Muar, Johor, Malaysia

No title available
art blog(derogatory)

tannertan36

Janaina Medeiros

#extradirty
Cosmic Funnies
PUT YOUR BEARD IN MY MOUTH
Three Goblin Art

roma★

祝日 / Permanent Vacation
Xuebing Du
noise dept.

shark vs the universe
Aqua Utopia|海の底で記憶を紡ぐ
🪼
he wasn't even looking at me and he found me
Peter Solarz
DEAR READER
occasionally subtle
h

seen from United States

seen from United States

seen from United States
seen from Sweden

seen from Venezuela

seen from United States

seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from United States

seen from Austria

seen from Azerbaijan
seen from Netherlands

seen from Türkiye

seen from Lithuania
seen from United Kingdom

seen from Sweden
@shafeyqa-blog
Muar, Johor, Malaysia
اللهم لا تُعلق قلبي الضَّعيف بِما ليسَ لِي. Oh God, don’t let my weak heart get attached with what’s not mine
Ameen. آمين (via m7madsmiry)
Cinta itu rahsia hati, jodoh itu rahsia Ilahi.
If something is destined for you, never in a million years will it be for somebody else. Trust Allah!
Dr. Bilal Philips (via nim-ra)
KENALI JENIS-JENIS NAFSU
Nafsu ialah organ rohani manusia yang memiliki pengaruh paling banyak dan paling besar di antara anggota rohani yang lain. Nafsu mengeluarkan arahan kepada anggota jasmani untuk melakukan sesuatu tindakan.
Pembahagian nafsu secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
– 7 peringkat yang ditempuh oleh diri atau nafsu manusia – 10 rupa nafsu yang menggambarkan jiwa atau sifat tercela yang ada pada manusia.
Artikel ini akan menghuraikan secara ringkas 10 rupa nafsu (jiwa/sifat tercela) yang ada dalam diri manusia, yang perlu dijinakkan atau dihapuskan/dihindari.
(1) Nafsu kalbiyah – Sifat anjing – yang kewujudannya antara lain suka memonopoli
(2) Nafsu himariyah – Jiwa keldai – yang pandai memikul namun tidak mengerti sedikit pun apa yang dipikulnya – dengan kata lain, ia tidak memahami masalah
(3) Nafsu sabu’iyah – Jiwa serigala – suka-suka menyakiti atau menganiaya orang lain dengan cara apa pun
(4) Nafsu fa’riyah – Hati tikus – sebangsa merosak, atau semacamnya
(5) Nafsu dzatis-suhumi wa hamati wal-hayati wal-aqrabi -Jiwa binatang penyengat – berupa sebagai ular dan kala jengking – senang menyindir-nyindir orang, menyakiti hati orang, dengki, dendam, dan sepertinya
(6) Nafsu khinziriyah – Sifat babi – suka kepada yang kotor, busuk, hapak, dan yang menjijikkan
(7) Nafsu thusiyah – Nafsu merak – antara lain suka menyombongkan diri, suka beraksi, berlagak, busung dada, dan sebagainya
(8) Nafsu jamaliyah – Nafsu unta – tak punya rasa santun, kasih sayang, tidak bermasyarakat, tidak peduli kesusahan orang lain – yang penting dirinya selamat dan untung
(9) Nafsu dubbiyah – Jiwa beruang – biarpun kuat dan gagah, tapi pendek akal dan dungu
(10) Nafsu qirdiyah – Jiwa beruk – diberi ia mengejek, tidak diberi ia mencebik – sinis dan suka melecehkan/memandang ringan
Sumber: Buku “Kenali 7 Peringkat Nafsu”.
Sabar dengan kekurangan. Syukur dengan kelebihan.
AlFaroqiah (via alfaroqiah)
The life of a traveller is amusing.
I’m single and ignoring people like I’m taken.
(via thisisme-noah)
Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa tangis, bukan membuat kita putus asa, Tetapi cinta itu menguatkan hati, menghidupkan pengharapan
Hayati, Tenggelamnya kapal van der wijck (via tautanhati)
“Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, makin jauh Yusuf darinya, ketika Zulaikha mengejar cinta Allah , Allah datangkan Yusuf kepadanya.” ❤ . “Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu peritnya sebuah pengharapan supanya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain Nya, maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada Nya.”
Riwayat Imam as Syafie
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبرك وسلم
(via suratcintahaura)
