di kepala, tidak mampu diam duduk atau baring dengan tenang. Seluruh tubuhnya menggeletar, terasa seperti mahu qada hajat besar, perutnya terasa seperti berkubang dengan rama rama. Dia tidak dapat memikirkan apa apa melainkan tentang hari perlawanan. Lebih memilukan mengenangkan nasib diri yang tidak dapat menonton perlawanan tersebut.
Malam Khamis, Abu tidak dapat tidur. Berpeluh peluh dia terbangun tengah malam termimpi mimpi senario perlawanan. Abu terus membuka laptop, mencari tiket kapal terbang ke Liverpool. Hatinya sudah tidak tahan mengenangkan dirinya akan terlepas menonton. Beberapa carian keluar, terkejut dengan harga tiket yang sangat mahal. Lebih mahal dua kali ganda dari biasa. Tiket pada hari Jumaat dan Sabtu sudah pun penuh. Tinggal tiket hari Ahad pagi untuk dia sempat menonton perlawanan. Tanpa banyak fikir, Abu terus membeli tiket.
Hari Jumaat dan Sabtu merupakan detik yang paling ampuh dalam hidupnya. Dia tidak pernah merasakan gementar seperti itu. Walaupun waktu perkahwinan pertamanya. Terasa rama rama terbang berpusing pusing di dalam perutnya menjadikan dia terkentut terpusing sepanjang hari. Abu hanya tidur 3 jam setiap malam. Dia akan terbangun dan memeriksa laman sosial di telefon. Setiap jam dia di Reddit untuk berkongsi pandangan dengan peminat bola sepak yang lain. Hari Ahad, Abu segera menaiki pesawat.
Dia duduk di kerusi tengah, di sisi kirinya seorang wanita tua berbangsa Tionghua dan di kanannya seorang lelaki Melayu yang berusia lewat 50-an. Wanita tua itu mengadu mengalami sakit perut dan kepala, dia meminta izin untuk memakai minyak urut. Abu hanya tersenyum dan membenarkan. Setelah tiga jam terbang, Abu yang mual dan loya sedari nyonya tersebut memakai minyak busuk itu mula ke tandas untuk muntah. Namun nasibnya malang apabila tandas tersebut sedang digunakan. Dia berdiri memandang ke luar, untuk menghilangkan mabuknya. Pintu terbuka, dan seorang wanita seksi keluar dan tersenyum ke arahnya. Abu terus terlupa untuk muntah dan hanya memerhati hingga wanita itu kembali ke tempat duduk. Dia segera masuk ke dalam tandas apabila jiwanya kembali ke dalam jasad. Dia menutup pintu dan terbau tahi busuk melekat. Dia melihat mangkuk tandas dengan air hanya tiga inci dari tempat duduk. Air berwarna merah bercampur kuning itu dipenuhi dengan najis berwarna coklat berketul seperti coklat berawan awan. Sesekali tercalit seakan lintah berwarna merah kehitaman di sekitar tahi tersebut. Abu terus muntah namun dia tidak dapat tahan dan hanya muntah ke dalam sinki. Dia menutup mangkuk tandas dan cuba untuk mengepam. Nampaknya pam tersebut berjalan dengan baik tiada masalah. Dia cuba untuk membersihkan sinki yang kini penuh dengan muntahnya. Silap besar apabila dia membuka paip sinki dan kini sinki itu mula bertakung. Dia menutup sinki dan mengambil tisu. Abu seorang penggeli. Ini pertama kali dalam hidupnya dia membersihkan sesuatu segeli ini. Sepanjang perkahwinan pertama, dia tidak pernah membersihkan lampin anaknya sendiri. Dia mengaut muntahnya dengan tisu dan memasukkan ke dalam tong sampah yang jaraknya hampir 1 meter dari sinki. Sedikit muntahnya berjatuhan dan dia menyepaknya dengan kasutnya. Abu mula membersihkan mukanya sedikit.
Dia keluar dari tandas dan melihat tiada sesiapa, kecuali seorang pramugari yang memandangnya dengan jelingan tajam. Dia hanya buat dono dan terus berjalan ke kerusi. Lelaki tua di sebelahnya mula batuk. Dia tidur semenjak jam pertama perjalanan lagi. Nyonya tersebut masih lagi dengan minyak busuknya. Sesekali dia mengurut kepala dan lehernya. Masih berbaki 10 jam perjalanan. Abu tidak dapat tidur. Dia tidak dapat membaca. Dan tiada satu pun filem yang diminati Abu untuk ditonton. Dalam kepalanya hanya teringatkan mangkuk tandas yang berbau. Dia mula membayangkan baunya dan terasa satu kapal berbau tahi. Dia mula mual dan mahu muntah. Nyonya tersebut menghulur beg kertas melihatkan Abu seperti mahu muntah. Abu menangguk tanda terima kasih dan membuka beg tersebut, kelihatan segumpal muntah sudah pun wujud di situ bersama aroma muntah yang menusuk hidung. Abu terus muntah di dalam beg tersebut. Nyonya tersebut hanya memandang dengan mata bulat. Dia berkata stail kasar: Sudah habis ka?
