Perumpamaan ‘ḥammāsah’ (semangat) dan ‘himmah’ (keinginan) yang ada dalam diri pemuda ini; andai diseru untuk mendaki gunung, bukan setakat gunung didaki, malah dengan gunung itu sekali ditarah dan diratakan. Walau bagaimanapun, biarlah semangat dan keinginan ini disalurkan kepada jalan dan kaedah yang betul, yakni didasari dengan ilmu, iman, dan hikmah; bukan kemahuan dan kehendak yang berasaskan nafsu dan gejolak darah muda semata-mata. Gunung itu jika rakus sekali mahu ditarah, maka silap hari bulan, bersiap sedialah untuk menerima tempias tanah runtuh atau air bah! 📸: @wafiy_rodzi #KitaMuda #MasaKita #HariKebangsaan #HariMalaysia https://www.instagram.com/p/CFL4KjrnbkK/?igshid=1mgzu2u8tgwlx












