Ya Allah, rindu ini tak tertanggung. Namun, aku serahkan semua kerinduan ini padaMu, wahai Penciptaku. Kau sampaikanlah padanya, perasaanku itu. Hanya Kau yang tahu cara terbaik untuk dia merasakan rinduku. Tuhan, jagakan dia bagiku. Aku tahu, Kau akan kembalikan semuanya bila sampai masanya. Cinta dan rindu yang agung hanya milikMu wahai Khaliqku. Pencipta hati, cinta dan rindu. Jagakan aku dalam batas syariat untuk tidak lalai dariMu.
Nadia Deaanne (19 Ogos 2015) Mesir-Malaysia





