#happybirthday Saja belek balik #novelmesej Mungkin sedang mencari mood untuk menulis. Terbuka bab ketika Aria dan Jason berjanji ingin bertemu di KLIA. Baca sehingga pada muka surat ini. Air mata berlinang juga! Hehehe. Ya mungkin kerana watak-watak dalam cerita ini masih segar dalam ingatanan saya. Setiap scene, seakan tayangan filem/drama. Semua jelas. Saya tak kata atau memuji novel sendiri menarik. Cuma saya nak bagitahu, ketika menulis novel ini, saya betul-betul tenggelam dalam kisah mereka. Mereka seolah-olah hidup di depan saya. Proses brainstorming yang sangat mencabar. Dua tahun diperlukan untuk saya terjemahkan apa yg ada dalam kepala dalam bentuk manuskrip. Alhamdulillah. Ilham pinjaman dari Allah yang sangat saya syukuri. Kerana pengembaraan melakar kisah Aria-Jason-Nik sangat menyeronokkan. Mungkin kerana sudah lama pendam perasaan ingin buat kisah Time-travel. Akhirnya berjaya lakarkan, dan Alhamdulillah, pembaca kita mula dapat menerima kisah sebegini takpa sebarang skeptikal. Terima kasih Allah. Terima kasih pembaca. Nota : Bulan Dec adalah ulang tahun novel Mesej. Dua tahun ambil masa utk dibukukan. Sekarang sudah dua tahun di pasaran. Semoga #mesej terus hidup dan menjadi bahan bacaan my future readers. Saya sedang menanti anda dengan sabar. Xoxo😍 #novelmelayu #novelmesejbyannalee #novelprologmedia












