Show & Tell
No title available

Origami Around
PUT YOUR BEARD IN MY MOUTH
2025 on Tumblr: Trends That Defined the Year

izzy's playlists!
Lint Roller? I Barely Know Her

⁂

Discoholic 🪩
Game of Thrones Daily
will byers stan first human second

blake kathryn
he wasn't even looking at me and he found me
styofa doing anything
Aqua Utopia|海の底で記憶を紡ぐ
One Nice Bug Per Day
Jules of Nature

ellievsbear

JBB: An Artblog!

No title available
seen from United Kingdom
seen from United States

seen from United States

seen from Chile
seen from Spain

seen from United Kingdom
seen from United States

seen from Brazil
seen from Brazil
seen from Brazil
seen from Brazil
seen from Malaysia

seen from Brazil
seen from United States
seen from United States

seen from Brazil

seen from United States

seen from United States

seen from United States

seen from United States
@protonclub
Google Apps Kelab Proton Malaysia
Untuk makluman, permohonan akaun Google Apps bagi protonclub.com.my telah berjaya diaktifkan. Setiap ahli berhak menerima 1 akaun dan mempunyai ciri-ciri simpanan tanpa had. Untuk pengaktifan, daftar masuk ke perkhidmatan Google Apps di https://www.google.com/ Nama pengguna [email protected] (rujuk lampiran) contoh: Kata laluan protonclub.com.my (sementara) Untuk maklumat nama pengguna, sila rujuk lampiran: 001-200 (Batch 1) 201-400 (Batch 2) 401-600 (Batch 3) 601-800 (Batch 4) 801-932 (Batch 5) Sebarang pertanyaan sila emailkan ke [email protected]
Google Apps Kelab Proton Malaysia
Untuk makluman, permohonan akaun Google Apps bagi protonclub.com.my telah berjaya diaktifkan. Setiap ahli berhak menerima 1 akaun dan mempunyai ciri-ciri simpanan tanpa had.
Untuk pengaktifan, daftar masuk ke perkhidmatan Google Apps di https://www.google.com/
Nama pengguna [email protected] (rujuk lampiran) contoh:
Kata laluan protonclub.com.my (sementara)
Untuk maklumat nama pengguna, sila rujuk lampiran: 001-200 (Batch 1) 201-400 (Batch 2) 401-600 (Batch 3) 601-800 (Batch 4) 801-932 (Batch 5)
Sebarang pertanyaan sila emailkan ke [email protected]
Autoshow Tranformasi Belia Peringkat Bahagian Sibu
Autoshow Tranformasi Belia Peringkat Bahagian Sibu, Sarawak.
5-6 Disember 2015 Dataran Sibu Fasa 1
Anjuran Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak Bahagian Sibu. Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
Crew Pengelola Proton Club Malaysia Sidestreetzgarage Crew Community Car Club Sibu
Keputusan Rasmi.
Interteam
1. Best of best Modification Borneo tail Car Club (Team A)
2. Best of Creativity Sibu 4CXtreme Arena Autoclub (Team A)
3. Best of Interior and Sound Move Kenari Borneo
4. Smart and Sexy Borneo Tail Car Club (Team B)
5. Best of the Best (Public Vote) Borneo tail Car Club (Team A)
6. Saguhati Myvi Borneo One Borneo Car Club Sibu 4CXtreme Arena Autoclub (Team B) Borneo tail Car Club (Team B)
Individu
1. Best of Proton En. Richmund ak Jingger Borneo tail Car Club
2. Best of Super Clean Car En. Bun Jamen b. Mahmud
Saguhati En. Ranau Borneo tail Car Club
En. Janut Sibu 4CXtreme Arena Autoclub
3. Best of Perodua En. Sia Boung Kee Move Kenari Borneo
4. Best of 4x4 En. Samadshah A. Talip Street Diesel Truckers
TT Bersama Crew Bintulu Sarawak
TT Bersama Crew Bintulu Sarawak Tarikh : 19 Disember 2015 Masa : 13 Disember 2015 Lokasi : Eve Garden Seafood, Bintulu Aktiviti : 1. Suaikenal bersama ahli 2. Penerangan ringkas Proton Club Malaysia 3. Kemaskini keahlian Proton Club Malaysia (Sarawak) Bahagian Bintulu 4. Reset & Setup
Perakuan Pengesahan di bawah Seksyen 9(c)
ADALAH dengan ini diperakui bahawa SITI NOORHASYIMAHWATI AHMAD SUPIEE 821119016260 telah diumumkan kepada Pendaftar Pertubuhan, Malaysia dan didaftarkan olehnya sebagai Pegawai Awam bagi KELAB PROTON MALAYSIA (PROTON CLUB MALAYSIA) pada 16 haribulan Disember 2015.
🇹🇭🐘Jom HATYAI 2H1M🐘🇹🇭
Date: 24&25-Dec-2015
Price: RM 200
Day1 5am - from Penang 12pm - check in Hatyai hotel 2pm - Hatyai 3D museum 3pm - Ice Dome & Cable Car 5pm - Floating Market 7pm - go back hotel. Night - Free & Easy
Day2 8.30am - go to Samila beach 10am - Temple Pagoda Hatyai 11am - Chang Puak Camp 🐘🐘 1pm- Shopping at Plaza Hatyai 3pm - shopping Nora Plaza 4pm - shopping Cashew nut etc 5pm - Goodbye Hatyai 6pm - Shopping at Dannok 8pm - go back Malaysia 11pm - Welcome to Penang
Tuntutan Kad Keahlian & TNG
Kepada: AhliJawatanKuasa (Wakil Negeri) & ahli kelab
Berikut adalah nama yang masih belum menuntut KAD KEAHLIAN & TNG (Batch 1, 2 & 3, 2015)
1) 556 - MOHD HAZERI AFFENDY BIN AHMAD (TAM) 2) 652 - MOHD AZLIE BIN JAAFAR (GABAN85) 3) 884 - MOHAMAD SUHAIMI BIN MOHAMAD NOH (AMY_SP) 4) 481 - SAIFUL ASRI BIN SUKERI ( BLACK ASRY) 5) 883 - KHAIRUL NIZAM BIN ROMLI (KHAIRULN) 6) 911 - MOHAMAD AZMAN BIN MOHAMAD NOR (AZMANNOR) 7) 858 - MUHAMMAD HARIS FRANKIE (FRANKIE)
Pembayaran boleh dibuat kepada: Acct Maybank 562852004066 KELAB PROTON MALAYSIA Email: [email protected] Telefon: 06-6017978
- Sila ambil perhatian, sekiranya bayaran telah dibuat SILA LAMPIRKAN BUKTI BAYARAN & hubungi SU. - Sebarang PERTANYAAN, sila hubungi SU ditalian (OFF) 06-6017978 (3-5petang) @ HP 0197860085
Terima Kasih (",)

