Trip kali ni SOLO, tidak berteman atau berfamily. Ke mana? Thailand negara idaman semestinya, tiket ketapi telah dibeli empat hari awal return RM104. Segalanya bermula dengan kegilaan berakhir juga kegilaan. Ini cerita gila, enjoy reading.
Destinasi: Ao Nang Krabi, Thailand
Transportation : Train, Van, Moto, Tuk Tuk and Kaki
Accomodation : Hostel for Backpackers
Ini reward untuk diri sendiri selepas segala kecelakaan yang aku hadapi, kihkih.
Ambil train KTMB bermula dari Bandar Tasik Selatan - Hatyai 0000-1020. Kesilapan pertama aku, sesampai di TBS(Terminal Bersepadu Selatan) jam 2312, lalu aku membeli ole ole untuk perut, yela makanan dalam ketapi mahal beb, toilet lagi dan sebagainya. Sampai ja kat gate KTM, tutup, ya tutup. Sudah dihighlightkan kat tiket, awal 30minit sebelum waktu berlepas iaitu 2330, kerana aku ni suka menyesat, selamba jela. Kehulu kehilir gak la cari pakgad yang boleh tolong bukakan gate. Tapi tak jumpa.
Lalu wujud seorang brader tegur, adik nak pi mana ni? haaa, cakap utara, aku sembang ramah. Saya nak pi situ sini tapi gate dah katup bang. Lalu kami berbual bicara macam mana nak buat, aku dah beli tiket pi balik oii. rugi ni. Tapi pujuk juga hati, kalau takda keizinan tuhan, redha jela.
Keretapi pun mai, aku mula jadi gelabah, “bang, saya nak panjat pagaq ni”, “hang mai hang mai” aku pun panjat pagar tu, beg aku campak dulu, mula berlari, ketapi dah mula hon tanda nak jalan, pecut aku. mula pujuk hati balik. Aku lari kejar ketapi, hati cakap mustahil ketapi nak break ni, aku kena lompat. Tapi pintu tutuuup, argh sudah, lari lagi kedepan, haa ada pintu yang buka, rezeki. Lompat! Passenger dalam ketapi tu kemain rapat tenung aku, yela seorang perempuan lompat naik ketapi? Tangan ketar, alhamdulillah, memang rezeki,ada benda tuhan nak tunjuk.
Sampai di Padang Besar, segala urusan passport diuruskan disini, ikot ja orang jangan banyak kerenah, kat atas tu ada cafe. Aku dah mula tak lalu makan, tapi isi jugak perut, takut tak jumpa kedai dah nanti. Train lambat sampai, adalah dua jam tunggu. Kalau aku tau, sempat aku mandi takda la gopoh gapah nunggu.
Padang Besar-Hatyai, dalam train sorang brader tegur, nak ke mana. Aku sampaikan hajat, haa rezeki lagi, dia kija kat Krabi, orang Malaysia. Ambil no fon beliau,tapi salah tekan. I cry.
Hatyai, sebab sampai lambat aku takut lambat sesat dan bak bagai lagi,aku terus ambil van yang di offer kat Hatyai Train Station, mahal beb 600Baht sehala, ini harga return bus, siap ada baki. Jadi 1200Baht membazir k. Aku suggest ambil ja bus kat Bus Station, muraaaah sangat. Aku ambil return pulak tu, yela aku kan gila.
Perjalanan agak tenang, masa tu skolah kat Thai tengah cuti tiga minggu, jadi ramai yang balik kampung, van berhenti di Trang untuk solat. Sampai Krabi Town agak petang, driver stop kat tour agent, untuk confirmkan tiket return aku, bagi details, dan Terbeli pulak pakej Emerald Pool + Hot Stream 700Baht dari mula membeli memang aku mintak kurang, maklum lah duit aku bawa tak banyak 3000Baht jaaa.
Driver nak hantar pakai van ke Ao Nang aku sorang, tak berbaloi dia cuba tahan tuk tuk, tuk tuk berlalu pergi. Lalu dia bawak aku naik moto, dalam hati aku yes! dapat gak naik moto. Sebab aku mikir tadi naik van ni hantar sampai depan hostel, balik van ambil juga,bila aku nak naik tuk tuk and moto? haha lepas moto dia pass aku kat Tuk Tuk pulaaak.
Agak lima minit perjalanan atas Tuk Tuk, aku jumpa lagi dengan brader yang aku sembang dalam Train tadi, fuuh legaa, aku minta balik no fon dia, in case apa apa kan.
Ao Nang, check in hostel, lawa beb. Dalam bilik tu aku sorang ja ada. Baru gementar nak nyembang dengan minah salleh, female room toilet dalam bilik, so tak risau sangat. Digalakkan walk in kalau low season, sebab murah 250Baht rasanya, aku pakai Booking.com 300Baht semalam. Ada WIFI! Kalau high season jangan ambil risiko walk in melainkan tak kisah tido tepi pantai angin sepoi sepoi.Malam tu explore Ao Nang sikit sikit dengan brader tadi. Banyak di cerita, aku kagum. Get ready untuk esok ke Emerald wuuu.
Seawal 8AM van datang pickup, awal lagi sebenarnya dari masa. Get ready jela, bukan boleh tido,pukul empat aku dah bangun, membongkang laa. Dia pickup orang lain dan Ada HK ladies tegur aku,dan ajak berjalan sama dia nanti, dia berdua dengan kawan. Aku on ja. Alih alih aku ke mana dia ke mana. Ada juga Malaysian dalam van tu.
