Itâs been a week, it makes me think a lot, cried a lot, scared a lot, changed me a lot.
Our action or non-recognized as an action (silence) is killing someone? Do people really treat us as what we want them to or as what they felt towards us?
Our hates make people around us stop being their self? Our loves create unpleasant environment to others?
Do we really care about our family, friends, partner? Do we know what they loves to do? Do we know how they handle their stress? Are we a burden to them? Are we treat them well?Â
Lebih kurang 5 tahun yang lepas aku beli buku kisah ringkas Rabiatul Adawiyah. Tak pernah baca habis, tahun lepas aku isi masa Ramadan dengan baca buku tu.
Teringin ikut aktiviti harian Rabiah, sejadahnya tak pernah kering kerana sering menangis mengadu kepada Allah. Rasa kerasnya hati susah menangis mengadu domba mintak keampunan, egoisnya hamba.
Dari segi pandangan aku, kehidupan Rabiah tak mudah untuk kita sangka baik. Tak pernah berbaju baru masa kecik, diculik,dijual, dijadikan hamba, terpisah dari keluarga yang akhirnya beliau dapat bagi syafaat kepada 70ribu orang di akhirat nanti.
Juga yang aku kagum bagaimana Rabiah berhati-hati dengan amanah dan guna hak orang lain. Rabiah pernah habis minyak lampu pelita, lalu beliau menumpang cahaya dari pagar istana untuk jahit baju. Tapi baju tu dikoyak semula sebab sedar guna cahaya tanpa minta izin tuan lampu.
Sabarnya Rabiah pun hebat, ada pencuri masuk rumah Rabiah, akhirnya pencuri tu ikut Rabiah solat malam. Sikit pun Rabiah tak marah, provoke, Allah Maha Mengetahui. Aku ni pencuri masuk bilik pun dah koyak, kemas bag nak balik kampung bagai.
Tahun ni, mungkin kita ambil tauladan dari tokoh wanita islam yang lain pula. Semoga Allah lembutkan hati. Kita tukar ke buku digital or podcast mungkin. If you have any book 50 mukasurat to share, silakan.
Takziah kepada yang telah kehilangan orang tersayang, masa, kewarasan, kerja dan lain-lain musibah dan ujian ketika PKP. Bersangka baiklah, ada sinar lain yang akan menjadi ganti.
PKP hari ke-11. I might lose my mind now, before or later, mintak maaf dulu ya. Jadi apa aktiviti sepanjang 11 hari di rumah? For me, nothing much as today dah start writing on my blog, start masak, start ignoring people since before and again and repeating.
PKP is not so new to me sebab sebelum ni pernah menganggur, tak ada duit untuk berhibur, suka menyendiri dan bak bagai. It is not a real big thing pun kecuali ia bentuk arahan dan sebelum ni atas kesedaran.
Soo what I did in the past 11 day? Masak, mesti la masak. Aku stop masak for months, memang dah ada niat untuk prepare balik barang-barang dapur during Rejab and Syaaban so Ramadan nanti tak terkejut sangat kena start over again. Yeah dapur dah berasap sikit-sikit.
The best part is buat kuih qasidah. Selalu aku makan qasidah during Ramadan sebab Ramadan jela pun balik Penang and go to bazar. Jarang sangat sangat la duk sini pi pasar malam nor bazar
Lagi? normal house chores. Lipat baju kemas itu ini yang selalunya aku dapat chance once a week on weekend itu pun kalau rajin. Weekday selalunya masuk hostel berkurung, senang sikit ke office, Jumaat baru balik rumah settle-kan perkara. So dengan lebihan masa di rumah ni, dapat la rasai kehidupan sikit.
Catch up movies and tv series yooo. Dah tengok beberapa Thai funny movie like Oversize Cops and yada yada. TV series tengah nak habiskan The Big Bang Theory, last seasooon already. Takmau tangguh tangguh dah. By the way, katanya Happy Old Year boleh tengok kat Netflix, ouh soooo good.
I dont know and have no idea bila next posting will be, but this is the good start for this year, tak tunggu Ramadan or Syawal posting lagi. Hehehe adios
Kali ni nak story pasal memori Sahur. Rasa nak diabadikan kat sini. Setelah dikumpul-kumpul ada la beberapa kisah.
Cerita Sahur zaman kanak-kanak tak ada yang best melainkan termakan makanan adik.. so we need to skip this.
So, I start with kisah di Asrama Sekolah
During senior year, kami sekawan ditugaskan untuk kejut rakan aspuri & aspura untuk bangun sahur. Nak kejut student perempuan bangun jarang la mengalami kesukaran. Yang jadi hal masa kejut student lelaki. Kami akan kejut bilik bawah saja, itupun dengan ketuk tingkap berkali-kali sampai lampu bilik dibuka, so kami tau dorang dah bangun. Bilik yang kami kejutkan tu bilik para Imams, bilals and nerd nerd di sekolah sekalian.