Menelefon mak seperti biasa. Bertanya khabar dan sebagainya. Sehinggalah… “Mak…kakak nak bacakan ayat Quran untuk mak boleh?” “Bacalah, mak nak dengar.” Lalu saya bacakan ayat dari surah ‘Abasa, beserta terjemahannya. Bismillah.. Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta bapanya, Dan isterinya serta anak-anaknya Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. (Surah ‘Abasa, 80 : 33-37) Mak diam. Lama. Tarik nafas. “ Mak, andai kata lah, Allah takdirkan kakak yang pergi dulu, mak nangis tak?” “Soalan..kenapa kakak tanya? ” Lembut kedengaran suaranya. “Saja. random” Saya senyum di hujung talian. “Mestilah, kakak anak mak dunia akhirat, sedangkan rasulullah pun nangis ketika Khadijah pergi, inikan pula mak” “Mak.. kalau boleh kakak tak nak mak nangis. Nak nangis boleh. 3 minit setengah saja. Tu pun tak boleh over.” Senyum. “ Sejak bila kakak pandai demand ni?” Masih lembut kedengaran suaranya. “Dah kalau mak nangis memanjang, bila nak doakan kakak kan? Kesian kakak duk dalam kubur tu haa.” Mak diam. Terdengar helaan nafas mak di hujung sana. “ Mak sampai masanya nanti, Allah akan uji kita dengan dasyatnya kiamat . Masa tu, tak akan ada sesiapa yang boleh tolong kita. Melainkan diri kita sendiri. Even kakak pun, tak mampu nak tarik mak dan ayah. Tapi Allah janjikan kita dengan hari kebangkitan, kakak doakan, kakak nak dibangkitkan dengan mak dan ayah.” Dalam diam, saya dengar esakan mak. Sengaja saya biarkan. Sebab saya juga merasa perkara yang sama. “Mak, andai hari ini kita berkeluarga di dunia, apa salahnya kita sambung pertalian ini di syurga. Bolehkan mak?” Terdengar esakan mak semakin kuat. Tapi mak usaha tahan tangisannya. Ya Allah..sayunya. seminit.. dua minit.. tiga minit.. “Kakak, mak pun nak dibangkitkan dengan kakak. Dengan kita semua. Kakak doakan mak ayah boleh? Kakak tolong bawa mak dan ayah, mudah mudahan kita dibangkitkan bersama.” Cecair jernih di pipi dikesat. “Tegur mak kalau mak buat salah. Kakak ada ilmu, kakak lebih tahu.” Sebak berganda -ganda. Pejam mata rapat. Airmata dikesat. “Di mata kakak, mak tak pernah buat salah, kakak ja yang banyak dosa ” “Bawa mak kakak. Mak tak kan pernah putus doa agar dapat stay dengan kakak dan semua sampai Syurga. ” “Insya Allah, kita sama sama baiki diri, mak. Innahu kaana tawwaba..“ Senyum sambil seka air mata. ******** So taking a step back, it’s quite obvious how beautiful Allah planned our lives isn’t it? For every step of the way, He has never really left us alone, there will always be someone who would be with us. “Sama sama aim syurga. Shall we?” Which is to put our best effort forward; in anything that we do. And the truth is, the only thing that we can measure relatively is just our efforts. And the rest? it is for Him to decide, all the endpoints are in His Hands. All the stories of how our life will proceed are all in His Plans. Trust Him, I think that’s what He wanted most from us. Insya Allah. To the One watching us from above, Permudahkan urusan kami, ya Allah. aameen Yaa Rabbi Subhanallah :’)
-Pondok Bicara Al akhwat- (via maisaghah)
Dalam lingkungan umur 18-22 memang hati, diri kita klimaks nak cari pasangan. nak nikah, nak nikah muda kononnya, nak elak maksiat, nak menjaga, ada target kononnya. . berhati² dengan hati kita. fitrah kita rasa semua tu. semua akan alami, terlebih² lagi seorang muslimat. asyik nak fikir soal kahwin. sampai terlupa pasal ajal. pasal seorang muslimat yang akan jadi “Madrasah Tarbiyyah”. . macam mana nak nikah? baca pun tak pandai nak tarbiyyah untuk jadi tabah. kita ni nanti madrasah untuk anak². kita yang akan tarbiyyah anak². kalau kita pun tak kuat nak cari ilmu, nak tahu pasal agama, agak² yang lahir dari rahim kita nanti akan jadi pejuang agama? akan jadi mujahid mujahidin Islam? . tak salah nak fikir soal jodoh, nak minta pada Allah jodoh kita yang baik-baik tapi ustaz ada cakap, “jodoh kita adalah cerminan dari diri kita jadi antumna tahu diri antumna macam mana?” . ilmu pun tak sampai sebesar zarah. bangun qiam pun kadang² alarm yang kejutkan. walaupun dah dikejutkan, tu pun belum tentu akan bangun. dhuha pun kalau sempat baru buat. nak baca al-Quran pun malas. lepas tu, asyik fikir soal kahwin. . terlalu mencari pencinta sampai lupa pencipta. diakhir doa solat, selalu sebut pasal jodoh. . bila Allah hantar betul-betul. terus setiap masa ingat kan “jodoh”. masa makan. masa belajar. sampaikan waktu solat pun asyik terbayang. nak baca al-Quran pun dah tak khusyuk macam sebelum ni. . Allah. cepat sungguh lupa pencipta. bila dah pandai kenal pencinta. kononnya, bakal Imam. tak sedar diri ni tak lama lagi akan jadi jenazah. . betullah kata seorang murabbi ni, “malapetaka besar itu datangnya dari percintaan.” . niat sebenar sedikit sebanyak dah lari dari landasan. kejar balik. cari balik. kadang, bila dah niat lari. automatik Allah tarik balik apa yang kita dapat sebelum ni. . jodoh. jangan hadir disaat sedang mencari cinta Ilahi. kerana hati ni lemah. iman ini goyah. diri ini terkadang lemah. . cinta? hati? simpan untuk yang layak memiliki. biarlah untuk Ilahi. jika kerana dia, menjadi lalai dari menyintai Ilahi. berusahalah untuk menjadi bidadari syurga, serikandi Islam dan madrasah tarbiyyah. in sha Allah. Muhasabah diri kejap 😢
