Sunset Cruise ni korang kena cuba sebab memang best sangat! Naik cruise mengelilingi Lexis Hibiscus sambil tengok sunset, fuh syahdu betul view dia. Cruise ni akan bergerak slow sahaja so jangan risau kalau awak jenis mabuk laut pun. Memang slow untuk korang enjoy experience kat atas ni baik-baik. . Cruise ni bergerak dari jam 6 petang sampai 7:30 malam. Harga untuk dewasa RM88 dan kanak-kanak RM55 sahaja. Apa je aktiviti boleh buat kat atas ni? Banyak tau. . Masuk je dalam ni, korang boleh lepak bawah atau naik tingkat atas. Kat atas ada beanbag dan sofa panjang untuk chill dan bergambar segala berlatar-belakangkan sunset. . Di bawah pula ada set Karaoke which is korang boleh menyanyi free aje kat tengah laut ni sambil lepak minum dan layan Kek Pisang yang disediakan percuma. Makanlah banyak mana pun. Tapi kalau nak layan set Satay kena bayarlah sepinggan RM10. Best gila satay dia. . Kalau nak berendam, pakai baju mandi siap-siap sebab ada net disediakan untuk korang terjun ke landing dalam laut. Ini #ohmedia tak sempat nak cuba sebab masing-masing pakai baju macam nak candle light dinner bukan baju mandi. Haha. . Nak bergambar, tarikan utama ada satu deck ala-ala Titanic. So boleh la ambil gambar U jump I jump tu semua. Haha! Dengan sunset kat belakang memang epic gambar yang terhasil. . Cruise ni memang sesuai la untuk couple. Kalau single dan kawan pun tak ada, jangan la naik sorang nanti meleleh pulak air mata kat atas ni. Huhu. . #LexisHibiscusPD #VisitMalaysia2020 #OhmediaHotel #CruiseAtLexisHibiscus (at Lexis Hibiscus Port Dickson) https://www.instagram.com/p/B9gKsT_lola/?igshid=1hrdnv2uqjcc5












