Panggilan UKCG 2016
assalamualaikum and hello you, you aaaand you out there. 11/04/2016, aku telah dipanggil untuk pergi ke ujian UKCG atau nama panjangnya Ujian Kelayakan Calon Guru. kalau mohon ipg, memang dikehendaki pergi ukcg ni dulu. barulah dipanggil untuk interview (sekiranya anda terpilih). ujian aku pukul 12.00p.m. dan kena datang 30minit sebelum ujian tu (11.30a.m. la kan). jadi aku bertolak dari rumah pukul 10.30a.m.. sampai dalam 11.00p.m.. katanya ada taklimat, katanya la lah. sekali takde taklimat pun. so daftar je pastu tercongok dekat luar dewan yang ditetapkan tu untuk tunggu panggilan untuk masuk dewan. masuk je dewan, duduk je dekat memana tempat yang ada slip OMR. ujian bertulis tu ada dua bahagian. bahagian A dengan B. bahagian A jawab dalam masa 30 minit. 135 soalan. bahagian B 15 minit. 60 soalan. jangan risau. soalan tu takde tanya pasal humerus dekat mana ke, suruh kau jawab log ke, suruh kira inertia ke. takde TAKDE. soalan tu macam aptitud yang kita jawab macam lepas UPSR tapi lagi senang. aku tergelak-gelak baca soalan dia. "seorang rakan guru sekerja anda telah menyiapkan tugasannya bersungguh-sungguh dan telah terlupa tentang temu janji bersama doktor kerana anaknya sakit" A. wajar, B. tidak wajar "saya pernah mendengar suara-suara pelik" A. tidak benar sama sekali, B. tidak benar, C. benar, D. sangat benar senang je kan? aku pun takboleh nak bagi tips sbb kau kenalah jawab dari hati (acah acah) ujian kecergasan tu pula, aku punya sesi pukul 4.30p.m. TAPI, jeng jeng jeng. dia tak ikut sesi pun nanti. sebab fasi tu kata dia taknak parents tunggu lama so dia buat semua sekaligus. nanti dia bawa kau ke dewan lepastu berjogging la kau dekat situ. mula-mula kena ambil kehadiran semua tu. lepastu timbang berat dan ambil ukuran ketinggian. seterusnya warm up yang dikendalikan oleh abang fasi. maka bermulalah kesakitan (lulz tak sakit pun). first kau kena buat 5 jenis sit up: 1. baring, kaki dibengkokkan (macam sit up biasa) tangan dekat sisi, atas lantai (bukan dekat bahu, bukan dekat kepala). kau bangun, lepastu kedua-dua tapak tangan letak dekat atas lutut. (kalau ini boleh buat, baru buat yang ⬇) 2. baring, kaki dibengkokkan, tangan still dekat sisi, atas lantai. kau bangun, kali ni tangan straight, siku pula letak atas lutut. 3. cam biasa, tapi tangan macam nak solat. dekat atas perut. tapi tangan kanan pegang siku kiri and vice versa. bangun, sampai dada rapat ke lutut. 4. cam biasa, tapi tangan dekat atas bahagian kepala/belakang kepala. tangan kanan pegang siku kiri dan vice versa. (tangan macam no3, tapi kat atas pala hang) bangun, rapat dada ke lutut. 5. tangan kanan dekat scapula kiri, tangan kiri dekat scapula kanan (so tangan tu akan bersilang) bangun, dada rapat ke lutut. seterusnyaaa, push up. tanpa. henti. maknanya kau buat sampai kau penatla gitu. so kau berlatihla push up supaya nanti kau senang nak buat ya! yang ni tak sakit, kena buat jangkauan berlunjur. kau buat 4 kali, tapi kiraan keempat tu baru dia ambil ukuran. so kalau first tu kau jangkau lagi banyak drpd kiraan keempat, dia masih akan ambil kiraan keempat. ha tang ni orang ramai akan mengeluh. aku pun mengeluh sbb aku sprinter. bukan long-distance yang boleh kekalkan kelajuan walaupun dah lari 2 kilometres. nama ujian ni beep test kot (?) lari dia begini, kau lari sampaila kau penat. sampai kau dapat dua kad kuning dua kali berturut-turut pastu kau akan 'dihalau' drpd kawasan tu kahkahkah. level pertama, kau akan pergi balik 7 kali. pergi tu dikira sekali, balik dikira sekali. kau kena lari lepas dengar bunyi beep. lari ke hadapan tu (20 metres), dan stop sekejap sampaila kau dengar lagi satu beep, kau lari balik ke tempat kau mula tadi. nampak macam senang sebab orang kata "ala setakat 20 metres tu apadahal" noooo kau salah beb. kau kena lari ikut masa. makin naik level kau, makin banyak pusingan kau kena buat, dan makin singkat masa antara dua beep. sekiranya kau tak sampai dekat garisan penamat 20 metres tu sebelum bunyi beep kedua, kau akan diberi kad kuning. sekiranya kau dapat kad kuning dua kali berturut-turut, kau dah takpayah lari lagi dah sebab fasi tu akan ambil markah kau. to make it simple, aku bagi contoh. contoh kau skrg level 1, jarak masa antara dua beep tu ialah 10 saat. so kau kena lari 20 metres dalam 10 saat darab 7 kali sebab level 1 tu kau kena lari 7 pusingan. sukacita dimaklumkan bahawa satu pusingan ialah 20 metres. kau dengan bangganya kau dah habiskan level 1. maka level dua dia susahkan hidupkau sedikit. dia kurangkan jarak masa antara dua beep. 8 saat contohnya. so kau kena lari 20 metres dalam masa 8 saat darab 8 kali pusingan. ingat, semakin tinggi level kau, semakin banyak pusingan dan semakin singkat masa untuk lari. tapi jangan risau, pusingan paling banyak dalam satu level pun 11 je chill. tadi ada satu lelaki tu buat sampai level 9. kau bayang berapa singkat masa dan berapa banyak pusingan dia dah buat? dan dah habis. #tips from sahira# -pls bawa sweater ke apa ke sebab masa jawab ujian bertulis tu, dewan aku tu sejok gila istg kuku aku dah jadi warna purple -pls pakai baju yang bersesuaian. janganla bantai baju kurung, takkan kau nak berlari-lari dengan baju kurung kot. so kenalah teliti surat tawaran kau ya! -pls bawa semua yang diperlukan. print semua borang dan jangan lupa isi. bawa IC (penting!) pensel dan pemadam. suruh mak tandatangan awal-awal borang tu. -kalau kau duduk jauh drpd pusat ujian, silalah datang awal. tak rugi apa pun kalau datang awal sebab kau boleh lepak cari kawan baru, makan ke apa ke -jangan segan-segan nak buat kawan. aku dapat kawan baru (hi qila, incase kau baca ni) -masa ujian bertulis, kau diberi pilihan untuk menipu atau jujur. ada soalan tanya "adakah anda seorang panas baran?" ha pepandai nak adjust jawapan kau sama ada ya atau tidak. -nanti masa warm up pun senanya dah penat sebab fasi kau saja nak uji kesabaran kau. dia denda group kau extra 5 kali lompat bintang selagi ada yang terlebih buat lompat bintang. -buat sehabis boleh masa ujian kecergasan tu, jangan cepat sangat hang nak giveup (padahal aku giveup je sbb aku penat dan malas sebab faktor usia) -pls dengar arahan fasi and tepati masa. kau taknak kena marah kan? sekian, tq.















