February 24, Saturday:
Air mata buat Mata Airku
Pernah kamu menjadi mata airku. Yang aku cinta, yang punya aku sayang. Pernah kamu menjadi mata airku, pada saat aku rasa dunia henti waktunya. Setiap garis senyum yang letak elok pada wajahku, lahirnya atas bahagia yang aku punya miliki kamu sebagai mata airku.
Aku masih ingat, rasa suam hangat yang melegakan, yang menyamankan jiwa, menenangkan hati, apabila aku punya kamu sebagai mata airku. Untuk sekian kali dalam sedih sedih hidup, aku paut ikhlas pada senangnya punya kamu.
Mata airku, mungkin salah aku, kerana tiada sedar aku akan realiti. Mana mungkin aku punya kamu tanpa air mata. Makin kerap dan makin laju, segala titis air mata yang mengalir elok digaris senyum yang dulu aku punya.
Air mataku, deras, terlalu keras, menghempas hempas hati. Namun mata airku, sering aku harapkan segala air mata untuk kamu, bukan pengakhiran kita.
Realiti. Harus aku paut pada realiti. Kamu bukan lagi mata airku. Kamu cuma air mata yang mengalir pergi tidak lagi di sisi.
-11:07 pm, Salam Nifsu Syaaban yang pernah memjadi Mata Airku. Semoga kita saling bahagia dalam bahagian masing-masingnya.