Bab Emerald Pool memang lawa habis superb, misi aku kali ni adalah trip kering dimana aku tak mandi langsung. hee Aku nonton jela orang mandi, selfie dengan makhluk lain, pakej ni ada yang skali lunch, aku kan berjimat. Jadi no lunch, kat situ ada ja kedai makan lain, aku beli somtam nyum nyum memang puas hati pedas tak terhingga, 40Baht muraaah!
Hot Stream biasa ja, sebab misi kering kan, tengok lagi,selfie lagi. Tourist guide tu cakap lawa sebenarnya, tapi sebab selepas hujan, maka air jadi kotor dan tak jernih. You come next time katanya. Insyaallah.
Lepas tu balik tido dan malam nanti ada janji nak lepak dengan Akak Malaysian yang aku jumpa dalam van tadi, tapi senja tu aku macam biasa, lepak tepi pantai makan pancake, ishh aku tak rasa pun pancake tu sedap. Jauh jauh datang asyik dapat yang tak sedap ja. Sedih aku. Then jumpa couple from Singapore, sembang jap. Balik hostel balik.
Aktiviti malam makan, sembang, lepak shopping beli ole ole, esok dah nak balik. Eh balik dah? Ya, ini plan gila. Kalau nak beli apa pun, beli ja murah beb sini. Satu seluar gobos tu kalau kat Penang mau RM40, kat sini selepas tawar menawar dapat 200Baht, rantai tangan 100Baht, beg uncang 4 100Baht, drybag lagi fuh beli jela beli. Balik Malaysia tak dapat dah harga ni.
Tapi yang tak best, masa tawar menawar tu, ada Aunty Thai ni cakap baffelo bila taknak beli dan mintak harga murah, aku cakap muangmeng, tapi slow. Memandangkan ni Thai, silap silap dia tembak aku, berkubur aku kat Ao Nang.
Ao Nang- Hatyai, ini cita dia lagi panjang. Perjalanan van macam biasa, lalu segala bandar yang tidak dikenali, nak baca pun tak boleh. Highway dia fuh, seronok. Takda tol pun? Pastu kalau kat lane kanan, dan orang depan lembab semacam, hon ja sekali. Pandai dia la bagi laluan. Yang memalukan bila ada kereta plat Penang, Malaysia memandu macam harom. Hang ingat ni Penang ka nak buat kepala hantu? Malu aku tau dalam van tu orang duk ngata.
Sampai Hatyai Train Station, kehulur kehilir, tunggu ketapi. Tengok jam baru pukul 1500, ketapi jalan pukul 1600, beli ole ole perut lagi. Snap sana sini. Last last baru perasan yang aku tangkap gambar tu, ketapi aku nak balik kolumpo, masak masak. Kali ni nak kejar memang tak dapat. Mati kena tembak jugak dengan polis kat situ. Jam aku dah auto update ke waktu Thai rupanya, ingatkan waktu Malaysia, I cry.
Untuk kepastian, aku tanya polis dan mokcik disitu, malangnya tak reti pulak berbahasa melayu. Dia fedap agaknya dengan aku, terus suruh aku ke information counter. Harapan memang telah tiada, cuba nasib jela. Datang lagi brader yang jual aku tiket Hatyai-Krabi, ngekor aku mamat ni, huuu. Dia offer kereta sebijik ke Padang Besar dengan harga 1000Baht, aku ada 300Baht ja masa tu.
Lalu 100Baht, untuk moto hantar ke bus station, yang ni tipu, mahai gila dia ambil. 50Baht Hatyai-Padang Besar by mini bus iaitu van juga laa. Dengan harapan sampai Padang Besar boleh naik ketapi tadi tu. Harap tinggal harapan lagi bila van ni ngantor pulak orang ke kampung bentan, lupa nama kampung tu, tapi begitulah bunyinya. Aku ingatkan kat Hatyai tu ramai yang boleh cakap melayu, rupanya tak.
Sampai Padang Besar, dari Gate Thailand ke Gate Malaysia aku jalan kaki, jauh kak, lebih 1KM, hang takkan mau jalan. Aku ni sebab duit dah tiada, haha ada ja moto offer, tak pasti harga. Sampai Padang Besar Malaysia sudah pukul 1900+ tak ingat, kosong station tu, kosong! Mula gabra, mana ada kawan kat Perlis, teksi pun tak nampak. Datang seorang pakcik cleaner bertanya, aku cerita dan dia sudi membantu dengan wang. Lantak lah, asal boleh sampai Kolumpo.
Aku minta dia hantar ke bus station, so Kangar la. Agak jauh dan RM70, sampai Malaysia ada duit dah, boleh cucuk. Inikan plan gila, kad atm pun lupa aktifkan, haa hambeeek. Mujur ada tiket balik, terus aku pilih Putrajaya untuk tidak memeningkan aku bila sampai kolumpo.
Aku cuba bercakap bahasa Melayu dengan warga Thai, dia nganga baru aku cakap English, aku pun tak pasti kenapa aku tetap berbahasa Melayu walaupun mokcik tu tak faham bahasa Melayu. haha ampun. Aku enjoy trip gila ni, *senyum