Abu menangguk. Dia bangun untuk membuang muntah, namun nyonya itu mengambil beg muntah dari tangannya dan meletakkan di saku kerusinya. Abu terus mahu muntah. Dia minum air yang terasa muntahnya memasuki tekak. Jam keempat dan kelima, aman damai. Abu hanya cuba menenangkan dirinya. Jam keenam, orang tua lelaki bangun dari tidur. Dia terbatuk kuat, dan mungkin itu membangunkannya. Dia memakan sedikit roti yang disimpannya. Lelaki itu membaca iPad dan seperti melihat laporan kewangan. Mungkin dia merupakan pemilik perniagaan yang berjaya. Abu cuba melupakan semua perkara buruk sepanjang perjalanan dan mencuri membaca laporan tersebut. Mungkin kesusahan untuk memahami perkara baru boleh membuang trauma. Dia khusyuk membaca dan memandang setiap graf di iPad tersebut. Orang tua itu begitu tekun membaca. Dia kemudian mengangkat kepalanya kurang dari sesaat dan memalingkan wajah ke kiri lalu menghamburkan bersinan yang tajam tepat mengenai wajah Abu. Abu merasakan kebasahan dan kemasaman di seluruh segi hidupnya. Orang tua tersebut terus meminta maaf. Penumpang di kerusi sebelah kanan lelaki tua memandang Abu. Lelaki yang mendukung bayi menunjukkan muka Abu sambil menghulur tisu. Abu mengambil tisu tersebut yang dihulur orang tua itu dan mengelap wajahnya. Kelihatan hijau kuning dan putih terlekap di tisu tersebut.
Orang tua itu meminta maaf lagi. Dia menghulur sebanyak mungkin tisu dan memanggil pramugari. Dia memesan makanan yang enak sebagai tanda maaf kepada Abu. Namun Abu hanya mahu dipindahkan tempat duduk. Nasibnya baik apabila pramugari itu memberitahu terdapat tempat duduk kosong di belakang pesawat. Abu terus menerimanya dan berlalu pergi.
Perjalanan berbaki 7 jam. Abu hanya mahukan rehat dan keamanan. Abu duduk di kerusi paling luar di set kerusi paling kanan pesawat. Di sebelah kanannya merupakan keluarga muda. Si bapa mendukung anaknya. Abu menangguk namun tidak mahu berbasa basi. Dia cuba untuk tidur dan memusing badan sedikit ke kiri membelakangkan keluarga tersebut. Terasa bahu kanannya diketuk. Dia menoleh melihat mata bulat yang sangat comel sedang memerhatinya. Bayi itu menggagah Abu. Abu automatik tersenyum. Namun dia sangat letih dan memusing kembali. Kedengaran bayi itu mula merengek dan terus memukul belakang Abu. Kedua ibu bapanya cuba untuk memberhentikannya. Bayi tersebut menjadi marah dan terus menangis sekuat hatinya. Ibunya cuba untuk menenangkan bayi itu namun masih tidak berhenti. Abu mula membayangkan hidupnya 7 jam dari sekarang. Seluruh pesawat kelihatan mendengus dengan tangisan bayi itu dan sesekali menoleh ke arah Abu dengan pandangan tajam.
Abu cuba untuk tidur namun dia merasakan dia menjadi gila bukannya nyenyak.
Abu terbangun apabila mendapati seseorang mengejutnya. Pramugari mengingatkan Abu mereka akan mendarat dan memintanya mematikan telefon bimbit. Abu menoleh ke kanan dan kelihatan bayi tersebut sedang tidur. Kedua ibu bapanya sedang keletihan setelah bayi tersebut kehilangan suara secara kekal kerana menjerit tanpa henti selama 5 jam--Abu berangan seketika.
Setelah mendarat, Abu seperti bangkit dari kubur. Dia berjalan dengan berat dan kepala berdenyut tanpa henti. Abu berjalan keluar dari Lapangan Terbang John Lennon dengan harapan seseorang datang menembaknya untuk menghilangkan sakit kepala dan memori kusut sepanjang penerbangan. Abu berhenti di lobi menunggu. Dia mula mencari motel murah yang telah disiasat sejak dari Malaysia. Abu tidak banyak kawan yang berjaya, tidak ada satu pun sahabatnya melanjutkan pelajaran atau bekerja di United Kingdom. Dia kini seorang diri cuba mencari jalan. Abu melupakan niat mencari tempat bermalam apabila melihat harga yang mahal. Abu terus berjalan ke Stadium Anfield, dia memanggil teksi melalui lapangan terbang. Pemandu teksi tersebut berambut hitam kerinting dan berusia lewat 30-an. Dia seorang yang peramah dan banyak bertanya. Pemandu itu memperkenalkan Abu dengan rakannya yang kebetulan mahu menjual tiket perlawanan malam ini atas urusan kerja. Abu bersinar mata mendengarkannya. Tiket itu berharga 80 pound. Abu segera meminta butiran untuk membeli. Pemandu itu membawa Abu ke sebuah bar berdekatan Stadium Anfield. Dia memesan dua bir namun Abu menyatakan dia tidak meminum alkohol. Pemandu itu mengiyakan dan bercadang untuk memberi kepada rakannya yang ingin menjual tiket nanti. Setelah setengah jam, rakan pemandu terbabit tiba. Dia berbadan gempal, berjanggut kasar, dan berwajah kemerahan. Dia mengenakan topi bola lisut dan berbaju sejuk berwarna merah. Pemandu tersebut mengangkat tangan untuk mendapatkan perhatiannya. Rakannya segera datang ke meja mereka berdua. Abu berkenalan dengannya. Dia kelihatan sibuk dan segera mengeluarkan tiket perlawanan. Abu menghulurkan 80 pound kepadanya. Rakan itu terus beredar meninggalkan mereka. Pemandu teksi dan Abu duduk seketika berborak. Ada 7 jam sebelum perlawanan berlangsung. Pemandu itu beredar kerana perlu bekerja. Abu memberi tips sebanyak £20 kepadanya kerana membantu mendapatkan tiket. Abu berjalan di sekitar Stadium Anfield dengan begitu ceria. Dia mengambil gambar di setiap sudut. Abu menghampiri kedai cenderamata dan membeli beberapa barangan seperti selendang separa, topi, jersey dan penghias kunci. Sepanjang perkahwinan pertama, dia tidak pernah membelikan lebih 3 helai baju untuk isterinya.