Sehari dua is ok kejut macam biasa, mendapat respon yang baik. Masuk hari ketiga dah tak ada respon, senyap ja. Tapi bunyi kipas berpusing. Gatai-gatai bukak tingkap. Tengok-tengok bilik kosong! Dorang tidur kat bilik atas. HAHAHA kena game dengan nerdy. Dorang pun tak tahan kena kejut awal pagi agaknya.
Esok tu Warden kejut bangun guna jam loceng. Tapi jam loceng tu letak kat surau, pasang microphone dengar disetiap pelusuk bilik. So selagi tak ada orang ke surau berbunyi la loceng tu. Nak pulak speaker ada kat setiap bilik. Memang tidur mati la kalau tak bangun-bangun tu.
Entah macam mana la kan, speaker kat bilik aku tercabut wayer, terus tak dapat dengar sebarang bunyi announcement bagai. Dengan kuasa yang aku miliki sebagai ketua bilik masa tu, aku ambil keputusan untuk tak report kerosakkan tu. Adik-adik bilik pun happy dapat tidur lena. Bertapa concern-nya aku masa tu atas kebajikan bersama. Aku report lepas balik dari cuti raya. Selamat semusim Ramadan tak dengar bunyi loceng hehe
Masa belajar di Kuantan pulak, kes lagi gimik. Ada tikus besar tumpang tinggal makan kat rumah. Masa tu dapat rumah sewa besar 2 tingkat, dapur luas. Satu hari tu senja-senja tengah masak untuk berbuka, kami buka la pintu belakang kat dapur tu untuk pengudaraan lancar tak batuk-batuk dengan tumisan rakan-rakan. Boleh pulak CikTi ni menyelinap masuk rumah. Mula tak perasan pun dia curi-curi masuk, malam tu baru tau.
Petang yang sama aku ada beli ayam goreng kat bazar, isi dada. Best, tak ada tulang menulang, sedap melatah. Ingat nak makan untuk sahurnya. Alih-alih bangun sahur tengok ayam dah tak ada. Aku ingatkan kawan aku la yang makan, I is ok ja. Tiba-tiba dapat laporan yang ayam aku tu CikTi dah makan. Hilang sekali plastic tanpa dapat dikesan pulak tu.
Dah la besar size kaki aku tikus tu, size 8 tau. Gila besar tikus ni, makan nak free, tido nak free, duit sewa tak nak bayar. Nak halau tikus tu takut, besar gila kan takkan nak panggil bomba. Lalu kami buka pintu dapur seluas-luasnya hatta di malam hari sekalipun, besar lah harapan masa tu agar dia pandai keluar sendiri. Buka pintu malam-malam tak bahaya kot, pintu pagar tu kunci la, pintu solid kayu tu ja buka, tak ada hantu kan masa tu? Ramadooon
Masa ada kerja kat Singapore pun ada satu konflik pagi-pagi kerana kesulitan bahasa yang digunakan. Aku stay hostel dormitory ja masa tu, so ramai la jiran-jiran bunkbed lain yang stay situ atas dasar kerja, bercuti dan lain-lain. Sahur hari kejadian tu jiran bunk-bed muslim yang lain dah siap sahur awal nak mandi-mandi untuk Subuh dan kerja pulak.
Ada sorang jiran bunkbed ni bangun secara terkejut, ala-ala zombi bangun dari lena tapi dia tak sebut otak, dia sebut âsuhoorâ dengan pekat dan mengikut slang dia. Dia âsuhoor suhoorâ kat aku dengan suara baru bangun tidur dia tu, aku tak dapat pick up apa yang cuba disampaikan and aku tak expect pun dia tanya pasal sahur. Cuba dia sebut âsoqâ dandan la tu jugak aku tau.
Rezeki dia la tu, akak kat masjid semalam bagitau yang masjid sediakan sahur start 10 malam akhir. Aku pun bagitau la dia sahur ada kat masjid. Gopoh-gapah la dia siap-siap pi masjid 3-5minit away ja. Bila fikir balik, bodoh aku ke bodoh dia masa tu sebab tak faham satu sama lain.
Bilamana Allah tak bagi apa yang kita minta/doa, Allah sedang selamatkan kita dari kerugian.
I can totally relate on this. Dulu minta Intership dekat Langkawi, dari kerajaan hingga ke hotel. Yang mana reachable kat internet tu, kita hantar semua.
Yes, melekat satu placement. Tapi yela, bukan qadaâ dan qadar kita. Masa tu (2015) perasaan sangat kecewa galau pedih tertungging bagai. Kalau tengok Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, sedihnya aku masa tu mirip sedihnya Zainuddin semasa Hayati kahwin dengan orang lain.
