Tadabbur Kalamullah: ☆Tadabbur Kalamullah1443H☆ وَإِمَّا یَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ نَزۡغࣱ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ سَمِیعٌ عَلِیمٌ "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-A'raf 200] #Terdapat banyak bentuk godaan, hasutan dan bisikan yang dilancarkan oleh syaitan dalam menjahanamkan iman, pegangan serta amalan manusia. Pada masa yang sama menghasut serta merangsang manusia mencintai dunia dan melakukan maksiat serta meragukan manusia daripada melaksanakan perintah Allah swt. #Syaitan akan berusaha dan terus berusaha untuk menumbangkan orang beriman. Berusaha meruntuhkan iman dan menghasut agar berbangga dengan amalan yang dilakukan. Tatkala mereka lalai daripada pengajaran al-Quran, maka syaitan akan menguasai mereka. وَمَن یَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَیِّضۡ لَهُۥ شَیۡطَـٰنࣰا فَهُوَ لَهُۥ قَرِینࣱ "Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya" [Surah az-Zukhruf 36] #Usaha menyesatkan manusia ini dilakukan pada setiap saat sehinggalah diwaktu seseorang itu sedang nazak yakni hampir meninggal dunia. Selagi belum mati selagi itulah kita berhadapan godaan, bisikan dan hasutan syaitan laknatullah. #Abu Nuaim meriwayatkan dalam kitab al-Hilyah daripada Wathilah bin al-Asqa' bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tunggulah orang yang hendak meninggal dunia dalam kalangan kamu, bimbinglah dia membaca Lailaha illallah serta sampaikan berita gembira tentang syurga kepadanya kerana orang yang bijak samada lelaki mahupun perempuan boleh bingung pada waktu pertempuran seperti ini (saat nazak). Sesungguhnya syaitan lebih dekat kepadanya daripada bani Adam (manusia) pada ketika itu". #Oleh yang demikian, sebagai orang beriman, kita mestilah sentiasa memohon perlindungan dan pertolongan Allah swt serta bergantung sepenuhnya pada Allah swt. Menyerahkan diri bulat-bulat pada Allah. .... (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CYmctbxhD19/?utm_medium=tumblr














