New Post has been published on
New Post has been published on http://malaysianreview.com/124285/pencarum-dibenar-guna-wang-kwsp-beli-saham-asb2-kata-najib/
Pencarum dibenar guna wang KWSP beli saham ASB2, kata Najib
Datuk Seri Najib Razak ditemani timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) ketika melangkah masuk bangunan Parlimen hari ini membentangkan laporan Rancangan Malaysia ke-11. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibenar menggunakan Akaun 1 bagi melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pagi ini.
Langkah tersebut diambil bagi memastikan sasaran mencapai 30% ekuiti Bumiputera dapat dicapai menjelang 2020, kata Najib.
“Satu akaun KWSP untuk tujuan pelaburan akan dilancarkan,” kata Najib semasa membentangkan RMK11 di Dewan Rakyat.
Pelaburan tersebut membolehkan pencarum membeli unit ASB2 bagi memberikan pelaburan jangka masa panjang berisiko rendah.
“Pemilikan ekuiti individu Bumiputera akan ditingkatkan dengan membenarkan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk pembelian unit ASB2 bagi memberikan pulangan jangka masa panjang berisiko rendah.
“Mekanisme pembiayaan baharu seperti dana pelaburan wakaf dan ekuiti persendirian untuk pelaburan akan diwujudkan melalui dana awam untuk melabur dalam syarikat berpotensi tinggi dan menguntungkan,” kata laporan RMK11 yang dibentang hari ini. – TMI
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank var _wau = _wau || []; _wau.push(["colored", "wtnvorzb9sv3", "nnk", "009cba000000"]); (function() var s=document.createElement("script"); s.async=true; s.src="http://widgets.amung.us/colored.js"; document.getElementsByTagName("head")[0].appendChild(s); )(); User Online