Abu tidak dapat melawat sekitar stadium memandangkan hari ini hari perlawanan. Apabila jam menghampiri tengah hari, dia bergerak ke seorang penjaja yang menjual kebab. Dia memesan daging bersama sos pedas. Namun sos pedas tersebut seperti sos cili tomato biasa. Nasiblah sedap dan murah dia tidak banyak songeh. Lima jam lagi perlawanan akan bermula. Abu duduk di kaki lima stadium sambil membelek cenderamata yang dibeli. Tiga orang remaja memandangnya dengan lucu. Abu tidak pedulikan mereka. Dia mula membaca risalah yang diambil dari kedai cenderamata dan membacanya. Banyak sejarah kelab ini yang kini diketahui Abu. Dia turut mempelajari beberapa sorakan dan lagu peminat. Abu menghafal dengan penuh semangat untuk turut serta bersorak ketika permainan nanti. Ketiga remaja tadi mula menghampirinya. Dia bertanya asalnya. Abu mula mahu beredar dari situ kerana mereka kelihatan seperti budak nakal yang suka membuli. Namun beg sandangnya dirampas oleh salah seorang remaja tersebut sebelum Abu ditolak sehingga jatuh ke lantai oleh kedua yang lain. Mereka bertiga lari dengan laju melepasi orang ramai. Abu segera bangkit dan menjerit meminta tolong. Dua orang lelaki cuba membantu dan melaporkan kepada pihak polis. Abu terus mengejar remaja tersebut. Kelihatan mereka menuju ke sebuah kawasan perumahan dan mula hilang di sebalik salah sebuah rumah. Abu hilang arah. Dari belakangnya polis tersebut menahan Abu dan meminta keterangannya. Mereka sedang memeriksa CCTV untuk mengenal pasti suspek. Polis meminta Abu bertenang dan mereka akan menguruskan kes tersebut. Abu tidak dapat duduk diam. Perlawanan bakal berlangsung tiga jam lagi dan tiketnya berada di dalam beg tersebut. Abu mula memaki dirinya sendiri kerana tidak membuat salinan digital tiket tersebut. Dia mula terduduk kecewa. Polis tersebut menenangkan Abu dan membawanya kembali ke stadium. Sekumpulan lelaki melihat polis dan Abu berjalan seiring. Polis menerangkan kejadian yang berlaku dan meminta kerjasama mereka untuk memberi ruang kepada Abu.
Abu mendapat tempat duduk hanya sebaris di belakang pemain dan jurulatih Liverpool apabila kesnya mendapat perhatian kelab tersebut. Abu terpana tidak dapat berkata kata. Sebelum perlawanan bermula, Jurgen Klopp menyalami tangan Abu dan menepuk bahunya.
"Mate, you will never walk alone."
Cara mempercayai kucing
Di sebuah kampung yang kuno di negeri sembilan daerah, terdapat sebuah rumah yang didiami oleh tiga orang tua. Orang tua yang pertama merupakan yang paling tua, dia memiliki sebuah tongkat berwarna coklat cair dan berangkai hitam. Tangkai itu dipercayai diambil dari sedikit hajarul aswad dan dijadikan sebahagian dari tongkat. Tongkat tersebut sangat istimewa dan dibeli orang tua tersebut dengan segala lembu yang dimilikinya. Orang tua kedua muda lebih 5 tahun dari yang pertama. Dia sangat menyayangi sehelai kain pelikat yang dibeli dari seorang saudagar Arab pada tahun 1932 dahulu. Kain itu dikatakan dipakai oleh Khalifah umat Islam, Sultan Turki yang terakhir. Dia membeli kain itu dengan menjual sebendang tanah milik keluarganya. Orang tua ketiga memiliki seekor kucing yang dipanggil Tok. Sejak dua puluh sembilan tahun yang lalu, Tok menemani orang tua tersebut. Dia memiliki kucing itu setelah kematian ayahnya.
Mereka bertiga hidup bersandarkan duit bantuan kerajaan sebanyak lima ratus ringgit sebulan. Setiap bulan, mereka akan membeli 10kg beras, 3 ekor ayam, 9 ekor ikan, sepuluh ikat sayur dan seguni bawang merah dan putih. Mereka akan bergilir memasak.
Orang tua pertama alah pada ayam. Dia tidak akan menyentuh lauk ayam atau memasak ayam. Orang tua kedua alah pada makanan laut dan ikan. Dia tidak pernah memakan ikan dan memakan ayam sebagai sumber protein. Orang tua ketiga memakan sayur sayuran. Tok memerlukan sumber protein yang banyak untuk kekal sihat.
Orang tua pertama sering mengadu sakit kaki. Kakinya sering bengkak di bahagian sekitar buku lali dan kadangkala dia tidak dapat berjalan dan perlu mengengsot ke sana ke mari. Orang tua kedua sering kali bengkak di lehernya. Dia akan menyapu nila biru untuk mengurangkan bengkak di tubuhnya. Orang tua ketiga setiap hari perlu memberi makan dan minum kepada Tok.
Pada suatu hari, seorang doktor melawat mereka. Dia memberi pemeriksaan percuma kepada ketiga mereka. Doktor menyatakan orang tua pertama perlu mengurangkan makanan laut dan mengambil sayur sayuran lebih banyak di dalam diet harian. Orang tua kedua pula perlu mengambil sedikit ikan seminggu sekali kerana itu tidak akan membuatkan alahannya menyerang dengan teruk. Orang tua ketiga disarankan untuk memantau pemakanan dua rakannya yang lain.
