Kata Keren Buat Status Fb
Selengkapnya hanya di youtube channel Penyair Hitam Official dan temukan berbagai kata lainnya.
#iwtv#interview with the vampire#amc tvl#sam reid#jacob anderson



seen from United States
seen from China

seen from Germany
seen from United States

seen from Malaysia

seen from China
seen from China
seen from Bulgaria

seen from United States
seen from Spain
seen from China

seen from Germany

seen from United States
seen from Italy

seen from France

seen from Brunei

seen from United Kingdom
seen from United Kingdom
seen from Germany

seen from United Kingdom
Kata Keren Buat Status Fb
Selengkapnya hanya di youtube channel Penyair Hitam Official dan temukan berbagai kata lainnya.
Kita selalu buruk sangka pada keyakinan. Kita seperti tidak mampu untuk membezakan antara keyakinan dan kemegahan. Untungnya orang yang yakin tetapi dianggap bermegah-megah ialah dia mendapat kebaikkan kerana buruk sangka atau salah tanggapan orang lain terhadap keyakinannya. Maka, sebelum kita hendak menghukum sesuatu itu adalah kemegahan atau keyakinan, sila lihat diri kita dahulu. Apakah diri kita sebenarnya jenis yang tiada keyakinan, oleh itu kita beranggapan orang lain juga tidak mampu atau tidak boleh mempunyai keyakinan, atau kita jenis suka bersangka-sangka. Hati-hati wahai diri. Jangan sampai dek sangkaan, kita menyesal sepanjang zaman.
Adab itu ada dzohir dan ada bathin. Beradab sesama kita itu hendaklah ada ketika berhadapan atau berjauhan, dalam setiap bentuk, sama ada pemikiran, lintasan, bisikan hati, lisan, pandangan, sentuhan atau apa sahaja. Selagi wujud keterkaitan secara langsung atau tidak. Kerana kita tidak tahu, dengan sebab apakah kita mendapat Neraka. Syurga (Rahmat) itu tidak perlu pada sebab, kerana ALLAH itu Maha Kaya, Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan Maha Mandiri (tidak perlu pada yang lain dalam membuat sebarang keputusan). Neraka (Bala) itu perlu bersebab, kerana ALLAH itu Maha 'Adil. #Selamat_Pagi_Hari_Selasa_Semua
Be courteous. It is a sunnah (for your sake!).
Berhati-hati kepada sesiapa pun yang kamu percaya, kerana Sang Iblis terdahulu merupakan ketua para malaikat.
Kita selalu bertanya perkara-perkara yang tidak sedikit pun bermanfaat dalam perihal pertambahan ibadah dan iman kita. Malahan menurunkan darjat kita dari baik menjadi tidak molek, menjadi teruk, menjadi hina, menjadi dina. Jangan bazirkan umur kita dengan mengambil tahu perkara-perkara yang kita rasakan penting walhal tidak bermakna langsung dalam wusul kita kepadaNYA.
Tanpa disedari, kita selalu memaksa ALLAH dengan kalimah Istighfar kita! Alahai Nafs!
Kita sebagai manusia lazimnya terlalu ingin mengawal segala yang ada, terlalu menginginkan sesuatu menurut kehendak kita, dengan itu kita melanggar batas kemanusian dan ingin berada di lingkungan ketuhanan. Terimalah seadanya bahawa kesempurnaan kita adalah dengan mempunyai kelemahan. Kita bukan tuhan. Sebagai makhluk, itu pasti. Hamba? Kita perlu berusaha. ;)