Apabila kita di KRITIK, Maka hampirilah si PENGKRITIK, Kerana kita CERDIK, Dan dia pula punyai akal yang CETEK. #kritik #pengkritik #cerdik #cetek
seen from United States

seen from Netherlands

seen from United States

seen from United States

seen from United States

seen from United States
seen from China

seen from France

seen from United States

seen from Brazil
seen from United States
seen from Philippines
seen from Philippines

seen from United States

seen from United States
seen from China

seen from United States

seen from United States

seen from United States
seen from China
Apabila kita di KRITIK, Maka hampirilah si PENGKRITIK, Kerana kita CERDIK, Dan dia pula punyai akal yang CETEK. #kritik #pengkritik #cerdik #cetek
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/02/15/robert-alberts-bidas-pengkritik/
Robert Alberts bidas pengkritik
KUCHING, 15 Februari :
Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts membela empat pemain import pasukan itu daripada serangan pengkritik dan berkata beliau gembira serta berpuas hati dengan prestasi mereka dalam dua perlawanan Liga Super musim ini.
Sarawak seri 3-3 dengan Felda United dalam perlawanan pembukaan dan mengalahkan Terengganu 3-1 di Stadium Negeri malam tadi.
Alberts berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik beliau sebagai berkata empat pemain import pasukan itu tidak mencapai prestasi yang diharapkan.
“Saya tidak pernah bercakap dengan pemberita yang menulis berita itu,” katanya dan menjelaskan bahawa beliau telah menulis kepada pihak pengurusan akhbar itu untuk mengadu tentang tindakan tidak profesional pemberita berkenaan.
Jurulatih kelahiran Belanda ini berkata pemain import dalam pasukan Sarawak mempamerkan kerjasama berpasukan yang baik dengan pemain tempatan seperti yang terbukti dalam dua perlawanan tersebut.
Sementara itu, mengulas tentang kenyataan buruk yang dilemparkan terhadapnya, penyerang dari Australia Ryan Griffiths berkata ia (kritikan itu) sesuatu yang tidak sedap untuk dibaca dan kenyataan itu tidak benar serta tidak berlaku adil kepada mereka dan Alberts.
“Tapi, sebagai pemain profesional, kami sudah biasa dengan perkara begini. Apabila kami sudah puas berusaha, tetapi masih tidak dapat menjaringkan gol, penyokong perlu memahaminya,” kata kapten pasukan Sarawak itu.
Walaupun mengaku pasukan Sarawak musim ini tidak sekuat pasukan pada tahun lepas, tetapi Alberts berkata beliau gembira kerana semangat berpasukan dan keharmonian dalam kalangan anak buahnya berada pada tahap paling tinggi.
“Kami bermain dengan baik pada 15 minit pertama serta memanfaatkan peluang yang ada untuk menjaringkan dua gol awal dan kemenangan yang dicapai di hadapan penyokong kami, sangat bermakna kerana kami dapat memenuhi harapan (untuk menang),” katanya selepas perlawanan malam tadi.
“Kami mara dan mengatur serangan serta memperoleh dua gol cantik. Kami bermula dengan baik pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua,” katanya.
Menuurt Alberts, Terengganu mempamerkan permainan lebih baik dan menguasai perlawanan pada separuh masa kedua, tetapi tidak memanfaatkan beberapa peluang yang cukup baik untuk mendapatkan gol.
Billy Mehmet menjaringkan gol pertama pada minit ketiga, manakala bekas penyerang kebangsaan Ashri Chuchu mendapatkan gol kedua pada minit kelima.
Terengganu merapatkan jurang jaringan pada minit ke-14 melalui Paulo Rangel, sebelum Joseph Kalang Tie menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-39 untuk menjadikan kedudukan 3-1.
“Kami memanfaatkan peluang yang hadir pada awal perlawanan dan inilah yang membolehkan kami mengalahkan Terengganu, manakala satu sebab lagi ialah pasukan kami terus berjuang dan berganding bahu, walaupun dua pemain kami – penjaga gol Mohd Iqbal Suhimi dan Mohd Shahrol Saperi – mengalami kecederaan,” katanya.
Alberts, bagaimanapun tidak berpuas hati dengan keadaan padang di Stadium Negeri, yang disifatkannya sebagai “teruk”.
Beliau berpendapat ia tiada kena mengena dengan cuaca buruk, cuma pekerja stadium tidak menjaganya dengan baik.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/08/01/saya-tidak-tertekan-mahupun-panik/
Saya tidak tertekan mahupun panik
GLASGOW, 1 OGOS:
Jurulatih skuad hoki kebangsaan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak tertekan mahupun panik biarpun dikecam hebat berikutan prestasi hambar pada aksi Sukan Komanwel kali ini.
Di sebalik kekalahan itu, Dhaarma Raj menggesa pengkritik supaya mengkaji kalender skuad hoki negara yang padat bermula Disember tahun lepas.