Selang sebulan, doktor kembali lagi ke rumah tersebut untuk memeriksa mereka bertiga. Didapati orang tua pertama dan kedua semakin sihat. Orang tua ketiga pula menangis teresak esak mengadu kepada doktor berkenaan kucingnya yang semakin kurus dan tenat. Doktor tersebut memeriksa kucing tersebut dan menyarankan mereka memperuntukkan sedikit makanan untuk kucing tersebut. Orang tua ketiga tidak bersetuju. Dia mendakwa Tok sudah tidak mahu memakan ikan dan ayam lagi, dan umurnya telah pun semakin pendek. Tok hanya mahukan tongkat dan kain pelikat milik mereka yang lain kerana mengambil bahagian makanannya. Kedua orang tua tersebut enggan memberi barang pusaka mereka, namun doktor memujuk mereka kerana kesihatan mereka berdua adalah lebih penting dari harta mereka. Kedua orang tua tersebut menghalau doktor tersebut dan bersumpah tidak akan memakan lagi ikan ataupun ayam.
Setahun berlalu, doktor kembali ke rumah usang tersebut. Orang tua pertama dan kedua dikatakan sudah meninggal dunia. Orang tua ketiga kelihatan ceria dan sihat. Dia memakai kain pelikat milik orang tua kedua dan di tangannya digenggam tongkat kepunyaan rakannya dahulu. Doktor tersebut memuji orang tua tersebut kerana menjaga kesihatannya dengan baik. Sebelum dia beransur pulang, datang seekor kucing yang bersaiz sebesar sekartun kotak mineral menyapa doktor terbabit. Doktor tergamam melihat keadaan kucing tersebut. Dia menggesel ke kaki doktor. Kucing tersebut tiba tiba terbatuk dan memuntahkan sesuatu. Seketul daging keluar dari mulutnya. Doktor mencangkung untuk memeriksa dan didapati kuku yang mula menghitam di hujung seketul daging tersebut. Orang tua ketiga tersenyum ke arah doktor dan menghentak tongkatnya ke lantai. Tok mula menerkam doktor tersebut.
What young Sylvia Plath observed of poetry — “Once a poem is made available to the public,” she told her mother, “the right of interpretation belongs to the reader.”
22 Tahun
Budak 22 tahun
Bodoh
Tak berpengalaman
Suka berdebat
Rasa diri pandai
Tapi dia tak tahu
Orang pandang dia bodoh
Makin dia bercakap, makin kurang ilmu
Makin dia melawan, makin banyak dosa
Kuat berangan
Suka berdendam
Tak tahu menilai diri
Tak tahu jaga kebersihan
Badan berkurap
Perut dah buncit
Kulit hitam
Ketiak busuk
Belajar perniagaan
Rasa diri cukup hebat
Tapi sebenarnya tiada sumbangan nyata pada masyarakat
Berlindung di balik geniusnya orang lain
Mengatakan diri usahawan muda
Tapi hanya tahu kaut untung
Seperti hidup selama ini
Jadi parasit
Minta duit ibu
Minta duit ayah
Duit abang duit kakak
Turut dirembatnya
Budak 22 tahun bodoh
Jangan di percaya walau sepatah katanya
Peluru Berpandu
Aku tinggal di pekan kecil Ayer Hitam. Hidupku sejak sekian lama penuh dengan kesedihan dan kesunyian. Tetapi aku benci mereka lain yang sedih dan sunyi. Aku hanya mahu duduk bersama mereka yang ceria dan memiliki ramai sahabat. Biar aku menderita. Jangan orang lain turut serta. Aku menangis di dalam kelas. Rakanku yang lain akan memujukku. Aku menulis kata cerca terhadap guruku di dalam buku tulis kelas yang dibiarkan kosong, rakanku mengadu pada guruku. Guruku menangis teresak esak mengenangkan muridnya yang tidak mengenal erti penghargaan dan hanya tau membalas dendam. Rakanku sangat jahat. Mereka suka menghukum orang lain tanpa sebab. Mereka berkumpul sesama mereka dan membiarkan aku sendiri tanpa sahabat. Sewaktu membuat amali tayamum, seluruh kelasku ketawa apabila melihat wajah masing masing yang dilumur tepung, namun aku tidak sedikit pun mendapat satu sen reaksi dari mereka, walau daripada sahabat karibku sendiri. Bodohnya mereka tidak bertepi. Mereka tidak tahu erti kebudayaan, membaca dengan kritis dan imaginasi, bermain muzik mahupun berkarya secara abstrak. Yang mereka tahu hanya Akademi Fantasia yang tidak memberi apa apa pulangan pada mereka. Di dalam kelas, aku sering mendapat tempat teratas namun tidak pernah mengungguli carta. Terdapat seorang perempuan di dalam kelasku yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun. Matanya bundar, kulitnya sawo matang kegelapan, bibirnya tebal berwarna hitam. Dia hanya tahu menulis, membaca dan mengira. Apa yang dilakukan di rumah selain itu aku tidak tahu. Bersukan pun tidak pandai. Aku tidak suka bersukan dan aku hanya memerhatikan mereka. Bagiku sukan adalah suatu hiburan asing yang tidak punya nilai. Satu kebudayaan dari peradaban kuno yang sudah lenyap kerana menyibukkan diri dengan perkara tidak bermanfaat seperti bersukan. Aktiviti yang meyakinkan orang untuk memperaga tubuh