Dalam dua hari ini Allah bagi aku peringatan melalui jalan yang tidak disangka, begitu penting isi kandungannya, sehingga dua kali peringatan diberikan. 17/03/2015 Profesor meminta aku untuk memanggil pesakit yang sudah aku clerk ke dalam bilik pemeriksaan. Aku pun ke katil pesakit, cuba memujuk pesakit tersebut untuk meluangkan sedikit masa untuk diperiksa oleh Profesor aku, namun pesakit tersebut menolak. Mungkin terlalu lama Prof aku menunggu, beliau pun keluar bertemu pesakit di tepi katil. Beliau tersenyum melihat aku berpeluh memujuk pesakit tersebut, kemudian dia berkata “You have to spend some time with your patient, take good history and care about them, or atleast make them feel that you care, then you not only treat the patient, but the patient want you to treat them. They will have confident on you. After all, you will be a good and popular doctor” 18/03/2015 Seorang Profesor masuk ke dalam bilik perbincangan, memintak 3 case report, terkasima satu kelas. Yelah, baru semalam present, tak kan tulis semua report panjang berjela dalam masa satu malam. Kemudian beliau menasihati kami, “In taking the history, you must be gentle and polite, so that the patient will come to you and share everything, they will think you are next to Almighty” Berdasarkan kedua-dua event ini, apa yang saya dapat simpulkan, menjadi seorang doktor itu bukan takat membantu memulihkan kesihatan pesakit dengan Izin Allah sahaja, tetapi kita juga perlu sedar, yang hubungan kita dengan Allah itu perlu sentiasa di jaga, agar kita tetap menjadi hamba yang rapat dengan Dia ataupun dengan kata lain to be someone who is next to "The Almighty". Mungkin orang pergi ke tok-tok guru untuk meminta di doakan kesejahteraan hidup mereka, kan molek juga sekiranya pesakit datang ke kita untuk meminta di doakan kesejahteraan kesihatan mereka, kerana mereka percaya kita ini rapat dengan Allah. Persoalan timbul : Bagaimana untuk menjadi hamba Next To Almighty. Quality itu perlu ada pada semua Doctor Muslim