30 Zulhijjah 1437
aku sedar bagaimana aku gemar berkiaskan semua
mempuisikan segala rasa dan perasaan
membiarkan pembayang menyembunyi tiap yang aku cuba kata
bagaimana takutnya aku membuka aku kepada bukan aku
bagaimana tuhan jika lelah pastinya lelah
untuk memahami apa yang aku mahu, apa yang aku ragu
tapi kali ini aku tak mahu, aku tak ragu
aku cukup tahu
yang aku benar-benar gembira
orangnya itu kamu