badan kepada umum dan memudahkan orang lain membeza bezakan manusia dari segi keupayaan fizikal. Betapa bodohnya guru guruku. Apakah mereka menjadi dewasa dan menuruti saja suatu perkara yang tidak ada asal usulnya? Apakah kebaikan dari segala aktiviti ini? Aku memiliki seorang kawan yang gemuk gedempol. Wajahnya putih seperti pontianak. Apabila melihatnya aku membayangkan dia berbau seperti lemak terendam di dalam air sejuk. Ah bencinya aku padanya. Dia suka bermain helah yang tidak sedikit pun licik tetapi dibenarkan ramai. Apabila dewasa, aku berazam untuk menjadi doktor dan tidak sedikit pun mengubati rakan rakanku. Biar mereka mati dengan satu wabak yang tidak memiliki kesembuhan. Biarkan. Mereka layak untuk mati lebih hina dari seekor anjing kerana taraf mereka yang rendah. Aku tidak yakin seorang pun dari mereka boleh berjaya. Mereka tidak dapat mengharungi kehidupan dunia yang penuh mencabar ini. Mereka hanya watak sampingan. Tidak dipandang, tidak bermakna. Dengan keluarga mereka yang miskin dan tidak berotak seperti mereka, hanya keburukan yang akan melanda negara Malaysia ini. Tiada satu pun kejayaan yang dapat ditempa kita. Berita buruk melanda negara kita. Tidak pernah aman dari jenayah dan rasuah. Rakan rakanku akan mengepalai keparat keparat ini merosakkan umat manusia dan menghancurkan negara kita. Setiap kali aku terbaca berita buruk, mudah sekali aku membayangkan pelakunya sebagai rakan sekelasku. Mereka ini ibarat pendatang asing yang berwajah tempatan. Tidak layak hidup di sini, tiada punca kehidupan di tempat asal. Ketika Ayer Hitam tenggelam pada banjir besar yang melanda Asia Tenggara tahun lalu, tiada seorang pun sahabat ku yang terselamat. Mereka semua menetap dan bekerja di pekan berdebu dan sunyi itu, berkeluarga dan menghabiskan masa. Kini tiada satu pun keturunan mereka yang hidup di muka bumi ini. Tekaanku tidak pernah salah. Aku hanya memerhati sisa sisa tanah airku yang hancur musnah ditelan keangkuhan air. Di Osaka ini, hidupku lebih tenang dengan kebudayaan masyarakat di sini. Disiplin, sopan dan berhati mulia. Jepun tidak akan dilanda bencana seperti Malaysia.
Polis Bantuan
Malaysia negara makmur. Rakyatnya berbilang kaum. Pelbagai agama. Kepercayaan meluas. Dari segi politik, mazhab, ajaran sesat, jantina mahupun undang undang.
Di kala masyarakat dibebankan dengan negara polis ala zaman Najib dan kebelakang, di mana setiap minda rakyat dicabuk dengan benih benih cintakan kerajaan dan bencikan pembangkang, ada beberapa kumpulan yang berjuang dengan tidak kenal lelah untuk membebaskan rakyat dari belenggu penjajahan minda yang perit ini. Sudah bebas dari British laknat, rakyat dijajah pula oleh pewaris British, golongan bangsawan, yang berhidung pesek tapi cakapnya Inggeris, pakainya kot tapi pelir seinci halia. Sehinggalah seorang diktator Melayu muncul namun diganti pula dengan kerajaan yang menggari polis sendiri. Kemudian Malaysia ditadbir oleh sebuah kerajaan yang mendirikan rumah di atas laut. Tidak berpasak, tidak berpusat. Maka tenggelamlah mereka dengan segala kelemahan yang mereka sendiri tidak betulkan. Datang pula sebuah kerajaan, sisa sisa dari kerajaan laut yang berjaya berenang ke dasar. Disambut oleh bangsawan yang lalu bersama pemerintah dari kerajaan bulan mengambang.
Kini Malaysia dan seluruh dunia dilanda bencana. Kesakitan, kemiskinan, kelaparan, dan ketakutan yang tidak bertepi.
Tapi kita ketepikan kisah sedih. Kita buka kisah gembira. Siapa tak suka balas dendam. Bila diberi peluang, jangan menunggu masa untuk melaksanakannya.
Fairuz belajar di sebuah universiti di Malaysia. Beliau sudah tamat ijazah pertama dan kini menyambung sarjana. Yuran lebih mahal. Dengan ekonomi negara yang sempit, harapan untuk biasiswa adalah tipis. Dengan keluhuran hati ibu bapa, dan pinjaman dari badan pinjaman, Fairuz dapat mengejar cita citanya untuk belajar di peringkat ijazah tinggi. Beliau tidak pernah berharap untuk belajar setinggi ini, tetapi rezekinya ada.
Sewaktu bersekolah, dia sangat takut pada polis mahupun pengawal keselamatan. Seperti rasa takut itu semulajadi, dia tidak pernah ingat saat dia mula mula takut pada mereka mahupun siapa yang mengajarkan ketakutan kepada golongan tersebut. Kini, berusia 27 tahun, Fairuz kekal memiliki rasa waspada pada pihak polis. Tiada siapa boleh menghina mereka, mengkritik mahupun mengasari mereka, pasti akan dikenakan tindakan. Malaysia negara polis. Polis berkuasa. Mereka orang kedua berkuasa di negara ini selepas menteri kerajaan.