âAllah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahuiâ
Yasss, sungguh aku hanya manusia. Kalau aku di Langkawi masa tu, aku tak akan dapat merasa menjaga seorang atok dihujung usianya.
Dan setelah semuanya stabil, which is now (2018) aku bekerja di Langkawi.
Sungguh, Allah dah jauhkan aku dari kerugian dan gantikan dengan kenikmatan yang aku tak pernah terfikir aku akan dapat semua tu.
Cabaran sekarang adalah untuk terus istiqomah. Oooooi, jangan malas oi.
Cerita ramadan kali ni aku sempat berdiri kiam takbir di 3 negara. Tahun lepas hampa, sekadar di dalam bilik (itu sebaik-baik tempat perempuan). Tapi peluang kali ni adalah tawaran yang menarik. Iâm always looking for different opportunity.
Jakarta
Bermula dengan kegedikan tahun lepas nak travel on May ke Jakarta, disudahi dengan salah estimate puasa. Lalu first week ramadan di Jakarta, tidak macet syukur. Awal ramadan penduduk Jakarta banyak habiskan masa di rumah banding jalanan. Lagipun hari minggu agak senang dapat grab, ke masjid dan lain-lain.
Di Jakarta aku sempat merasa Taâjil di Masjid Istiqlal. Masjid gah seni binanya. Macam kat Petra,Jordan (belum pergi). Masjidnya sangat ramai ada orang jual-jual kat luar. Makanan berbuka agak mewah complete meal ada buah lagi.
Pengisian di Masjid Istiqlal agak padat. Lepas Isyaâ ada pengumuman kutipan tabung, kebaikkan sedekah, tazkiah, qori mengaji, kemudian barulah terawikh.
Singapura
Ke Singapura kerana kerja. Beruntung sebab dekat dengan Masjid Sultan. Cita-cita nak ke Masjid Sultan sejak 2015. Pergi ke Singapura 2016 tak sempat singgah lagipun masa tu masih renovate. 2017 pergi Singapura lagi, bukan rezeki walaupun di Arab Street. Rupanya Allah nak bagi nikmat ramadan disana.
Sempat juga berbuka makan talam atas desakan seorang kakak (syukur didesak). Makan talam ni cita-cita since before for ages. Masa form 1 ja rasa nikmat makan kongsi ramai-ramai dalam satu pinggan. Allah bagi nikmat ni semula masa birthday in Hijrah calendar (17 Ramadan).
Seminggu di Singapura, sempat merasa 5 solat berjemaah. Sungguh Allah itu sebaik-baik perancang.
Malaysia
Tak banyak masjid berjaya kiam takbir, Masjid Jamek oleh kerana tercampak kerja di Kuala Lumpur. Masjid Besi ini pun jenuh paksa diri sebab hari berikutnya akan ke Singapura, masa ni takut tak sempat terawikh kat Malaysia. Nanti rasa malu dengan diri sendiri. Boleh ke Jakarta tapi masjid tempat sendiri pandang pun tidak. Maka aku gigihkan jua demi rasa nikmat jarang dapat.
Masjid Putra my last terawikh for this year, syukur sebab masih paksa diri. Kat Malaysia malu nak berbuka kat Masjid, oleh itu I go for Isyaâ dan terawikh only.
Sebaik-baik tempat perempuan adalah di rumah, Jangan rasa tersiksa tak dapat ke masjid. Ini apa yang aku pegang selama ni. Tapi sebelum ramadan seorang kawan cuba potong hujah aku dengan âtak sama nikmat rumah dan masjidâ. Aku angguk setuju.
Jadi tahun ini ada beberapa asbab untuk aku merasa nikmat jemaah. Moga tahun depan aku dapat ke masjid tanpa rasa bersalah tak ada mahram.
I donât always travel (unless home-office-home) but I do when I do.
Pilihan utama adalah carry bagpack supaya kelihatan lagak BACKPACKER.
Backpacking for me is travel dengan penjimatan dan tidak terikat oleh satu perkara. Explore; jelajah ke mana saja yang diizinkan.
What to do first?
Bermula dengan âWhere to goâ diikuti oleh âHow to get thereâ dan âBest time to goâ kemudiannya cari tempat makan - if you need halal food dan tempat untuk tidur.
Contoh - tempat idaman
Where to go - Sunflower Farm - Thailand
How to get there - Bangkok Train to Lopburi
Best time to go - Nov-Jan
Kemudian fikir la nak bergerak solo; kawan; family. Pilih hari cuti paling ngam, bajet paling celus, dan lain-lain. Jangan takut kalau tak pernah. Everything need a first move, baby step pun ok.
Ramadan, sebuah hadiah dari tuhan. Sebuah hadiah tiada bandingan. Dalamnya, tersimpan segala cerita. Turunnya kitab pegangan umat. Tercipta kamus perjuangan.