MALAYSIA METERAI TPPA FEBRUARI 2016
MANILA: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka dimeterai oleh 12 negara anggotanya pada awal Februari depan di New Zealand. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key dalam mesyuarat dua hala dengan beliau di sini. "Semasa mesyuarat kami pagi tadi, Key ada memaklumkan kepada saya ada kemungkinan perjanjian TPPA akan ditandatangani di New Zealand pada awal Februari tahun depan jika yang mana dalam konteks Malaysia, Parlimen memberikan persetujuan untuk kerajaan menandatanganinya," katanya pada sidang media di sini. Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam mesyuarat dengan 12 pemimpin negara anggota TPPA yang diadakan di sisi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) selepas itu, semua menyatakan komitmen untuk berusaha ke arah mendapatkan ratifikasi dan memeterai perjanjian itu supaya ia dapat dilaksanakan dan diraih manfaatnya. "TPPA akan memanfaatkan pengguna dan industri. Semua pemimpin bersetuju bahawa setiap negara anggota akan meraih manfaat daripada perjanjian itu," katanya. Najib berkata, dalam mesyuarat TPP itu beliau menyatakan penghargaan kepada negara anggota TPPA lain yang telah bersedia memberikan fleksibiliti kepada Malaysia dalam isu-isu sensitif termasuk yang berkaitan agenda Bumiputera dan kontrak kerajaan. Dalam soal ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia sebenarnya membuat keputusan yang tepat untuk menyertai perkongsian itu pada peringkat awal iaitu semasa ia masih dalam perundingan berbanding negara yang menyertainya kemudian. "Minat yang ditunjukkan oleh lebih banyak negara untuk menyertai TPPA menunjukkan yang Malaysia melakukan perkara yang betul untuk menyertai rundingan dan menikmati kelebihan sebagai anggota awal," katanya.

