Burulah Lailatul Qadar, banyak benda dah Allah tasamuh(bagi muka) kepada umat Nabi Muhammad kita ni.
Keluhan kita terhadap umat-umat terdahulu direzkikan umur panjang dalam beribadah berbanding umur umat akhir zaman seperti kita yang pendek sudah Allah gantikan bahkan lebih dengan malam dinamakan Lailatul Qadar.
Allah sudah janjikan keistimewaan pada malam tersebut dan beruntunglah sesiapa yang merebut dan mendapatkannya. Hanya satu malam sahaja daripada malam-malam sepanjang bulan Ramadhan.
Allah tak suruh pulun sepanjang malam dalam bulan tu pun, Allah bagi sepuluh malam terakhir saja. Itupun bagi ringan lagi dengan malam ganjil daripada sepuluh malam tersebut. Takkan kita tak mahu rebut lagi?
Satu malam bersamaan hampir 1000bulan atau 80tahun. Mana lagi kita nk dapat? Amalan2 yang ada selama ini pun tidaklah sesempurna mana. Maka sekurang kurangnya kita tampung segala kekurangan kita dalam ibadah selama ini dengan malam ini.
Moga Allah mengampuni segala kekhilafan kita dimuka bumi ini.
- albynadak | 29 Ramadhan 1441H