Tak bermaksud nak jadi puitis. Tiap kali ramadan, aku gembira campur sedih. Kenapa hanya sekejap cuma? Kenapa hanya sepurnama?
Tiap kali juga aku mengeluh, kerana âkesempitan masaâ. Betul sempit? Atau aku yang tak pandai mengurus masa?
Setiap orang diberi sama rata. 24 jam tiada kurangnya. Sibuk kejar dunia? Sibuk cukupkan tidur saja?
Lihat orang berpusu sesak menyambut awal kepergian ramadan, aku menumbuk hati. Kenapa masih tidak sedar diri?
Tahun ganti tahun aku mogok, tidak bergaya tiba raya. Bagi aku, hati sedang berduka. Belum tentu lagi ramadan tahun berikutnya aku ada.
Harapan tahun ke tahun, ramadan akan lebih bermakna. Nikmat iman inginku rasa. Hidup lama, malu..
Hahahaha, tipu ja, pergi Philippines berjimba la apa lagi kan.
Lokasi : Manila, Boracay, Cebu
Transport : AirAsia, Cebu Pacific, Taxi, Bus, Tricycle.
Accomodation : BGC Boutique Hostel and Dorm (Manila), MNL Boracay Beach Hostel (Boracay), Lambug Beach Homestay (Airbnb - Badian,Lambug), Sugbutel Family Hotel (Cebu City)
Tarikh : 18 March - 26 March 2016 (9 Hari 8 Malam)
Aktiviti : Melawat tempat sejarah, Island Hoping, Helmet Diving, Flying Fish, Sunset View, Snorkeling, Waterfall Spa, Rafting
Teman travel : Razi, Maznita, Qeena
this will be long post sebab aku malas buat dua tiga post.
KUL-MNL-KBO-CEB-KUL
Kuala Lumpur-Manila sepatutnya 3 hari 2 malam jadi 3 hari 3 malam
KUL-MNL awal pagi berlepas dari KLIA2 arrival di NAIA. sebelum bergerak aku dah beli burger zinger sesiap, sebab dalam flight tak beli makanan. Sampai ja terus makan dulu, jadi kami tak pasti ada muslim food atau tak dekat airport, aku ada nampak prayer room. Dekat sini kami dapatkan simkad yang aktif selama 7hari 500peso (tak pasti) internet unlimited, boleh call boleh sms and we kacau some dengan nombor tu Filipino lagi.
Keluar dari airport nak menuju ke tempat bas, tapi ragu-ragu sebab bas sangat sesak dan kerisauan scam melanda. Lalu amik airport teksi untuk ke hostel 1200peso pakai van. Uncle Fernando yang bawak, baik orangnya. A singledad yang berhati mulia gitu.
Sampai hostel di-served dengan mango jus khas dari manila, kesedapannya sampai tengah menaip ni aku terliur lagi. Patut cuba, sebab Mango Philippine memang terbaik di dunia. Dah booking sesiap BGC Boutique Hostel and Dorm located near BGC in Makati, sorry sebab tak familiar dengan map Manila. Confusing tau tak dengan perkataan yg tak familiar. Herher
BGC (Bonificio Global City) ni tempatnya mewah, mewah maksud aku dia macam bandar terancang. Jalan pakai blok ibarat bandar besar di barat, dan ianya macam IT hub center, macam-macam IT company ada disini. Banyak shopping mall dan awak boleh ke Market market mall untuk shopping ole-ole.
Hari pertama kami jalan-jalan sekitar BGC, masa keluar tu waktu orang balik kerja, jadi kami belajar banyak, jalan berlawan arus dengan malaysia, Jalan cepat-cepat bagai tiada hari esok. Kami bergelak sepanjang berjalan sebab orang lain semua potong kami kedepan mungkin sebab kami jalan lambat sangat. Masa jalan tu ada sorang brother bagi salam lalu pergi. Mungkin agak susah nak jumpa umat islam di manila. Malam tu kami masak di hostel, masak nasi impit pakai microwave berlaukkan serunding.
Hari kedua kami menuju ke Rizal Park dan sekitarnya, Masjid Quiapo dan Greenbelt Mall. Dari hostel ke Rizal Park amik teksi, suruh hostel panggilkan, teksi kali ni tak ramah, ngelat pusing roundabout dua kali, tak pandai berbahasa english. I thought semua filipino pandai basic english. Cas dalam RM12 sorry tak ingat exact price, tapi dia tipu pun rasa murah la.
Rizal Park ni macam tugu negara bagi Manila, sekitarnya ada taman-taman seperti japanese garden, chinese garden dan dikenakan cas masuk jadi kami tak masuk. Ada jus kiosk yang sangat sedap jadi kami beli satu mango jus 45peso saiz besar puas hati. Dari sini kami ke Manila Ocean Park berdepan dengan Rizal Park, akuarium ikan, ada Maybank dan buffet malay cuisine tak tahu halal ke tidak.