KENAPA KERETA PROTON MURAH DI LUAR NEGARA?
SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara. Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah. Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia). Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana. Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?
Harga Proton murah kerana perlu bersaing Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut. Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan. “Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia. “Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali. Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri. Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian. "Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan. “Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya. Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit. "Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut. “Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.

TIPS PENTING KETIKA KERETA DI TENGGELAMI AIR BANJIR
Musim tengkujuh sedang melanda negara kita, sudah pasti kita risau jikalau kereta kesayangan kita dimasuki atau ditenggelami air sebab ianya akan melibatkan kos baiki yang tinggi. Disini admin nak berkongsi sedikit maklumat yang kami dapat dari fb Rahim Auto, ribuan ringgit dapat dijimatkan jika anda ikuti tips ini. Pada pemilik kenderaan yang guna banyak elektronik, anda sangat digalakkan untuk membaca tips ini. Macam mana nak tahu kereta kita ni elektronik atau tak? Agak-agak saya lah, kereta yang berusia dalam 10 tahun. Proton Gen-2, Perodua Viva, Perodua Kelisa, Proton Saga BLM, Perodua Alza, Perodua Myvi. Ini adalah antara jenis kereta yang menggunakan injection atau elektronik dalam bahasa mudahnya. Apa yang perlu dibuat bila terjadi perkara sebegini? 1. JANGAN BUKA PINTU KERETA ANDA - Pastikan anda jangan sesekali buka pintu kereta anda kerana dikhuatiri air akan masuk ke dalam dan akan membuatkan kusyen anda basah dan berbau busuk. Seeloknya biar banjir surut dan sebolehnya biar ianya kering dahulu. 2. JANGAN HIDUPKAN ENJIN KERETA ANDA - Hubungi tow-truck dan minta hantar kereta ke bengkel. Mekanik akan buka computer box dan bateri lepas tu akan tembak angin bagi kering. Kalau pandai, bukak kepala bateri dulu. Kalau tak tahu, biar je. Kalau anda hidupkan juga enjin kereta tu, habislah computer box tu short kalau ada air masuk. Computer box ni macam otak kereta, sebab dia yang control semua. 3. MINTA MEKANIK CHECK MINYAK ENJIN - Kalau terperasan mekanik macam tak check minyak enjin tu, tanya dia dah buat ke belum. Takut-takut minyak tercampur air banjir. Tips tambahan: Minta mekanik check minyak gear box jugak. Kalau kereta tersemput-semput tak mahu pergi atau jerking, itu tandanya petrol dan campur air. Mintak mekanik turun tangki, servis dan buang minyak petrol lama tu. P/S Harap tips diatas membantu anda. :) Jom viralkan post ini.

LALUAN JALAN TUN RAZAK AKAN BERUBAH MULAI 8 NOVEMBER 2015 - DBKL
Perubahan trafik dijangka akan berubah di beberapa laluan di Kuala Lumpur. Antara laluan yang terlibat adalah laluan Jalan Tun Razak dan ia akan dikuatkuasa pada 8 November ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung perubahan beberapa laluan trafik di Jalan Tun Razak mulai 8 November ini, laporan Bernama. Ia bertujuan melaksanakan penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan trafik di jalan itu. Bagi kenderaan dari Jalan Pekeliling Lama hanya dibenarkan susur keluar ke Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak manakala untuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar, mereka perlu menggunakan persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak. Kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Jalan Semarak/Jalan Ampang) pula dikehendaki melalui Bulatan Pahang jika ingin ke Jalan Ipoh.
Manakala kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang) ke Jalan U-Thant dikehendaki memilih laluan di bawah jejambat persimpangan Jalan Semarak/ Jalan Tun Razak melalui persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak. Bagi kenderaan ke arah Cheras dan selatan masih boleh menggunakan laluan sedia ada tetapi tidak boleh membelok ke Jalan U-Thant. Kenderaan dari arah Jalan Ampang (dari Jalan Jelatek) yang memasuki susur kiri ke Jalan Tun Razak (selatan) hanya akan dibenarkan memasuki Jalan U-Thant sahaja.