Fairuz begitu tertekan setelah setahun belajar. Neneknya jatuh tangga dan terus tidak dapat berjalan dan terlantar saja di atas katil. Pak longnya didiagnos kanser tahap empat. Tiga bulan kemudian, dia kembali ke rahmatullah. Sebulan kemudian, neneknya pula meninggal dunia. Dia tidak mampu menceritakan pada sesiapa, bukannya mereka akan faham. Nenek saja, pak cik saja. Bukan mak bapak kamu yang meninggal. Dia membesar di rumah neneknya bersama pak longnya yang tidak pernah berkahwin. Sewaktu rumah nenek terbakar, dia turut menangis. Seperti hilang semua memori zaman kecilnya. Mereka ibarat keluarga dekatnya. Dia tidak pernah membayangkan hidup tanpa mereka. Setiap kali membayangkan majlis perkahwinan, pasti dia terbayang neneknya bersama. Kini, dia tidak pernah dapat membayangkan sebarang majlis kahwin kerana insan terpenting dalam hidupnya sudah tiada. Tidak perlu hidup berkeluarga. Dia tidak mampu lagi hidup bahagia.
Hidupnya juga tidak teratur. Dia hanya mencari kepuasan dari sisa sisa yang ditinggalkan syaitan dan nafsu. Apa saja tidak memberi keseronokan mahupun kebahagiaan. Segalanya telah ditarik kembali. Tiada bayangan keluarga bahagia, kekayaan dunia, pekerjaan hebat, rumah besar, kereta mewah, pasangan rupawan. Semua itu tidak memberi kebahagiaan. Dia hanya terbaring di atas katil. Hari demi hari. Menanti esok. Esok tiba, dia menunggu hari kemudian.
Letih dengan kerenah manusia. Letih dengan takdir Tuhan. Letih dengan diri sendiri.
Dia melalui sekatan kawalan sebelum masuk ke kampus dan terlupa membawa kad matrik. Dia mengangkat tangan, mahukan polis bantuan membuka pos.
Polis tersebut membukanya sebelum menjerit, "Kad mana?!!"
Fairuz yang letih dengan semuanya hanya mengangkat tangan. Dia memandu keretanya masuk ke dalam kampus. Ada saja. Polis bantuan celaka. Staf tidak patuh peraturan dilayan baik, pelajar tersilap langkah, disamannya. Sedangkan gajinya pelajar yang bayar. Oh dunia. Terasa bagus kau hidup. Dengan pendidikan tidak seberapa. Dengan kehidupan tidak menentu. Dengan manfaat kau sedikit. Kau rasa diri kau bagus hanya kerana memaki orang lain? Polis, bila dimaki, digari orang lain. Dia memaki orang, itu tugas mereka. Oh celakanya dunia.
Orang tua yang merasakan diri mereka hebat. Memandang rendah dan risau anak muda kini. Alpa dengan diri mereka yang mendidik dan membesarkan golongan muda. Bila anak sendiri terkantoi, di tepuk dahi, mengeluh, "Saya tak tahu mana silap saya."
Fairuz memiliki Magnum .44 yang diwarisi dari moyangnya. Baiklah, kita boleh jujur di sini memandangkan tempat ini segala rahsia sudah terbongkar. Fairuz mencuri pistol tersebut daripada moyangnya. Moyang Fairuz sangat kaya. Kayanya melebihi tuan nama pekan tempat dia berasal. Dengan harta yang banyak dan tanah yang luas, tidak hairan moyangnya dapat memberi alasan kukuh untuk memiliki senjata api. Magnum tersebut disimpan oleh Fairuz dari beliau tingkatan 3. Namun dia tidak pernah menggunakannya. Dia hanya mengambilnya untuk belajar melukis senjata. Kini, sudah dewasa, magnum tersebut sebagai pertahanan diri. Lebih lebih lagi di tempatnya belajar kini, orang tempatan memberi amaran ramai bekas penagih dadah dihantar ke sini selepas dipenjara dan dipulihkan. Pistol tersebut tidak pernah digunakan. Tiada peluru di dalamnya. Apapun dia berjaya mendapat beberapa kotak peluru daripada moyangnya--secara rahsia.
Fairuz kembali ke pos pengawal untuk pulang, polis tadi memanggilnya. Dia memberhentikan kereta dengan kerutan mendalam antara dua keningnya. Fairuz berjalan perlahan ke arah polis tersebut.
Polis bantuan itu mula memberi beberapa teguran padanya. Fairuz keliru. Apa salahnya selain tidak membawa kad matrik?
Polis bantuan meminta kad pengenalan. Fairuz mengeluarkan dompetnya dan menyerahkan kad pengenalan kepadanya. Setelah selesai mencatat nombor IC, kad tersebut dikembalikan. Dia masih dibebel. Fairuz menyimpan dompet di dalam poket namun berlaga dengan objek keras. Terasa sakit, dia mengeluarkannya.
Oh ya. Magnum.
Polis bantuan terbeliak melihat senjata itu. Dia mula memberi amaran kepada Fairuz. Fairuz menenangkan polis bantuan tersebut dan menunjukkan bahawa tiada peluru di dalamnya. Polis tersebut lega. Fairuz mengacu pistol itu ke arah pegawai itu untuk melakukan demonstrasi. Dia menarik picu dan melepaskannya, pertama kali dia melakukannya kepada orang lain. Sememangnya tiada peluru yang keluar.
Namun begitu, pistol itu diisi dengan kartrij kosong. Ledakan pistol tersebut menyebabkan tengkorak polis tersebut menembusi otaknya dan dapat dilihat cebisan daging terkeluar dan menempel di dinding pos pengawal.
Fairuz tergamam. Polis tersebut rebah sebaik sahaja 'ditembak'. Tembakan tersebut terdengar hingga 5km jaraknya. Dalam sekelip mata, dia dijatuhkan ke tanah dengan tangan terikat ke belakang. Magnum warisan dirampas dari tangannya. Sesekali dirasakan kepalanya dihentak oleh kaki seseorang. Dia mengerang kesakitan.