Seterusnya kami ke Masjid Quiapo sebab lapar beb baik cari tempat muslim cepat. 500peso (not exact price) van mewah macam alphard tapi murah sikit. Taxi ni fix price nak keluar dari kawasan tu, so nak jauh sikit pun harga sama. Kami cakap nak ke Quiapo Mosque, dia tak tau bila kami cakap âQuiapo Muslim Churchâ baru dia faham.
Kami diberhentikan di pintu gerbang Muslim Town, sepanjang perjalanan dari pintu gerbang ke masjid, kedai makanan muslim. You are safe and freely to choose your kedai makan now. Kami amik dua pinggan ayam, satu ikan lima bungkus nasi, ais kosong dalam RM4 sorang. Memang dia sediakan ais kosong, tak pasti kalau boleh order air lain, everyone dalam kedai memang minum ais kosong ja beb.
Perut dah happy kami ke masjid pulak. Mula tu terpingga-pingga kat mana nak cari tempat wudhuk perempuan, I tak jumpaa you. Lepas tu ada sorang makcik macam bertanya kami cari apa, lalu cakap wudhuk dia tak faham. Tunjuk isyarat gaya ambil wudhuk lalu dia tunjukkan jalan. Tempat wudhuk tu luar dari masjid, siap toilet. Belakang masjid tu adalah perumahan muslim rasanya.
Lepas solat lepak kawasan masjid seminit dua, then ditegur seorang brother sabahan/filipino, he can talk malay but not so well. We met his wife as well, they study there doing master kalau tak silap.
Kami beli pisang sedap. Banana cue english, panlasang pinoy bahasa filipino. Sedap secucuk ada dua biji 10peso beli dua. Air kelapa 50sen secawan I cant remember 50sen tu berapa peso.
Kami berjalan kaki sampai ke Quiapo Church yang berada diluar kawasan muslim. Termasuk pasar quiapo and that day rasanya ahad and ada Christian prayer something. Rasa macam kat sekolah pulak. Dulu I is sekolah convent
Lokasi seterusnya Greenbelt Mall, mall ni banyak mall serangkai, ibarat Johor Premium Outlet dan mall seangkatan dengannya. Mencari Hardrock or âharakâ but tak jumpa. Balik hostel rehat mandi borak sampai penat tunggu malam.
Esok paginya ke Market Market cari souvenirs, kat sini pun boleh cari gelang rantai batu mutiara cantik yaww. Tengaharinya tunggu taxi untuk ke airport terminal 4. Tengok-tengok Uncle Fernando dah ada kat luar, we all is terkejut. Uncle Fernando cas murah ja, hostel-terminal 4 600peso half price dari airport terminal 3 price. Uncle Fernando cakap bagi murah jela, kitorang dah macam anak dia. hehe jimat
Manila-Boracay sepatutnya 4 hari 3 malam jadi 3 hari 2 malam
Sampai terminal 4, flight delay lagi, 2 minggu sebelum ke Manila flight dan delay, sehari sebelum delay lagi, dah sampai airport (lagi 4 jam) delay lagi. Tak larat nak reschedule dah. Flight kitorang yang sepatutnya 3pm ditunda ke tengahmalam. Sepanjang haritu semua orang pun terkandas di airport, siap ada yang flight cancel ditunda ke hari esoknya.
Sampai airport Kalibo eleh kecik ja, tak tunggu lagi terus cari Southwest sebab nak sampai cepat ke Boracay. Nak beli sesiap dalam flight AirAsia dah tak jual. 1200peso return boat & hotel pick up. Kelebihan dengan Southwest ni dia tak tunggu sampai penuh bus and boat. So kami sampai cepat dari orang lain, yang kena tunggu bus and boat lebih lama dari kami.
masing-masing dah letih tunggu flight kat Manila, Accommodation kat Boracay dah booked sesiap MNL Boracay Beach Hostel. Hostel ok la, breakfast ada bilik air banyak, plug tak payah share, dekat dengan pantai senyap waktu malam wifi pun ada. Jumpa orang Malaysia kat hostel ni. Perlu deposit kalau nak mangga, jadi kami amik mangga satu saja. Barang berharga letak satu tempat, share ramai-ramai.
Bangun pun lambat sebab letih ya amut. Pagi tu survey aktiviti pakej sekitar pantai belakang talipapa. Ditegur penjual pakej. Mula-mula mesti dia tawarkan boat private. Mintak ja share boat dengan orang ramai jimat rega. Kami dapat aktiviti Sunset Sailing, Snorkeling, Fish Flying (macam banana boat), Crystal Cove, Lunch ( yang ni kena request nak halal food), Arielâs Point and Helmet Diving 3500peso+- 2 hari aktiviti.
