“𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯, 𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙝𝙚𝙣𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙚𝙢𝙥𝙪𝙩 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙧𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙜𝙚𝙧𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖?” Entah mengapa, malam ini saya tiba-tiba terkenang akan soalan yang pernah diajukan oleh teman baik saya, Saudara @mohdafiqfaiz kepada Tuan Guru Zulkifli Ismail ḥafiẓahuLlāh ta‘ālā pada tahun 2019 dahulu. Pertanyaan itu dikemukakan semasa pertemuan khas antara sahabat pimpinan @gamisofficial 2019 bersama Tuan Guru di Pusat Konvensyen Bangi (BCC) usai atur cara ‘Wacana Islam Memimpin’ anjuran @pami_my. Asalnya, persoalan itu dilontarkan memandangkan keadaan kami pada ketika itu ialah sedang memegang tampuk kepimpinan persatuan mahasiswa peringkat nasional. Namun, setelah berlalu zaman alma mater, saya kira dalam konteks sebagai seorang yang berkhidmat dalam dunia kerjaya pun, nasihat Tuan Guru itu adalah masih tetap, kekal, dan sangat-sangat relevan. Dahulu, kita bergerak kerja dalam mana-mana persatuan sebagai seorang pelajar. Kini, kita berkecimpung dalam sesebuah syarikat sebagai seorang pekerja pula. Persamaannya tetap serupa, iaitu kita “bekerja” dan semestinya ada perkara yang melibatkan “urusan sesama manusia”. Mana mungkin orang bergerak kerja hanya bisa secara solo, betul? Jadi, sudah pasti dalam pekerjaan itu, akan wujud fasa-fasa yang sungguh memenatkan, di samping memerlukan pengorbanan yang besar amat dari segenap sudut. Pengorbanan masa, tenaga, buah fikiran, bahkan kewangan. Belum dicampur lagi dengan segala macam fitnah, risiko, dan kemungkinan yang mampu mengancam benteng iman dan jiwa saat dalam perjalanan. Lelah, beb. Maka, inilah pesan kasih sayang yang dititipkan oleh Tuan Guru buat bekalan kita semua [rujuk gambar untuk penerangan lanjut]: 1️⃣ 𝗡𝗶𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 2️⃣ 𝗠𝗲𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗮𝗵 3️⃣ 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿 *** Mudah-mudahan, setiap pekerjaan kita bukan hanya mengejar petunjuk prestasi utama (KPI) dan wawasan duniawi semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah berhasil memperoleh keberkatan, mengundang rahmat, dan menerima pengampunan daripada-Nya. ALlāhumma āmīn. 😭🤲 #DariKantorEditor https://www.instagram.com/p/Ce_TY5vPIi2/?igshid=NGJjMDIxMWI=