Polis bantuan itu disahkan kematian otak beberapa hari setelah mengalami pendarahan otak teruk. Fairuz didakwa dan disabit kesalahan membunuh dengan senjata api. Dia akan dikenakan hukuman gantung sehingga mati. Kini telah 5 tahun berlalu, dia masih menanti hukumannya. Setiap hari dia melihat kembali detik tersebut di dalam kepalanya. Adakah dendamnya sudah terbalas? Dia masih mengharapkan pengampunan diraja.
Pinjaman
Kehidupan di Kuala Pilah bukanlah indah. Tetapi tidaklah hina. Aku sentiasa bahagia apabila dikelilingi pokok dan hidupan hijau yang tumbuh di sini. Namun malam hari, aku dilanda ketakutan dengan kesunyian pekan ini. Desa yang begitu permai ini bukanlah tempat lahirku. Aku merupakan pelajar ijazah sarjana muda. Pada mula pengajian, aku perlu berurusan dengan ramai kakitangan universiti. Pensyarah, kerani, pentadbir, pengarah asrama dan sebagainya. Sebagai seorang yang pemalu, sangatlah membebankan diriku untuk bercakap dengan orang asing.
Pinjaman pelajaranku susah untuk diluluskan gara gara gaji kedua ibu bapaku yang dikatakan begitu tinggi. Sebagai seorang anak yang membesar bersama mereka, aku tidak pernah merasa kehidupan kami senang, dan sentiasa hairan dengan setiap pinjaman dan bantuan yang terpaksa dinafikan kerana itu. Namun, tidak juga aku hidup susah. Maka, aku hanya berdiam diri. Tiada siapa yang akan faham dilema aku. Hanya orang yang akan menghina sahaja.
Aku terpaksa berurusan dengan seorang kerani di kaunter Hal Ehwal Pelajar (HEP). Rakanku turut sama menghadapi masalah seperti ku. Kerani itu memakai tudung coklat dan baju kurung berupa tona warna yang serupa dengan hijabnya. Dia memandang jam, memeriksa sekiranya waktu sudah pukul 2 petang, tamat rehat pekerja.
"Ya dik, boleh akak bantu," dia menyapa kami. Kulit kusam sawa matangnya tidak dihiasi bedak mahupun senyuman. Namun wajahnya tidak masam.
"Kitorang ada masalah dengan pinjaman pelajaran kami. Tak lulus, macam mana ni?"soalku.
Staf tersebut menarik muka sedikit. "Ni kena sahkan dengan pegawai yang betul."
"Saya dah minda tanda tangan dah," jawab ku.
"Kena gred gaji yang betul dik, kalau tak tak boleh."
Dia membelek dokumen pinjaman kami sambil mulut mengomel.
'Nak minta tolong orang, tapi datang time tengah hari. Cakap kasar kasar pulak.'
Aku memandang rakanku. Kami saling berpandangan.
"Adik minta pensyarah adik sign. Lagi mudah."
"OK terima kasih."
Kami beredar dari situ.
Peristiwa itu tetap kekal dalam ingatanku sehingga hari ini. Aku masih terasa sebal mengenangkan mulutnya yang herot berot mengomel. Sebagai seorang kerani HEP, bukankah tugasnya berhadapan dengan setiap pelajar? Apatah lagi, tanpa pelajar, tidak terdirilah universiti, begitu juga dengan peluang pekerjaannya. Tidak pernah aku memahami pekerja sektor awam. Mereka tidak boleh diherdik. Mahu saja kecik hati. Tapi dengan mudah mereka melayan orang lain sewenang-wenangnya. Tidak dapat ku fahami mentaliti sebegini yang sentiasa merasakan orang lain terhutang budi kepada jasa mereka, sedangkan tidak terkira orang yang sepatutnya mereka berterima kasih.
Hatiku tidak begitu sedap. Wajah staf tersebut masih bermain di minda ku. Aku keluar dari bilik ku, rakanku berdua sedang bergosip di dalam bilik. Aku menghidupkan enjin kereta dan keluar rumah. Tidak tahu entah ke mana aku mahu pergi. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku berpusing di sekitar kampung untuk menenangkan diri. Sengaja ku biar tingkap terbuka. Memberi ruang angin desa menerpa wajahku.
Jam sudah pukul 7. Langit sudah mula memerah dan pekat. Aku mula berjalan pulang. Seekor kucing melintas di hadapan ku. Aku segera memberhentikan keretaku. Kucing tersebut berada di sisi jalan. Dia menikus melihat ku mendekatinya. Aku mengusap kepalanya. Kucing tersebut mula senyap. Aku menggendongnya masuk ke dalam kereta. Kucing putih bertompok hitam itu kelihatan seperti batman. Di mana agaknya Robinnya.
Aku memandu kereta pulang ke rumah. Keesokan harinya, aku ke kelas seperti biasa. Kucing tersebut sangat baik akhlaknya. Seperti dia tahu rumah kami dan sentiasa pulang kembali walaupun aku lepaskan keluar untuk si kucing melakukan aktivitinya.
Aku kembali ke HEP untuk menyerahkan borang yang sudah siap ditanda tangan. Staf tempoh hari kembali melayan kami dan dia seperti lebih baik mood daripada sebelum ini. Namun aku masih terbayang di kala dulu. Betapa jengkelnya herot berot mulutnya.
Malam itu, aku terus terbayang staf tersebut. Herot berot. Tudung coklat. Wajah kusam. Bibir coklat kehitaman. Aduh, sakit hatiku.