Aktiviti kat Boracay tak banyak sebab kami dah rugi satu hari dan flight keesokannya flight awal pagi. Shopping sekitar Ditalipapa sakan sebab situ ja yang jumpa.
Awal pagi 4am kami dijemput untuk ke airport semula. Tapi kami bangun lambat subuh pun terkejar-kejar mengada-ngada nak mandi lagi sampai driver panggil dua kali suruh cepat perangai melayu sungguh.
Sampai Kalibo flight delay lagi, kali ni 2 jam saja. tapi efek besoooo.
Long time, now pijak bumi Kelantan lagi. Kali ni hanya singgah sana tiga hari tiga malam. Travel ke Kelantan dari Kolumpo by flight so tak perlu cerita sangat pasal transportation memandangkan harga flight pun berubah rubah.We still brought our backpack, mana pernah bawa beg tarik tarik. Heee
Pi Kelantan masa raya haji kedua atau ketiga, technically sepatutnya nothing la kat Kelantan, sebab raya haji orang lepak rumah dan ziarah ziarah. Only a few people like us ja yang bersiar-siar.
KLIA2-Kelantan, heboh sikit sebab first time bawa mak ayah dan adik bongsu naik flight. AirAsia ja jadilah, cakap kat ayah this like a test sebelum ke Mekah, gituu. Ayah dan aku senarai orang gayat in family.
Accommodation dah booking by booking.com, teksi airport Kelantan to Kota Bharu RM30, not bad. Sampai sana dalam 2000 around 45minutes we fly. Jalan tak sesak sangat, dan hujan boh. Location amat jauh dari kedai makan. We are unlucky sebab raya dan tak banyak kedai yang buka around that place.
First night cari kedai makan and first stop kedai tu tutup, so we need to walked more than 1km to reached another place to eat. Alhamdulillah ada, but not so good again sebab tunggu orang kemas meja ambil order about 1/2 hour. Craving gila ok masa tu.
Second day, morning we need to walk jauh sikit sebab situ susah dapat teksi. Ouh I love teksi here. Sekepala RM3 to Pasar Siti Khadijah about 3km. Not bad, macam kat Thailand gitu, chartered taxi yang warna biru tu.
We walk here and there, makan pagi tak dapat nasi kerabu, esok masih ada. We move to hotel yang dekat dengan Terminal Bus, not bad, a bit old and so so. Tapi walking distance and banyak kedai so tak payah craving teruk. heee
Kat terminal tu banyak gila hostel for backpacker, jangan risau. Rate and star tak pasti, Bus to attraction place memang ada, kat terminal tu jugak. Have fun kalau pakai public transport.
Malam tu ke Wakaf Che Yeh, I enjoyed here, bundle banyak gila. Geram tak dapat sandal idaman sebab ya, its bundle and my giant size kinda hard to find. Tengah jalan jalan hujan! Ya, musim hujan cuma belum BAH. We took taxi, pergi balik RM55. Pergi RM25, balik RM30 sebab dia nak tubik balik, midnight pulak tu.
Esok pagi we makan lagi kat pasar siti khadijah (hari ketiga). Looking at the pasar, sad sounds were played on. Under construction, sebab banjir tahun lepas 2014. Tabahnya peniaga semua.
Petang tu rush to aiport. Unfortunately, flight delay 2hours. Ok sebab boleh duduk dengan mama ayah, sebab their flight petang sikit. Last last, their flight delay jugak about 7 hours kena tunggu, while me dah sampai Putrajaya mandi bersenang lenang. Kesian mama ayah. But they have fun sebab jumpa kawan lama, bagai reunion gituu.
Flight delay sebab jerebu yang amat teruk di Kolumpo, sebab flight kebanyakkan dari Subang, and on that morning Subang shut down, semua flight delay. Jadi nak reschedule memang ambil masa.
Will comeback to Kelantan for proper visit. I will.
Trip kali ni SOLO, tidak berteman atau berfamily. Ke mana? Thailand negara idaman semestinya, tiket ketapi telah dibeli empat hari awal return RM104. Segalanya bermula dengan kegilaan berakhir juga kegilaan. Ini cerita gila, enjoy reading.
Destinasi: Ao Nang Krabi, Thailand
Transportation : Train, Van, Moto, Tuk Tuk and Kaki
Accomodation : Hostel for Backpackers
Ini reward untuk diri sendiri selepas segala kecelakaan yang aku hadapi, kihkih.
Ambil train KTMB bermula dari Bandar Tasik Selatan - Hatyai 0000-1020. Kesilapan pertama aku, sesampai di TBS(Terminal Bersepadu Selatan) jam 2312, lalu aku membeli ole ole untuk perut, yela makanan dalam ketapi mahal beb, toilet lagi dan sebagainya. Sampai ja kat gate KTM, tutup, ya tutup. Sudah dihighlightkan kat tiket, awal 30minit sebelum waktu berlepas iaitu 2330, kerana aku ni suka menyesat, selamba jela. Kehulu kehilir gak la cari pakgad yang boleh tolong bukakan gate. Tapi tak jumpa.
