“Setiap manusia pasti akan diuji oleh Allah سبحانه وتعالى. Tiada seorang pun daripada kita yang akan terlepas daripada ujian Allah. Hayatilah kisah orang-orang ini, walaupon diuji dengan musibah yang besar, tetapi lidahnya masih mengucapkan syukur kepada Allah سبحانه وتعالى. Hatinya sentiasa mengingati Allah.”
“Janganlah kita sesekali merasakan apa yang kita miliki diatas dunia ini, semuanya milik kita. Sampai kita sombong dan ingat nikmat itu akan berkekalan selama-lamanya. Ketahuilah itu semua adalah pinjaman daripada Allah. Maka manfaatlah sepenuhnya apa yang kita miliki demi meraih keredhaan Allah سبحانه وتعالى.”
“Di zaman dahulu, ada seorang yang bernama Urwah Bin Zubair. Dia ini mempunyai tujuh orang anak dan suatu hari kakinya ditimpa penyakit dan akhirnya terpaksa dipotong kakinya. Apabila hari kakinya nak dipotong itu dalam hari yang sama juga anak yang paling dia sayangkan daripada tujuh orang anaknya itu meninggal dunia.”
“Jadi orang ramai mengucapkan takziah kepadanya kerana dah lah kakinya dipotong dan juga kehilangan anaknya maka apa yang dia katakan hanyalah “Alhamdullilah. Syukur.” Walaupun aku kehilangan satu kaki, tetapi Allah سبحانه وتعالى masih mengurniakan kepada aku tiga anggota lagi yakni tua tangan dan satu lagi kaki. Allah ambil seorang anak aku tapi Allah سبحانه وتعالى masih berikan kepada aku enam orang lagi anak kepadaku.“
"Memang betul Allah سبحانه وتعالى menguji dan mengambil, tapi selama ini Allah sentiasa memberi dan menyembuhkan aku. Masa berlalu pergi maka suatu hari Urwah Bin Zubair pergi ke istana lalu dia melihat seorang lelaki tua yang mukanya hancur teruk sangat-sangat. Jadi Urwah Bin Zubair pun menghampiri kepada orang tua itu lantas bertanya kepadanya; "Wahai Pak Cik apa yang terjadi kepada kamu?”
“Maka Pak Cik itu mengatakan; "Aku dulu adalah orang yang paling kaya dekat kampung aku. Aku ada harta yang banyak. Aku ada ladang yang besar, haiwan ternakan yang banyak dan aku dikurniakan anak yang ramai. Dekat kampung aku, akulah yang paling kaya. Tak ada orang lain yang lagi kaya daripada aku. Suatu hari, Allah سبحانه وتعالى turunkan hujan lebat banjir kilat maka apabila aku bangun habis semua tanaman aku, haiwan ternakan aku, isteri dan anak-anak aku. Habis.”
“Habis semuanya. Habis semuanya mati kecuali seorang anak aku dan seekor kuda. Itu saja yang Allah سبحانه وتعالى tinggalkan kepada aku. Bayangkan masa aku tidur akulah orang yang paling kaya tapi bila aku bangun, akulah orang yang paling miskin, tak ada apa-apa. Jadi aku melihat kepada anak aku yang masih hidup itu dan dalam masa yang sama aku melihat kuda aku sedang lari, maka aku mengejarnya.”
“Ketika aku mengejar kuda itu aku terdengar suara tangisan anak aku yang sedang menangis maka aku pusing belakang untuk melihatnya. Akan tetapi, alangkah terkejutnya aku apabila melihat anakku dalam mulut serigala dibaham oleh serigala sehingga mati. Anakku mati di depan mataku. Lepas itu aku terdengar hentakan kaki kuda aku yang kembali datang menuju ke arah aku tetapi kuda itu terus menyepak muka aku sehingga hancur begini.”
“Jadi selepas mendengar apa yang di beritahu oleh orang tua itu maka Urwah Bin Zubiar bertanya kepada orang tua itu; "Bagaimana Pak Cik menghadapi semua ujian dan musibah yang begitu besar ini?” Pak Cik itu menjawab; “Alhamdullilah. Allah masih lagi memberikan kepada aku hati yang makmur dan lidah yang basah yang hidup mengingati Allah سبحانه وتعالى..”
“Subhanallah. Tiada yang lebih besar yang dimiliki oleh seseorang apabila lidahnya sentiasa basah mengingati kepada Allah dan hatinya sentiasa bersama dengan Allah سبحانه وتعالى. Bersyukurlah kita dengan segala apa yang kita miliki pada hari ini.Syukur kita ini bererti membawa diri kita bertambah dekat kepada Allah. Bukannya kita ucapkan Alhamdullilah syukur dengan lidah kita, tapi perbuatan kita sebaliknya tidak membawa kita dekat kepada Allah.”
“Itu yang salah. Dan bersabarlah apabila kita ditimpa ujian dan musibah. Kita rasakan diri kita susah sebenarnya dekat luar sana ada orang lain yang lagi susah lagi berat ujiannya berbanding diri kita ini. Yang paling kita kena takutkan adalah kalau hati kita ini mati, susah kita nak ingat kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Daripada Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofre.