New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/24/konkrit-cair-terminal-lrt-runtuh-tiga-tertimbus/
Konkrit cair terminal LRT runtuh, tiga tertimbus
KUALA LUMPUR, 24 Disember:
Tiga mangsa dipercayai tertimbus akibat runtuhan konkrit cair bagi binaan lantai terminal Transit Aliran Ringan (LRT) di Putra Height petang tadi.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.29 petang Rabu.
Jentera serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Shah Alam dan Puchong segera dikerah ke lokasi kejadian.
“Kejadian melibatkan runtuhan konkrit cair bagi binaan lantai depoh LRT berkeluasan anggaran 30’x30′ (90 kaki kaki persegi)
“Kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya.
Setakat ini semua mangsa belum ditemui.
Sebelum itu khabar yang disebar di laman sosial menyatakan runtuhan itu berlaku di tapak projek sistem Transit Aliran Massa (MRT).
Bagaimanapun pihak MRT Corporation sudah mengeluarkan kenyataan menafikan ia berlaku di tapak projeknya.