Lalu wujud seorang brader tegur, adik nak pi mana ni? haaa, cakap utara, aku sembang ramah. Saya nak pi situ sini tapi gate dah katup bang. Lalu kami berbual bicara macam mana nak buat, aku dah beli tiket pi balik oii. rugi ni. Tapi pujuk juga hati, kalau takda keizinan tuhan, redha jela.
Keretapi pun mai, aku mula jadi gelabah, âbang, saya nak panjat pagaq niâ, âhang mai hang maiâ aku pun panjat pagar tu, beg aku campak dulu, mula berlari, ketapi dah mula hon tanda nak jalan, pecut aku. mula pujuk hati balik. Aku lari kejar ketapi, hati cakap mustahil ketapi nak break ni, aku kena lompat. Tapi pintu tutuuup, argh sudah, lari lagi kedepan, haa ada pintu yang buka, rezeki. Lompat! Passenger dalam ketapi tu kemain rapat tenung aku, yela seorang perempuan lompat naik ketapi? Tangan ketar, alhamdulillah, memang rezeki,ada benda tuhan nak tunjuk.
Sampai di Padang Besar, segala urusan passport diuruskan disini, ikot ja orang jangan banyak kerenah, kat atas tu ada cafe. Aku dah mula tak lalu makan, tapi isi jugak perut, takut tak jumpa kedai dah nanti. Train lambat sampai, adalah dua jam tunggu. Kalau aku tau, sempat aku mandi takda la gopoh gapah nunggu.
Padang Besar-Hatyai, dalam train sorang brader tegur, nak ke mana. Aku sampaikan hajat, haa rezeki lagi, dia kija kat Krabi, orang Malaysia. Ambil no fon beliau,tapi salah tekan. I cry.
Hatyai, sebab sampai lambat aku takut lambat sesat dan bak bagai lagi,aku terus ambil van yang di offer kat Hatyai Train Station, mahal beb 600Baht sehala, ini harga return bus, siap ada baki. Jadi 1200Baht membazir k. Aku suggest ambil ja bus kat Bus Station, muraaaah sangat. Aku ambil return pulak tu, yela aku kan gila.
Perjalanan agak tenang, masa tu skolah kat Thai tengah cuti tiga minggu, jadi ramai yang balik kampung, van berhenti di Trang untuk solat. Sampai Krabi Town agak petang, driver stop kat tour agent, untuk confirmkan tiket return aku, bagi details, dan Terbeli pulak pakej Emerald Pool + Hot Stream 700Baht dari mula membeli memang aku mintak kurang, maklum lah duit aku bawa tak banyak 3000Baht jaaa.
Driver nak hantar pakai van ke Ao Nang aku sorang, tak berbaloi dia cuba tahan tuk tuk, tuk tuk berlalu pergi. Lalu dia bawak aku naik moto, dalam hati aku yes! dapat gak naik moto. Sebab aku mikir tadi naik van ni hantar sampai depan hostel, balik van ambil juga,bila aku nak naik tuk tuk and moto? haha lepas moto dia pass aku kat Tuk Tuk pulaaak.
Agak lima minit perjalanan atas Tuk Tuk, aku jumpa lagi dengan brader yang aku sembang dalam Train tadi, fuuh legaa, aku minta balik no fon dia, in case apa apa kan.
Ao Nang, check in hostel, lawa beb. Dalam bilik tu aku sorang ja ada. Baru gementar nak nyembang dengan minah salleh, female room toilet dalam bilik, so tak risau sangat. Digalakkan walk in kalau low season, sebab murah 250Baht rasanya, aku pakai Booking.com 300Baht semalam. Ada WIFI! Kalau high season jangan ambil risiko walk in melainkan tak kisah tido tepi pantai angin sepoi sepoi.Malam tu explore Ao Nang sikit sikit dengan brader tadi. Banyak di cerita, aku kagum. Get ready untuk esok ke Emerald wuuu.
Seawal 8AM van datang pickup, awal lagi sebenarnya dari masa. Get ready jela, bukan boleh tido,pukul empat aku dah bangun, membongkang laa. Dia pickup orang lain dan Ada HK ladies tegur aku,dan ajak berjalan sama dia nanti, dia berdua dengan kawan. Aku on ja. Alih alih aku ke mana dia ke mana. Ada juga Malaysian dalam van tu.
Bab Emerald Pool memang lawa habis superb, misi aku kali ni adalah trip kering dimana aku tak mandi langsung. hee Aku nonton jela orang mandi, selfie dengan makhluk lain, pakej ni ada yang skali lunch, aku kan berjimat. Jadi no lunch, kat situ ada ja kedai makan lain, aku beli somtam nyum nyum memang puas hati pedas tak terhingga, 40Baht muraaah!