Batman naik ke atas katil dan seolah olah memelukku. Kami terlelap bersama sehingga pagi. Aku membawa Batman ke kelas kerana kami ada kelas rekreasi dan pengajar kami lebih selamba daripada pensyarah lain. Batman pasti boleh menghiburkan kami sekelas.
Kami berkumpul di dataran berhampiran klinik kesihatan. Kawasan tersebut redup pada waktu tiga dan ke bawah walaupun tidak berbumbung kerana ditembok oleh bukit dan cahaya matahari tidak mengena dengan tepat apabila bersinar dari belah barat yang merupakan bangunan blok C. Terdapat juga pokok untuk kami berteduh dan beberapa gazebo yang selesa. Kami walaupun begitu duduk di atas tar jalan. Pengajar kami mengarahkan beberapa orang melakukan demonstrasi ikatan tali. Aku menoleh ke kiri ke kanan, bosan dengan demonstrasi tersebut. Batman di pangkuan ku.
Aku terlihat staf tempoh hari. Dia berjalan dari blok pentadbiran menuju ke blok C di mana HEP berada. Hatiku terasa panas melihat dirinya.
Kelas berakhir dengan penuh kesyukuran dari pihakku. Namun kami tidak terus pulang ke rumah. Kami membeli makan di kafe berdekatan dan menjamu selera di situ. Ku lihat Batman sudah tidak kelihatan. Jam sudah melepasi pukul 5, staf mula beredar pulang. Semakin ramai pelajar singgah di kafe kecil itu untuk makan. Kami sudah habis makan dan mahu pulang. Namun Batman tiada di sekitar.
Kami mula mencari Batman. Aku berjalan dari dataran tar tempat kami berkumpul menyusur di sepanjang blok. Dalam longkang, tiada. Di bawah pokok, tiada. Terdapat beberapa kereta memarkir berdekatan blok. Tiada juga Batman di bawah kereta. Aku terus berjalan menyusur pula di lereng bukit. Terdapat juga kereta di situ. Aku terus memanggil Batman sehingga aku terdengar suaranya mengiau perlahan.
Aku berlari berdekatan sebuah kereta wira. Ku lihat Batman sedang mendengus. Mulutnya berlumuran darah, begitu juga dada dan perutnya. Aku cuba menyentuhnya namun dia mendengus keras kepadaku juga. Aku memanggil rakan rakanku.
Mereka bergegas ke arah ku. Melihatnya Batman mereka menjerit kecil. Batman semakin ganas mendengus. Mereka berlari cuba mendapatkan bantuan. Aku menjarakkan diri dari Batman dan memeriksa sekitar sekiranya terdapat kucing yang mengancam Batman.
Aku berjalan mengelilingi kereta dan tergamam melihatkan sekujur tubuh terbaring berhampiran pintu pemandu.
Herot berot.
Kulit kusam itu telah bertukar pucat. Bibirnya semakin hitam dengan mulut terbuka luas seperti menjerit. Matanya terbeliak menahan sakit. Pakaian dipakainya tercarik carik. Buah dadanya tertonjol keluar dengan sebelah kiri terbelah dari kulit badan dan terkulai menampakkan daging. Perut terburai menampakkan usus. Beberapa orang sampai ke arah kereta. Batman semakin kuat mendengus. Aku tidak mampu berkata. Rakan rakanku menghampiri ku, mereka turut terpempan dengan pandangan di hadapan mereka.
Pandemik
Aku berjalan menuju ke tangga sebelum ku dengar derap tapak kaki di belakang ku. Aku menoleh. Seorang gadis muda hanya memandangku kosong. Dia melepasi diriku dan aku mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Setelah selesai urusanku, aku turun kembali menuju ke Bilik Gerakan Covid.
"Hello," Aku ditegur dari belakang oleh seorang wanita. Gadis muda tadi kini di hadapan ku apabila aku menoleh.
"Hai," Aku membalas.
"Encik ni staff di Bilik Gerakan ke?" soalnya. Ton suaranya tinggi dan tidak selesa, menyebabkannya berbunyi sedikit kasar.
"Ya, saya. Boleh saya bantu cik?" aku menjawab.
Dia menangguk. "Saya ada telefon semalam. Sayalah pelajar dari Tangkak tu."
"Oh. Ya. Macam mana cik? Cik dah buat keputusan ke, nak balik guna Gerak Malaysia atau bas universiti?"
"Ya, saya dah buat keputusan." Dia mendekati diriku. Tangannya diseluk ke dalam beg sandangnya barang kali mengeluarkan dokumen penting.
Aku menanti dia mencari barangnya. Agak lama menunggu, aku melihat telefonku. Begitu banyak kemas kini daripada rakan rakan di media sosial.
Tiba tiba dada kiri ku terasa ngilu. Pedih tidak dapat ku ungkap. Ku lihat sebilah besi runcing tepat tertusuk ke dalam dadaku. Aku memandang wajah gadis muda itu dan tanganku segara melawan kudratnya. Kudratnya tidak seberapa. Namun di toreh laju dadaku sehingga ku rasakan kepala ku terasa sakit dan sempit. Aku mula hilang pandangan. Seluruh tubuh ku mula menggigil dan setiap sendi uratku mencarik darah dari pembuluhnya membuatkan aku terasa azab yang begitu menyakitkan. Aku terpempan ke lantai dan mataku ku rasakan seolah dicabut dari soketnya. Sakitnya membuatkan berpusing biji mataku. Nafasku memuncak sebelum mula perlahan. Ku lihat gadis tersebut tersenyum puas sebelum mataku tidak lagi dapat melihat.