Jom buat zine.... Beritahu kami kenangan kalian di tahun 2015 dan apa pula harapan anda 2016?
Mike Driver

izzy's playlists!
Xuebing Du
PUT YOUR BEARD IN MY MOUTH

Origami Around

Kiana Khansmith
🪼
Peter Solarz

Andulka
sheepfilms

#extradirty
Monterey Bay Aquarium
tumblr dot com
Sweet Seals For You, Always
TVSTRANGERTHINGS
styofa doing anything
todays bird
YOU ARE THE REASON
he wasn't even looking at me and he found me

if i look back, i am lost

seen from Türkiye
seen from Qatar

seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from Chile

seen from Saudi Arabia

seen from Latvia
seen from Brazil

seen from United States
seen from Egypt
@sijasad
Jom buat zine.... Beritahu kami kenangan kalian di tahun 2015 dan apa pula harapan anda 2016?
Tersimpan Dalam
Tersimpan Dalam Jasad Bersiong Semalam kita bersua lagi, di satu keramaian kecil. Meriah. Aku sekadar memandang kamu dari jauh. Segak. Senyuman yang menampakkan baris gigi kecil sekali lagi memanah jantungku. Menggoda. Sesekali kita bertegur. Pantas jantung berdegup saat suaramu dilantungkan ke telinga. Semua yang kau ucap manis-manis belaka. Bermadu. Semua tentang kamu, wahai pilihanku molek belaka. Cukup rasa, Cukup perisa, Sempurna. Cuma, aku saja yang tempang bila kita seiring. Pasrah. Segala rasa yang ada ini, aku simpan dalam. Diam. Pendam. "Bukan semua yang kita mahu mampu kita dapatkan" 25/10/15 Kuala Lumpur.
KERDIPKAN SAJA MATAMU , SITI
Siti, pertemuan kita kali ini bukan pertemuan biasa. Pertemuan ini mungkin permulaan hidup baru atau juga mungkin pengakhiran sebuah perhubungan. Hampir seratus hari aku, menelaah, gerak tubuhmu; aku gagal. Mengkaji, cahaya matamu; aku gagal. Membaca tonasi suaramu; aku gagal. Kegagalan ini bikin aku gusar, mencari jawapan sendiri. Tapi hari ini, aku mahukan kepastian, Siti! Jawablah soalanku Siti, dengan penuh telus tanpa paksaan dan... jika kamu malu maka jawablah dengan kerdipan matamu. Siti, apa kamu sudi menyerahkan kasih dan sayangmu kepada aku? Jika kamu sudi kerdiplah sekali. Siti, kamu mahu aku berada disisimu selagi aku mampu? Jika mahu, kerdiplah dua kali. Siti, mahukah namamu yang aku sebut sewaktu ijab dan kabul nanti? Jika mahu, kerdiplah tiga kali. Siti, percayakah kamu pada aku. Aku yang bakal memberikan cahaya mata serta menjadi imam kepada mereka? Jika benar kamu percaya maka kerdipkan mata kamu empat kali wahai Siti. Sayangku Siti, sesungguhnya aku telah jatuh hati, seluruh jiwa dan ragaku mahukan kamu. Apa kamu mahu aku, Siti? Seperti mana akukan kamu? Jawablah Siti, dengan lima kali kerdipan matamu. Siti, kamu boleh membisu tanpa kata dan boleh juga membatu kaku tetapi bicaralah dengan lenggokkan matamu. Agar jiwa aku tidak terseksa. Derita. Jawablah Siti, Jawablah dengan kerdipan matamu.
"Kalau dah pipit tu mengaku pipit Jangan mimpi terbang sebelah helang Kalau tuan kebolehannya sikit Jangan acah-acah kita tak pandang Kitalah yang terbaik dari ladang Kitalah yang terbaik dari ladang Yang terbaik dari ladang sudah datang-datang Sedap bukan main bukan calang-calang" Yang Terbaik Dari Ladang - Ariz ft Malique & Liyana Jasmay-
Jemput kongsi juadah raya kalian bersama @bukujalanantiti , berhari raya sambil diri up angin petang. Hari : Ahad (9/8/15) Tempat : Taman Tasik Titiwangsa
"Sepertimana susahnya kamu memahami orang lain begitu juga susahnya orang lain itu memahami kamu. Jadi, sabarlah. ."
Buku Aku dan Aku Ini Binatang Jalang. Nak beli tak? Haaa
Beria nau ketawa. Dasar mudah terhibur, padahal aku auta je tu. #TheKechiksBeraya
Hidup ini bukan selalunya indah, ada masanya sesuatu akan menimpa hingga aku tak upaya untuk bangun tapi ingatlah itu tanda kasih DIA pada kamu. Moga yang baik-baik saja akan setia mendampingi kamu. Atas dasar cinta kamu lahir, dengan cinta juga kamu merimbun jadi manusia berguna.
Saya sijasadbersiong sekeluarga ingin memgucapkan "selamat hari raya, maaf zahir batin."😆😆😆😆😆 Hahahahahahaha.... ***bila entah jasad kawin****
Orang sibuk beraya, gua sibuk tido.... Selamat hari raya.
Ada masanya aku jadi tikus membaiki labu. Hahahahaha...
Jemput jamah hidangan anak muda.. Zine Enigma Jika Saya Kepala Negara.pdf - https://drive.google.com/file/d/0B6mKkBS9ulxOZF9pVGtKRDN2ejg/edit?usp=docslist_api Terbitan Pustaka Kolektif
Jadi aku ini harus bagaimana?
Jasad dapat duit raya..... 😆😆😆😆😆😆 Terima kasih Wan 💓💜💖💟💞💝💘💗