Hot Stream biasa ja, sebab misi kering kan, tengok lagi,selfie lagi. Tourist guide tu cakap lawa sebenarnya, tapi sebab selepas hujan, maka air jadi kotor dan tak jernih. You come next time katanya. Insyaallah.
Lepas tu balik tido dan malam nanti ada janji nak lepak dengan Akak Malaysian yang aku jumpa dalam van tadi, tapi senja tu aku macam biasa, lepak tepi pantai makan pancake, ishh aku tak rasa pun pancake tu sedap. Jauh jauh datang asyik dapat yang tak sedap ja. Sedih aku. Then jumpa couple from Singapore, sembang jap. Balik hostel balik.
Aktiviti malam makan, sembang, lepak shopping beli ole ole, esok dah nak balik. Eh balik dah? Ya, ini plan gila. Kalau nak beli apa pun, beli ja murah beb sini. Satu seluar gobos tu kalau kat Penang mau RM40, kat sini selepas tawar menawar dapat 200Baht, rantai tangan 100Baht, beg uncang 4 100Baht, drybag lagi fuh beli jela beli. Balik Malaysia tak dapat dah harga ni.
Tapi yang tak best, masa tawar menawar tu, ada Aunty Thai ni cakap baffelo bila taknak beli dan mintak harga murah, aku cakap muangmeng, tapi slow. Memandangkan ni Thai, silap silap dia tembak aku, berkubur aku kat Ao Nang.
Ao Nang- Hatyai, ini cita dia lagi panjang. Perjalanan van macam biasa, lalu segala bandar yang tidak dikenali, nak baca pun tak boleh. Highway dia fuh, seronok. Takda tol pun? Pastu kalau kat lane kanan, dan orang depan lembab semacam, hon ja sekali. Pandai dia la bagi laluan. Yang memalukan bila ada kereta plat Penang, Malaysia memandu macam harom. Hang ingat ni Penang ka nak buat kepala hantu? Malu aku tau dalam van tu orang duk ngata.
Sampai Hatyai Train Station, kehulur kehilir, tunggu ketapi. Tengok jam baru pukul 1500, ketapi jalan pukul 1600, beli ole ole perut lagi. Snap sana sini. Last last baru perasan yang aku tangkap gambar tu, ketapi aku nak balik kolumpo, masak masak. Kali ni nak kejar memang tak dapat. Mati kena tembak jugak dengan polis kat situ. Jam aku dah auto update ke waktu Thai rupanya, ingatkan waktu Malaysia, I cry.
Untuk kepastian, aku tanya polis dan mokcik disitu, malangnya tak reti pulak berbahasa melayu. Dia fedap agaknya dengan aku, terus suruh aku ke information counter. Harapan memang telah tiada, cuba nasib jela. Datang lagi brader yang jual aku tiket Hatyai-Krabi, ngekor aku mamat ni, huuu. Dia offer kereta sebijik ke Padang Besar dengan harga 1000Baht, aku ada 300Baht ja masa tu.
Lalu 100Baht, untuk moto hantar ke bus station, yang ni tipu, mahai gila dia ambil. 50Baht Hatyai-Padang Besar by mini bus iaitu van juga laa. Dengan harapan sampai Padang Besar boleh naik ketapi tadi tu. Harap tinggal harapan lagi bila van ni ngantor pulak orang ke kampung bentan, lupa nama kampung tu, tapi begitulah bunyinya. Aku ingatkan kat Hatyai tu ramai yang boleh cakap melayu, rupanya tak.
Sampai Padang Besar, dari Gate Thailand ke Gate Malaysia aku jalan kaki, jauh kak, lebih 1KM, hang takkan mau jalan. Aku ni sebab duit dah tiada, haha ada ja moto offer, tak pasti harga. Sampai Padang Besar Malaysia sudah pukul 1900+ tak ingat, kosong station tu, kosong! Mula gabra, mana ada kawan kat Perlis, teksi pun tak nampak. Datang seorang pakcik cleaner bertanya, aku cerita dan dia sudi membantu dengan wang. Lantak lah, asal boleh sampai Kolumpo.
Aku minta dia hantar ke bus station, so Kangar la. Agak jauh dan RM70, sampai Malaysia ada duit dah, boleh cucuk. Inikan plan gila, kad atm pun lupa aktifkan, haa hambeeek. Mujur ada tiket balik, terus aku pilih Putrajaya untuk tidak memeningkan aku bila sampai kolumpo.
Aku cuba bercakap bahasa Melayu dengan warga Thai, dia nganga baru aku cakap English, aku pun tak pasti kenapa aku tetap berbahasa Melayu walaupun mokcik tu tak faham bahasa Melayu. haha ampun. Aku enjoy trip gila ni, *senyum