Solehah Soberi (via wardhatuljannah)
Semenjak akhir akhir ini– Terlalu banyak post berkaitan satu tajuk yang cukup membahagiakan; Iaitu perkahwinan.
Saya tujukan khas nasihat ini pada golongan hawa di luar sana–
Hawa– Jika satu hari hatimu tertawan, Biarlah jatuhnya hati itu pada insan yang benar membawa engkau dalam keredhaan Tuhan. Kerna dia yang akan menyuluh jalan– Memimpin engkau dengan kesabaran dan keimanan.
Hawa– Terlalu lama kita impi indah sebuah percintaan bukan? Jika engkau yakin dia orangnya, Percepatkanlah pernikahan. Kerna Tuhan itu cinta pada sesuatu ibadah yang dipermudahkan.
Hawa– Jika engkau hanya mencongak mimpi dalam angan tanpa niat sungguh untuk pernikahan; Bawa hatimu jauh dari yang namanya adam. Kerna yang kau sakiti dan yang kau usik itu adalah sekeping hatimu– Yang tak mampu menahan kuatnya sebuah godaan.
Pesan saya– Jika anda telah bersedia– Pilihkah bakal yang soleh untuk Tuhan. Bukan kerana yang tidak soleh itu terlalu jauh dari Tuhan– Tetapi kerna yang soleh ini yang insya-Allah mampu mendekatkan kita dengan yang namanya syurga– Hadiah teragung dari Tuhan. Atas nilai sebuah ketaatan dalam keimanan.
antara tempat yang boleh buat kita sedar diri. dan banyak bersyukur, adalah hospital. kenapa? sebab kat hospital, banyak sangat orang yang sakit. sebab kat hospital, banyak orang yang diuji, tapi mulut dan hatinya tak banyak mengeluh macam kita. sebab kat hospital, kita boleh tengok, ramai orang yang Tuhan uji dengan perkara yang kita tak kena dan kita tak rasa. ada mak, first baby, lepas a few years of marriage, the baby passed away. ada orang tua, yang sakit, makan apa tak lalu, anak-anak tak ada disisi. ada suami yang sabar menjaga isteri yang sakit, tambah dengan anak-anak. ada isteri yang tabah, bawa suami pergi dialisis setiap minggu, dari anak kecil baya adik kita, sampai dah dewasa. ada baby, kena cucuk setiap beberapa jam. sakitnya, kita tak rasa. ada budak-budak, dan ada yang all their siblings pun, setiap minggu kena transfuse darah, alhamdulillah, kita ni, deman kadang-kadang. tak bergantung pada ubat, tak bergantung pada mesin hayat, tak bergantung pada pemindahan darah. alhamdulillah. mereka sakit. mereka diuji, dan berkat kesabaran, mereka akan beroleh dua perkara, nikmat syukur, dan pahala sabar. kita sihat. kita juga sedang diuji, semoga kita tak lupa bersyukur, dan mendoakan mereka yang sakit.
(via tersenyum-melihat-langit)
❤ Menyempurnakan Separuh Agama ❤
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 625) . Al Ghozali rahimahullah (sebagaimana dinukil dalam kitab Mirqotul Mafatih) berkata, “Umumnya yang merusak agama seseorang ada dua hal yaitu kemaluan dan perutnya. Menikah berarti telah menjaga diri dari salah satunya. Dengan nikah berarti seseorang membentengi diri dari godaan syaithon, membentengi diri dari syahwat (yang menggejolak) dan lebih menundukkan pandangan.” . Beberapa manfaat menikah antara lain: (1) Menikah akan membuat seseorang lebih merasakan ketenangan 🌷“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” (QS. Ar-Ruum:21) . (2) Jangan khawatir, Allah yang akan mencukupkan rizki 🌷Renungkanlah ayat berikut ini, “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nuur: 32) . (3) Orang yang menikah berarti menjalankan sunnah para Rasul 🌷Allah Ta’ala berfirman, “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka istri-istri dan keturunan.” (QS. Ar Ra’du: 38) . (4) Menikah lebih akan menjaga kemaluan dan menundukkan pandangan 🌷Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai para pemuda, barangsiapa yang memiliki kemampuan maka menikahlah. Karena itu lebih akan menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, maka berpuasalah karena puasa itu bagai obat pengekang baginya.” (HR. Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400) . “Dari pada merayakan Valentine, lebih baik segera merayakan . Kontribusi oleh @initial_k.art