Hari ni hari pertama puasa. Sejujurnya, ia tak seperti yang aku bayangkan. Mula-mula, aku tak sempat nak bersahur, baru masuk tengahari dah lembek lenyo satu badan. Tambah pulak batuk dan kahak ni tak pernah menunjukkan tanda-tanda nak berambus... 😢 jadi puasa harini tersangat lah penat. Sampai muntah pun ada sebab batuk. Keadaan lagi tambah kacau bila harini aku kena masuk kerja jam tiga. Cadang nak ponteng (astaghfirullah) tapi rasa bersalah pada staff lain. Sampai pada satu saat tu... jeng jeng jeng..nak buka puasa, dah tak tahan sangat, perit rasa tekak, NAK MINUM AIRRR! TETAPI! Aku cepat-cepat istighfar dan kawal diri. Tutup mata, cakap pada diri, ini semua ujian ALLAH untuk bagi aku belajar erti sabar yang sebenarnya. Dalam pada aku tengah duduk mengelamun dan cuba mencari udara untuk disedut, dalam pada tangan terketar-ketar menahan penat, aku fikir. ALLAH sayangkan aku. Kenapa dalam keadaan aku berpuasa, sakitnya tuh masih di sini? Kenapa dalam keadaan aku berpuasa, ALLAH tetap bagi aku batuk? Mungkin aku betul dan mungkin juga aku salah, tetapi, aku yakin. Aku adalah antara hambaNYA yang memperoleh dua pahala di bulan puasa ni. Satu, pahala puasa sudah semestinya; dua, pahala sabar, sabar dalam menjalani ibadah puasa dan menjalani sakit/nikmat yang ALLAH bagi. Kesimpulannya, bukan sahaja aku, tetapi buat semua umat ISLAM, walau apa pun yang ALLAH beri, baik yang berbentuk ujian ataupun nikmat, kuncinya adalah sabar. Sebab kita tak tahu, dalam sabarnya kita menjalani hidup, mungkin di situ akan turunnya rahmat ALLAH dekat kita. Sebagai contoh, cepat dapat jodoh mungkin? Wallahu'alam. P/s : Ini merupakan penulisan yang ironi. Kerana Atikah Rostam bukanlah seorang yang penyabar. 😁 P/s 2 : Alhamdulillah semasa penulisan ini sedang ditaip, batuk pun beransur hilang. Syukran.