6 FORMULA COPYWRITING YANG WAJIB USAHAWAN TAHU Copywriting dalam perniagaan online bermaksud perkataan atau ayat yang anda gunakan dalam mana-mana medium pengiklanan bertujuan untuk memberitahu anda menjual produk dan buat mereka bertindak untuk mendapatkannya. Elemen copywriting yang beremosi dan mampu menarik perhatian prospek amatlah penting untuk anda pelajari. Anda perlu faham, copywriting yang bagus akan menyelamatkan duit anda ketika melakukan iklan terutama di Facebook dan Instagram. Ini kerana prospek akan berhenti dan fokus membaca ayat anda jika copywriting anda menarik. Mereka akan membaca sampai habis tentang iklan anda, dan akhirnya mereka bertukar menjadi pelanggan setelah membuat keputusan membeli produk anda. Ramai usahawan gagal disebabkan langkah pertama dalam pemasaran iaitu gagal menguasai copywriting. Untuk mendapatkan copywriting terbaik, 6 formula ini anda perlu tekankan di dalam penulisan ayat iklan anda nanti. Formula 1 : Emosi Pemasaran terbaik adalah bila anda memahami emosi prospek anda. Cari apa yang dapat menyentuh emosi mereka dan buatkan mereka percaya kepada produk anda. Manusia membeli sesuatu atas faktor emosi, bukan semata-mata kerana logik, fakta dan ciri-ciri produk sahaja. Contohnya.... Baca selanjutnya di www.zakuanmohamad.com #zakuanmohamad #rkbmacademy #zealrichacademy #orkidve #marketing #integratedmarketing #integratedonlinemarketing #iomp #pemasaran #eshop #ecommerce #edagang #onlineshop #copywriting












