Kau tak tahu..
Kau tahu..
Aku menunggu saban hari..menghitung waktu..bila kau kan pulang..
Aku sentiasa berdoa kalau kau di berikan kemudahan, ketenangan, dan kelancaran dalam segala urusanmu.
Tiap hari aku berteleku pada yang Satu, memohon agar kau sentiasa di dalam lindunganNya.
Tapi…
Panas cintamu cuma sebentar…kau kirimkan hujan yang memadam api cintamu padaku..
Kau tak tahu kalau cintaku masih menyala..
Kau tegar sekali membiarkan aku basah di dalam kedinginan hujan..tanpa belas kau tinggalkan aku sendiri di dalam ribut yang mengganas.
Kau tak tahu kalau aku parah di pukul ribut..
Pertanyaanku kau anggap sebagai titik nokhtah. Sedang aku cuma bertanya kerana takut kehilanganmu. Apa salahku sehingga kau menyamakan aku dengan orang lain..?
Kau tak tahu kalau aku berbeza..
Katamu janjimu tidak kan pernah berubah. Ternyata begitu cepat kau mengambil keputusan. Tak sedikit pun kau beri peluang padaku..apa aku ini hanya persinggahan..?
Janji-janjimu..
Kata-katamu..
Ungkapan manismu..
Masih terngiang-ngiang di ruang fikiran..
Membuatkan aku merasa..apakah sama apa yang kita rasa dulu..? Atau cuma aku yang menagih sayang dan menyemai cinta?
Sedang kau cuma menganggap aku hanya sementara?
Sakit…sesak…pedih…
Kau tahu rasanya bagaimana..tapi kenapa kau lakukan ini padaku?
Kau tak tahu…betapa berantakan duniaku setelah kau pergi…
FMS_NNZ
Nadia Deaanne 6 Julai 2015