Katanya skuad kebangsaan perlu menghadapi Kejohanan Remaja Dunia 2013, Cabaran Juara-Juara, Piala Sultan Azlan Shah, Piala Dunia di The Hague, Belanda termasuk Sukan Komanwel.
Selepas ini, skuad kebangsaan akan menghadapi perlawanan di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September dan kejohanan Piala Sultan Johor pada Disember ini.
Dhaarma Raj menegaskan skuad hoki di Sukan Asia adalah Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) sebenar bagi dirinya.
“Bukan senang bagi seseorang jurulatih mengendalikan pasukan yang perlu mengharungi lima kejohanan utama. Mereka harus sedar dan faham kenapa saya tidak membawa skuad penuh.
“Mana ada orang berani bawa pasukan beraksi lima kejohanan utama. Tambahan pula beraksi pada bulan Ramadan dan Aidilfitri. Jika ada, saya tabik orang itu.
“Saya tahu risiko pasukan dibelasah selepas membawa pemain-pemain baru yang mana pasukan-pasukan di Sukan Komanwel antaranya England menyenaraikan skuad Piala Dunia mereka,” katanya kepada pemberita.
Skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 sebelum ini dikecam hebat selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-4 kepada pasukan ke-29 dunia Trinidad & Tobago pada aksi ketiga Sukan Komanwel Glasgow 2014 Kumpulan B.
Adian Napitupulu Sosok Pengkritik Keras Prabowo
Adian Napitupulu Sosok Pengkritik Keras Prabowo
HARIANACEH.co.id — Sosok Adian Napitupulu mendadak menjadi bahan perbincangan di media sosial setelah pernyataan kerasnya terhadap capres Prabowo Subianto di sebuah talk show televisi swasta, Rabu malam lalu. Saat itu, Adian yang merupakan pendukung Jokowi-JK diminta pembawa acara untuk mengungkapkan sisi positif Prabowo.
[contextly_auto_sidebar id="CCp3MVFUOvUYTEdknsYKBUqhjC65KXws"]Dengan…
View On WordPress
Adian Napitupulu Sosok Pengkritik Keras Prabowo
Adian Napitupulu Sosok Pengkritik Keras Prabowo
HARIANACEH.co.id — Sosok Adian Napitupulu mendadak menjadi bahan perbincangan di media sosial setelah pernyataan kerasnya terhadap capres Prabowo Subianto di sebuah talk show televisi swasta, Rabu malam lalu. Saat itu, Adian yang merupakan pendukung Jokowi-JK diminta pembawa acara untuk mengungkapkan sisi positif Prabowo.
[contextly_auto_sidebar id="CCp3MVFUOvUYTEdknsYKBUqhjC65KXws"]Dengan…
View On WordPress
Sukar untuk menjadi yang dikritik kerana terpaksa menahan sagala rasa...
4 tipe teman yang baik
Teman adalah tempat seseorang berbagi suka dan duka. Sebaik-baiknya teman haruslah membawa dampak positif pada diri seseorang. Jika ingin mengetahui termasuk tipe orang seperti apakah kita, lihatlah teman di sekeliling Anda. Ada 4 jenis teman yang patut Anda miliki. Seperti dikutip dari Huffington Post, Robert Wicks, seorang profesor psikologi sekaligus pengarang buku Living the Resilient Life mengatakan ada 4 jenis teman yang patutkita cari dan masuk dalam siklus hidup manusia, yang tentunya akan membuat hidup lebih bahagia dan berkualitas. 1. Tipe pengkritik Teman dengan tipe jenis ini akan selalu mengingatkan ketika kita melakukan kesalahan. Tanpa diminta pun, ia akan selalu mengkritik kita bila melakukan sesuatu hal yang menyimpang. Tipe ini sangat baik untuk mengingatkan kita pada jalan yang benar, meskipun terkadang menyakitkan mendengar kritiknya yang agak pedas. 2. Tipe pendukung Anda yang memiliki teman seperti ini sangat beruntung, karena teman tipe ini akan selalu mendukung apa yang Anda lakukan dan ikut bahagia dengan kesuksesan Anda. Anda akan selalu merasa semangat dan termotivasi bila berada dekat-dekat dengannya. 3. Tipe penggembira Mungkin tipe seperti ini yang lebih banyak disukai. Teman dengan tipe penggembira akan selalu membuat Anda ceria kembali di saat sedih dan berduka. rasanya tidak lengkap jika berkumpul tapi tidak ada teman Anda yang satu ini. Di saat Anda frustasi dan depresi, teman tipe inilah yang lebih banyak membuat Anda tertawa. 4. Tipe pembimbing Anda akan merasa lebih bahagia ketika memiliki teman tipe ini. Berada di sekitarnya akan membuat Anda merasa tenang dan damai. Ia pun akan selalu memberi masukan dan nasihat yang berguna dikala Anda membutuhkannya. Rasanya hidup Anda menjadi terarah karena ada teman yang memberi masukan penting untuk hidup Anda. Jika Anda belum memiliki teman-teman seperti di atas, sebaiknya mulailah mencari karena saling berbagi karena teman yang seimbang akan membuat hidupAnda lebih seimbang. Anda pun bisa terhindar dari penyakit stres dengan saling berbagi dengan mereka. source : http://woamu.blogspot.com/