Berganti Hati - Anggun Satu persatu telah kuhapus Cerita lalu di antara engkau dan aku Dua hati ini pernah percaya Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga Ku tak ingin lagi Menunggu, menanti Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati Ku tak ingin coba Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa) Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara Aku ingin pergi Dan berganti hati Satu persatu telah kuhapus Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu Rasa yang dulu pernah ada Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda Kini ku sadari diri ini Ingin berganti hati Cinta yang tlah pergi Harus berganti hati Harus ku ganti hatiku kini Ini harus ku ganti Tak perlu ini lagi harus berganti… ---------------------------------- Kita tahu masa lampau itu akan terus mengejar tapi itu bukan alasan untuk kita mengabaikan masa hadapan. Usah terlalu lama terikat dengan kenangan lalu, biarkan saja di situ.
Kisah Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan. Beliau sangat suka memakai pakaian yang bagus-bagus dan suka berjalan disekitar kota Basrah. Pada suatu hari, sedang berjalan-jalan dia melihat seorang wanita berpurdah. Mata wanita itu sangat cantik dan menarik perhatiannya. Lalu dia mengikuti gadis itu dari belakang. Wanita itu yang baru menyedari diikuti lalu menoleh ke belakang lalu berkata, “Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?” “Kepada siapa aku harus malu?” Tanya Hasan Basri kembali. “Malulah kepada Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui mata yang berkhianat dan mengetahui apa sahaja yang ada dalam hati” jawab wanita cantik itu. Hasan Basri semakin tertarik kepada wanita tersebut dan timbullah rasa cinta dalam hatinya serta tidak dapat menahan nafsu. Lalu dia terus sahaja mengikuti wanita tersebut berjalan. Melihat dia terus diekori, wanita itu berkata lagi, “Mengapa kamu terus mengikutiku?” Hasan Basri berkata,”Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu.” Mendengar jawapan itu wanita ini berkata, “Baiklah, kerana kamu menyukai mataku ini,tunggu sebentar disini. Aku akan beri apa yang kamu inginkan”. Kemudian dia berlalu pergi. Hasan Basri sangat gembira dan menunggu-nunggu kedatangan wanita tersebut. Tidak lama kemudian, datanglah seorang pembantu menghampiri Hasan Basri dan menyerahkan sebuah kotak yang tertutup rapat. Lalu hasan Basri membuka kotak tersebut. Betapa kagetnye Hasan Basri melihat isi kotak tersebut ternyata sepasang biji mata! “Tuan putriku berkata dia tidak memerlukan mata yang meyebabkan terpesonanya seseorang seperti tuan”, kata pembantu itu. Gementarlah seluruh tubuh Hasan basri dan berdiri bulu romanya saat mendengar kata-kata pembantu itu, lalu iapun memegang jantungnya sendiri dan berbisik, “Celaka betul kamu ini, sudah berjanggut tapi tak punya rasa malu!” Setelah menyedari kesalahannya itu, maka dia pulang ke rumah dan menangis semalaman kerana menyesali segala perbuatannya itu. Keesokan hari Hasan Basri pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf. Tetapi ketika sampai dia mendengar suara wanita-wanita menangis, dan bertanya apa yang terjadi. Dan diberitahu bahawa ada yang meninggal kerana mencongkel kedua matanya. Hasan Basri kembali ke rumah dan menangis selama 3 hari 3 malam dan menyesali segala perbuatan dan kelemahan imannya. Dia bertaubat kepada Allah untuk tidak lagi menjadi lelaki yang tidak sopan. Pada malam yang ke-3, Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut, dan melihat wanita itu telah berada di syurga. Lalu Hasan Basri berkata,”wahai wanita solehah, maafkan kesalahanku terhadapmu” Wanita itu menjawab,”sebetulnya aku telah memaafkan kamu sejak dulu dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah s.w.t disebabkan kamu.” Setelah Hasan Basri mendengar pengakuan dari wanita itu, dia memohon nasihat yang baik. “Dengarlah nasihatku ini; Apabila kamu sendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah s.w.t setiap pagi dan petang, mohon ampun dan bertaubatlah kepadanya. Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala nasihat wanita itu, sehingga dia mashur dengan ketaqwaannya dan ketaatannya kepada Allah serta mendapat darjat yang mulia di sisi Allah serta menjadi wali kekasih Allah. Jasad harap kisah di atas mampu membetulkan semula niat perempuan untuk memakai purdah. Memakai purdah bukan alasan untuk kerap selfie tetapi berpurdah kerana Allah dan menjaga aurat. Renung-renungkanlah dan selamat beramal. @sijasad